Wednesday, July 20, 2022

LET'S BEGIN 2022!!! (THROWBACK)

 

Bismillahhirrahmanirrahim

 

Persiapan guru-guru TNPB untuk sambut murid baru

“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-hikmahMu dan limpahkan ke atas kami rahmatMu, ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.

Pertama kalinya, kami warga Mybistari Group ingin memohon maaf kerana lama sudah tidak berkongsi blog perjalanan aktiviti-aktiviti tadika disebabkan beberapa kekangan yang berlaku antaranya kekurangan guru (kami ada iklankan di facebook dan tiktok berkenaan kekosongan jawatan), faktor kesihatan guru dan persiapan program-program tadika. Pendek kata kami dahulukan tugas-tugas yang penting dahulu.

Sesi persekolahan 2022 bagi semua cawangan Mybistari Group telah pun bermula pada 15 Mac 2022. Lain rasanya apabila takwim persekolahan berubah, jika sebelum ini kami menyambut murid baru pada hujung bulan Disember tetapi pada tahun ini kami menyambut murid baru pada pertengahan Mac disebabkan pendemik dan lockdown yang berlaku 2 tahun kebelakangan ini.

Alhamdulillah, sesi persekolahan dapat diteruskan lagi dengan norma yang baharu. Persediaan rapi dari segi SOP, keceriaan tadika, susun atur kelas telah pun dilakukan oleh semua guru besar dan guru-guru kami walaupun tempoh agak singkat tetapi mereka dapat menjalankan tugas dengan komited.

Pelbagai ragam anak-anak yang menghiburkan kami ada yang menangis ada juga yang teruja, yela kali pertama jejakkan kaki di sekolah mestilah bermacam-macam perasaan. Bukan ragam anak-anak sahaja ragam ibubapa yang menghantar anak kali pertama ke sekolah pun turut mencuit hati kami.

Semoga anak-anak terus bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Jom kita lihat ragam hari pertama sesi persekolahan anak-anak di Mybistari group.

Semak dahulu maklumat sebelum masuk ke kelas (TIB)

Cuci tangan sebelum mulakan sesi PDP (TIB)

Eh mata pandang mana tu semasa baca doa (TIB)

Kaunter pengangkutan (TM)

Pemandu van kuarantin, pengurus operasi jaga kaunter :) (TIB)

Beratur menunggu giliran di kaunter pendaftaran murid (TM)


Sebentar ya cikgu cari nametag awak (TM)

1 2 3 senyum!! (TM)

Taklimat penggunaan tandas (TS2)

Jom rehat dulu (TS2)

Pemeriksaan suhu (TS2)

Di sini kami kongsikan juga video tiktok:-
hari pertama sesi persekolahan 2022 (part 1)




Walaupun kita sudah beralih fasa kepada endemik, virus masih ada dimana-mana ditambah pula dengan keadaan sekarang virus influenza pula menyerang di kalangan anak-anak. Jangan lupa jaga diri dan jika anak-anak kurang sihat mohon ibubapa cutikan dan rehatkan anak-anak dari datang ke sekolah agar kita dapat mengekang virus-virus ini daripada merebak.

Terima kasih kami ucapkan kepada ibubapa yang masih memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing dan mendidik anak-anak. InshaAllah dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kami akan menjalankan tugas kami dengan sebaiknya. Semoga urusan pembelajaran anak-anak MyBistari Group dipermudahkan dan beroleh kejayaan di masa akan datang. 

~Sekian terima kasih~

_Puan Azreen_




0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon