Thursday, July 21, 2022

HERE WE GO!! TRIP LAWATAN K1

Bismillahirrahmanirahim..

Cikgu-cikgu TS1 bergambar dahulu sebelum menjalankan tugas


“Cikgu bila kita nak pergi lawatan ni? Cikgu nanti kita naik bas ya cikgu? “

Begitulah persoalan dan keterujaan anak-anak K1 untuk pergi ke lawatan bersama kawan-kawan dan juga guru. Alhamdulillah segala persiapan berjalan lancar untuk lawatan kali ini. Cuma apa yang membimbangkan kami adalah cuaca yang tidak menentu. Pada saat akhir, kami perlu sediakan plan B untuk pertukaran tempat sekiranya hujan pada hari lawatan tersebut.

Alhamdulillah, pada hari lawatan cuaca cerah pada waktu pagi dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah di rancang awal iaitu Adda Height Town Park. Seperti biasa kami team pengurusan bergerak lebih awal untuk mencari tempat yang sesuai untuk anak-anak beriadah nanti. Manakala    anak-anak dan para guru berkumpul di tadika masing-masing seawal jam 7.30 pagi.

Lebih kurang jam 8.30 pagi satu per satu bas tiba di lokasi, anak-anak begitu teruja melihat pemandangan indah di tempat riadah tersebut. Guru-guru mula membawa anak-anak untuk duduk beriadah dan sarapan sambil menghirup udara segar.

Tepat jam 9.30 pagi guru-guru mula berkemas dan kumpulkan murid untuk bergerak ke lokasi seterusnya.

Setibanya kami di Aeon Mall Tebrau hari mulai mendung, Alhamdulillah, semua murid tiba di lokasi sebelum hujan turun dan kami di sambut ramah oleh staf-staf Fanpekka yang mengiringi murid-murid dari tingkat bawah sehinggalah masuk ke fanpekka.

Walaupun mereka agak gementar kerana kali pertama menerima kunjungan dari tadika lebih daripada 200 orang, tetapi perjalanan aktiviti yang disediakan sangat menyeronokkan murid-murid.

Aktiviti dimulakan dengan kemunculan mascot yang diberi nama Tonttu’s. Kemudian murid-murid diajak menyanyi dan menari bersama Tonttu’s. Seterusnya murid-murid membuat aktiviti origami kapal.

Para guru dikejutkan dengan pengumuman penyampaian hadiah kepada guru-guru cemerlang pada sesi kali ini oleh Puan Suhaila. Seramai 6 orang guru menerima anugerah tersebut, penyampaian hadiah diberikan oleh founder Mybistari Group sendiri iaitu Puan Zainun dan diiringi oleh Puan Norafizah. Kategori guru baru cemerlang telah disandang oleh Cikgu Ain Najwa (TS2), Cikgu Suhana (TNPB) dan Cikgu Atikah (TMPB) manakala kategori guru lama cemerlang telah disandang oleh Cikgu Nurhafiqa (TKM), Cikgu Nurdini (TIPB) dan Cikgu Nur Hidayah (TS1). Tahniah kepada semua penerima anugerah guru cemerlang semoga terus tingkatkan lagi prestasi dalam mendidik anak-anak.

Usai sudah penyampaian hadiah, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi bergambar mengikut cawangan. Sambil menunggu giliran bergambar murid-murid bebas bermain di dalam kawasan Fanpekka. Paling menyeronokkan apabila mereka berpeluang untuk bermain jual beli. Disamping itu, ada juga yang tidak lepaskan peluang untuk menjadi posmen menghantar surat ke peti-peti yang disediakan. Alhamdulillah seronok murid-murid dapat bermain pelbagai permainan dan melakukan pelbagai aktiviti.

Pejam celik, pejam celik jam menunjukkan 1.30ptg, sudah tiba masanya untuk kami bergerak pulang.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah trip kali ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami.

 Di sini saya kongsikan beberapa gambar sepanjang lawatan K1.


Ketibaan murid ke lokasi pertama Adda Height Town Park


Murid berjalan ke tapak riadah

Anugerah guru terbaik. Tahniah!!

Origami kapal ⛵

Kebersihan perlu di jaga pakai handsanitizer sebelum bermain

Cikgu turut membantu anak-anak membuat origami

Saya la Tonttu's


Waaa jual aiskrim ke tu.

Tak ada orang nak singgah ke kedai saya?

Abang posmen hantar surat la


Saya lah raja pada hari ini 😂

Dah penat bermain lapar pula 😅

Seronoknya bermain!!

Pelanggan sedang menikmati hidangan

Duit tukar habis ke tu 😂

Saya nak naik juga kuda kayu ni.

Eh kenapa burger macam tu??hihi


Di sini juga saya ingin kongsikan video-video sepanajang lawatan K1

Persiapan lawatan K1















Begitulah ragam anak-anak sepanjang lawatan. Alhamdulillah anak-anak sangat seronok dan teruja sepanjang lawatan.

Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf Fanpekka yang memberikan layanan yang sangat baik. InshaAllah ada rezeki kita akan berjumpa lagi.

Sekian terima kasih

~Pn Azreen~



 

 

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon