Bismillahirrahmanirahim..
|
Peace ✌ |
لَبَّيْكَ
اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ
وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
Hamba-Mu
datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan
kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Bergema di sana
sini alunan talbiah anak-anak di semua cawangan MyBistari Group menjelang
Program Simulasi Haji Cilik. Begitulah, semangat guru-guru dan murid-murid pada
setiap tahun.
Jika murid dan
guru sibuk berlatih dan mempersiapkan diri untuk program, kami pihak pengurusan
pula sibuk menyediakan bahan-bahan dan peralatan untuk diberikan kepada murid-murid nanti. Nampak
mudah tetapi sebenarnya agak rumit dengan tempoh masa yang singkat untuk kami
siapkan.
Jumlah
penyertaan peserta pada kali ini pula sangat memberangsangkan dan penyertaan
yang paling ramai sepanjang program ini diadakan.
Berbalik kepada
program, apa yang membimbangkan kami untuk melakukan program di kawasan terbuka
ini adalah cuaca, almaklumlah cuaca sekarang pun tidak menentu tetapi kami bernasib baik sepanjang program Allah izinkan cuaca yang cerah.
Program
dimulakan dengan kedatangan para jemaah haji cilik yang pada awalnya telah
berkumpul di cawangan masing-masing dan menaiki bas untuk ke tapak program yang
terletak di Taman Mawar. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan perasmian
oleh En Ahamed Tarmizi founder MyBistari Group, kemudian majlis diteruskan
dengan taklimat simulasi haji cilik oleh Pn Suhaila.
Setelah selesai
taklimat, anak-anak mula dilepaskan mengikut giliran kumpulan panji ke checkpoint
rukun haji dimulakan dengan wukuf, mabit, melontar jamrah, tawaf, saie dan
diakhiri dengan tahalul.
Pergerakan murid
dalam mengerjakan haji cilik berjalan lancar. Sempat juga kami interview
beberapa orang ibubapa. Alhamdulillah kami menerima maklum balas yang baik
untuk program haji cilik ini. Walaupun haji cilik ini hanya simulasi sahaja
tetapi ilmu dan praktikal yang dilakukan dapat memberi pengalaman baru untuk
anak-anak.
Suasana sepanjang
program juga sangat meriah dengan kehadiran ibubapa yang sentiasa memberi
sokongan kepada anak-anak.
Jom lihat gambar-gambar sepanjang program ini di jalankan.
|
Briefing dahulu sebelum mulakan tugas
|
|
Petugas-petugas checkpoint
|
|
Sanitasi tangan sebelum masuk ke tapak program
|
|
Sarapan dahulu sebelum melakukan ibadah haji
|
|
Membaca buku panduan dahulu sebelum menunaikan haji
|
|
Penerangan wukuf oleh GB Sahira |
|
Kutip 21 biji batu jangan kurang atau lebih 😊
|
|
Melontar jamrah
|
|
Checkpoint 4 bertawaf
|
|
Checkpoint 5 saie
|
|
Checkpoint 6 bertahalul
|
Sesi bergambar mengikut panji:-
|
Panji 1 cawangan Tadika Minda Pintar Bestari dan Tadika Intelek Minda Bestari
|
|
Panji 2 cawangan Tadika Nur Pintar Bestari
|
|
Panji 3 cawangan TPB Taman Scientex 2
|
|
Panji 4 cawangan TPB Taman Mawar |
|
Panji 5 cawangan Tadika Ilmu Pintar Bestari |
|
Panji 6 cawangan TPB Taman Scientex 1 |
|
Panji 7 cawangan Tadika Inovasi Bestari |
|
Panji 8 cawangan Taman Kota Masai
|
Di sini juga saya kongsikan video-video sepanjang program:-
Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibubapa yang hadir memeriahkan lagi suasana program dan sentiasa menyokong kami dalam apa jua program yang kami jalankan. Tujuan kami adakan program-program seperti ini adalah untuk kebaikan dan menambahkan lagi ilmu anak-anak serta memberi pengalaman yang bernilai buat semua anak-anak yang menuntut ilmu di MyBistari Group.
~Sekian terima kasih~
-Puan Azreen-
0 comments:
Post a Comment