|
Hiasan pentas yang telah siap di deko. |
Bismillahhirrahmanirrahim
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا
سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Artinya: "Siapa yang menempuh jalan untuk
mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR.
Muslim)
Buat julung kalinya kami mengadakan Hari Apresiasi
K1 pada tahun ini untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada anak-anak 5
tahun di atas kejayaan mereka yang telah
membaca buku bacalah 8 dan ke atas.
Seawal jam 9 pagi kami staf pengurusan dan guru-guru
yang terlibat telah berkumpul di Atrium Kompleks Pusat Bandar untuk membuat
persiapan program pada hari berkenaan yang diadakan pada sesi petang.
Gementar juga hati kami, kerana tiada sesi raptai
untuk program ini. Bukan sahaja anugerah yang kami berikan malah ada juga sesi
membaca cerita pendek oleh wakil murid yang terpilih di setiap cawangan
membuatkan kami lebih risau kerana tajuk cerita yang akan dibaca akan di undi
dan diketahui ketika tibanya giliran murid untuk membaca.
Bukan sahaja kami para guru gementar ibubapa juga
turut gementar dengan kebolehan anak masing-masing untuk membaca teks cerita di
khalayak ramai. Alhamdulillah, anak-anak hebat kami berjaya menghabiskan teks
bacaan dengan lancar.
Sebelum itu, ibubapa disajikan dengan slot motivasi oleh penceramah jemputan iaitu Pn Aisyah Binti Ishak dengan tajuk
peranan ibubapa dalam membentuk potensi anak. Semoga ilmu yang disampaikan
dapat memberi manfaat kepada ibubapa.
Di sini saya kongsikan bingkisan gambar sepanjang program berlangsung.
|
Proses mengangkat barang event dari cawangan TIMB.
| Tulang belakang program unit peralatan.
|
|
|
Bahagian dekorasi belon.
| Belon yang sudah siap di deko.
| Dekorasi hiasan pentas.
|
|
|
|
| Pengacara majlis otai beraksi kembali 😀
|
|
|
Dekorasi pintu gerbang.
|
|
Latihan bacaan doa.
|
|
Kehadiran anak-anak hebat memenuhi ruang gelanggang.
|
|
Medal yang di terima oleh anak-anak.
|
|
Unit audio sedang memasang PA sistem.
|
|
Ucapan perasmian oleh founder MyBistari En Ahamed Tarmizi
|
|
Berdebar menanti giliran membaca cerita.
| Tahniah anak-anak hebat 😊
|
| Debaran semakin terasa 😄
Tahniah hebat adik yang berusia 5 tahun yang lancar membaca.
Ruang photoboth juga disediakan.
|
|
Di samping itu, kami turut berdukacita kerana beberapa bulan kebelakangan ini ada di kalangan anak-anak murid kami yang telah kehilangan bapa tercinta. Justeru, kami mengambil kesempatan pada program ini untuk menyampaikan sumbangan yang telah dikumpul dari hasil infaq guru-guru dan juga ibubapa MyBistari. Terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang sudi berkongsi rezeki kepada anak-anak yatim ini.
Di sini juga saya kongsikan video-video sepanjang program ini berlangsung.
Baiklah sampai di sini sahaja coretan ini, semoga anak-anak terus tingkatkan prestasi dan berjaya di masa akan datang. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibubapa yang sentiasa menyokong kami. Nantikan pula program seterusnya pada Oktober nanti.
~Puan Azreen~
0 comments:
Post a Comment