|
Dekorasi papan putih kelas (TS1) |
Bismillahhirrahmanirrahim
"Dan
ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu beriringan dengan kesabaran. Jalan
keluar beriringan dengan kesukaran. Dan sesudah kesulitan pasti akan datang
kemudahan." - HR. Tirmidzi
“From zero
to hero” itulah ungkapan yang boleh kami ungkapkan untuk anak-anak yang
melangkah masuk ke MyBistari Group. Berakhir sudah episod semester 1 sesi
persekolahan 2022. Alhamdulillah sesi persekolahan untuk semester 1 berjalan
lancar setelah hampir 2 tahun sesi persekolahan telah di ganggu oleh PKP akibat
pendemik Covid19. Oleh itu, kami ingin menebus balik ketidakpuasan kami
mengajar sepanjang waktu PKP.
Pejam celik,
pejam celik, sudah tiba hari yang di nanti oleh para guru dan juga ibubapa
untuk berkongsi dan melihat hasil keputusan anak-anak sepanjang semester 1. Walaupun
hampir ke semua guru-guru kami tidak lena tidur malam dek kerana perasaan berdebar-debar
untuk bersemuka dengan ibubapa pada hari
terbuka itu nanti. Bukan mudah untuk berkongsi dan memberi informasi
tentang perkembangan anak-anak, lebih-lebih lagi anak-anak yang kurang
menyerlah dalam pembelajaran. Tetapi jika tiada sesi bersua muka begini kita
tidak dapat cari jalan penyelesaiannya untuk membantu anak-anak menjadi lebih
cemerlang di masa akan datang kerana selain daripada guru, bantuan dan sokongan
ibubapa juga memainkan peranan penting dalam kejayaan anak-anak.
“Assalamualaikum
puan, jemput masuk, puan apa khabar sihat?”, kedatangan ibubapa di sambut
meriah dan mesra oleh Cikgu Atikah TNPB penghibur suasana setiap kali ada
ibubapa yang melangkah masuk. begitulah ragam salah seorang guru kami menyambut
kedatangan ibubapa yang penuh ramah dan sema
Sesi hari
terbuka berjalan lancar, ibubapa memberikan kerjasama yang baik dan banyak
perkongsian yang telah kedua pihak kongsikan. Keputusan anak-anak juga di luar
jangkaan ibubapa. Alhamdulillah syukur dengan reaksi ibubapa, itulah yang kami
harapkan.Kami cuba berikan yang terbaik dalam
pembelajaran anak-anak.
Di sini saya kongsikan gambar-gambar suasana sepanjang hari terbuka berlangsung.
|
Kemas dan menarik papan notis cawangan TIB
|
|
Bergambar dahulu sebelum memulakan tugas (TS1) |
|
Cikgu Hidayah sedia menerima kehadiran ibubapa (TS1) |
|
Macam mananya keputusan anak saya cikgu? |
|
Sebelum balik bergambar duhulu di photobooth.
|
|
Sebelum masuk perlu isi rekod pelawat dahulu. |
|
Tahniah dapat keputusan cemerlang |
|
Mohon puan tandatangan di sini ya. |
|
Macam serius je perbincangan tu 😅 |
|
Pengambilan buku semester 2 juga diadakan serentak dengan hari terbuka. |
|
Inilah cikgu Atikah yang paling riuh menyambut kedatangan ibubapa. |
|
Penerangan yang terperinci oleh Cikgu Yasmin kepada bapa murid.
|
|
Periksa betul-betul buku tu jangan tersalah berikan pula 😅 |
|
Ceria cikgu-cikgu TIMB 😍 |
|
Meriah photobooth cawangan TS2 |
|
Apa agaknya perbualan mereka ya? |
Terima kasih
kepada ibubapa yang sudi hadirkan diri untuk sesi hari terbuka pada kali ini,
kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami.
Di sini juga saya kongsikan video-video sepanjang program hari terbuka.
Tahniah
kepada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian
penilaian semester 1, untuk anak-anak yang kurang cemerlang masih ada masa lagi
untuk kita sama-sama perbaiki untuk lebih berjaya di masa akan datang. Setiap kejayaan
bermula dengan kegagalan untuk kita bangkit bersama.
KEEP FIGHTING!!!
~Puan Azreen~
0 comments:
Post a Comment