Thursday, November 3, 2022

COMEBACK AFTER 2 YEARS !! (PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA & LEGO 2022)

 

Poster jemputan ibubapa ke program uji minda, bercerita & lego.


Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum.

Bermulalah tirai pertandingan program uji minda, bercerita dan lego bagi sesi 2022 yang sentiasa di nanti-nantikan oleh semua staf MyBistari Group pada setiap tahun yang telah diadakan di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 15 Oktober 2022 (Sabtu). Namun begitu, terasa juga debarannya setelah 2 tahun ketiadaan program ini disebabkan Pendemik Covid19.

Banyak kali juga skrip teknikal diubah disebabkan kekurangan guru senior yang berpengalaman untuk menjalankan tugas untuk program ini, terutama bahagian pembaca soalan pening juga pihak pengurusan memikirkan guru mana yang layak dan sesuai untuk membacakan soalan. Maklumlah tidak semua orang yang ada keyakinan yang tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai.

Bukan pihak pengurusan sahaja yang sibuk melakukan persiapan, pihak guru besar dan guru-guru juga sibuk melatih anak-anak murid yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Semakin dekat pertandingan, semakin hebat latihan yang diadakan di tadika masing-masing. Semua cawangan ingin mempamerkan hasil yang terbaik kerana wakil yang dibawa akan membawa nama tadika untuk merebut tempat di dalam pertandingan ini.

Alhamdulillah program berjalan lancar, walaupun ada sedikit masalah teknikal dari segi audio namun dapat diatasi dengan pantas oleh unit audio. Keseluruhan program berjalan dengan baik pelbagai gelagat dan keletah anak-anak di atas pentas.

Selain dari itu, para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan murid dari cawangan TPB Taman Scientex 1, Tadika Ilmu Pintar Bestari dan TPB Taman Kota Masai. Tidak kurang hebatnya peserta bercerita, pelbagai celoteh dan gelagat anak-anak yang menghiburkan.

Di samping itu, Peserta lego juga menunjukkan kreativiti yang pelbagai dan hebat dalam rekaannya masing-masing. Juri pun rambang mata untuk membuat pilihan pemenang bagi kategori ini..

Di sini saya kongsikan gambar-gambr sekitar program berlangsung.

Unit pembaca soalan berdebar menanti giliran.




Barisan pengadil uji minda



Taklimat penjurian oleh Puan Suhaila kepada pengadil lego


Guru-guru unit peralatan

Unit audio sibuk membuat persiapan.


Makan dulu sebelum mulakan pertandingan.




Menanti giliran untuk membuat persembahan (TIPB)

Yeahhh dapat hadiah selepas membuat persembahan.



Dah bersedia ke nak buat lego tu?hihi

Fokusnya agak-agak adik ni nak buat apa ya 😅 



Wow helikopter..hebat!!

Cantik dinasor rekaan adik ini.



Hasil pilihan juri untuk tempat pertama, kedua dan ketiga.

Berikut adalah senarai pemenang lego:-

Johan : Adik Muhammad Iman Syahir bin Mohd Syafiq (TIMB)
Naib Johan : Adik Muhammad Fattah Umar bin Mohd Fadhil (TS2)
Tempat Ketiga: Muhammad Danish Izzwan bin Maslan (TNPB)

Peserta bercerita dengan gaya tersendiri.

Senarai pemenang bercerita :-

Johan : Adik Nurin Hasya binti Mohd Nasrum (TKM)
Naib Johan : Adik Nur Jannah Umairah binti Abd Rahim (TS1)
Tempat Ketiga : Adik Nur Khaleesha Humairah binti Khairul Hafifi (TS2)

Pertandingan uji minda kategori Jawi & Pendidikan Islam



Pertandingan uji minda kategori Bahasa Melayu & Sains



Pertandingan uji minda kategori Matematik.


Pertandingan uji minda kategori English.



Kategori saringan 1.



Kategori saringan 2


Peringkat akhir pertandingan uji minda.

Berikut senarai pemenang pertandingan uji minda :-

Johan: Siti Aisyah binti Nor Haidi (TS2)
Naib Johan : Nur Aisyah Irdina binti Md Haini (TIPB)
Tempat Ketiga : Aisy Nur Haziqah Riana binti Abdul Hafiz (TMPB)

TAHNIAH!!! diucapkan kepada para pemenang, yang tidak berjaya merebut tempat dalam pertandingan ini jangan bersedih boleh cuba lagi pada pertandingan akan datang.

Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibubapa yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi program ini. Pihak kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang program. InshaaAllah kami akan perbaiki segala kelemahan yang ada di dalam program ini. Almaklumlah sudah lama tidak mengadakan event besar seperti ini pasti ada kelemahan yang perlu kami perbaiki. Baiklah sampai di sini sahaja coretan saya. InshaaAllah kita jumpa lagi pada program yang akan datang program pertandingan sempoa dan congak pada Disember nanti.

Di sini juga saya ingin kongsikan bingkisan video sepanjang program, jangan lupa support sosial media MyBistari Group like, comment and share.😍






Part 3 : Raptai pertandingan uji minda


Sekian, terima kasih.

~Puan Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon