Tuesday, November 15, 2022

MARKET DAY 2022!!

 

Salah satu gerai yang ada di Market Day (TS2)


Bismillahirrahmanirrahim

“(Padahal) Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275)

Jual beli merupakan salah satu daripada keperluan individu yang sangat mustahak dalam kehidupan sehariannya. Ini kerana dalam kehidupan masa kini beserta hajat manusia yang pelbagai, seorang individu itu tidak mampu untuk mengadakan keseluruhan keperluannya secara bersendirian. Islam sebagai agama yang syumul telah memberikan garis panduan yang jelas dalam semua perkara, termasuk bentuk jual-beli yang selari dengan kehendak syarak atau sebaliknya.

Begitulah objektif kami mengadakan program market day adalah untuk memberi pendedahan awal tatacara jual beli kepada murid. Selain dapat memupuk semangat bekerjasama dan cara berkomunikasi serta menguruskan wang (kupon)  dalam pembelian dengan betul.

Meriah sungguh suasana di semua cawangan MyBistari Group, betul-betul macam dalam market sana sini suara murid mempromosi barangan yang dijualnya. “Mari mari mari beli sayur untuk ibu”, jeritan salah seorang pelajar untuk menarik minat pelanggan untuk membeli.

Bukan sahaja anak-anak yang teruja dan seronok, malah ibubapa juga turut teruja melihat anak-anak menyertai program market day melalui saluran facebook live cawangan masing-masing. Bukan di tadika sahaja meriah dengan jeritan anak-anak berjual beli di komen facebook live pun meriah dengan komen-komen ibu-ibu yang meminta untuk anak-anak membeli sayur, makanan dan juga minuman untuk di bawa balik.

Alhamdulillah keseluruhan program berjalan lancar. Terima kasih kepada semua ibubapa yang terlibat secara tidak langsung dalam meyumbangkan semua barang -barang jualan makanan, minuman dan juga alat tulis. semoga ladang pahala ibubapa mengalir dengan pemberian sumbangan ini.

Jom kita lihat bingkisan gambar sepanjang program market day tersebut.

Kegigihan cikgu untuk perhiasan gerai masing-masing.(TIPB)


Persediaan guru untuk barang jualan. (TIPB)

Persediaan guru menghias gerai.(TNPB)

Eh boleh tak tu nak keluarkan plastik. (TS2)

Waa sedapnya aiskrim.

Penuh meja gerai makanan. (TMPB)

Gerai alat tulis juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai jenis alat tulis yang dijual (TIMB)

Sebelum berniaga jom kita bergambar dahulu. (TNPB)

Kami pun nak bergambar juga. (TNPB)

Mari beli.mari beli...kupon...kupon jangan lupa bagi. (TS2)


Masa untuk makan. (TNPB)

Hasil pembelian adik Umar. (TIB)

Penjual-penjual gerai makanan di TIB 

Gerai alat tulis di TMPB.


Nampak sedap semua buah-buahan ni. Nak beli yang mana satu ya?hihi (TS1)

Alamak!! kupon saya x cukup ke nak beli makanan ni..(TS1)

Dah puas membeli belah jom kita bergambar kenangan bersama guru kelas. (TS1)

Sabar..sabar jangan berebut. (TKM)

Awak topi saya okay tak?hihi (TKM)

Waa siap ada cafe di TKM.

Waa siap ada prob untuk bergambar. Hebat!!

Menarik perhatian gerai air di Taman Mawar.

Laku keras gerai buah di Taman Mawar.

Begitulah kemeriahan market day pada kali ini. Usaha keras semua guru-guru tidak sia-sia apabila tujuan sebenar market day ini dapat disampaikan kepada murid dengan baik. Begitu juga dengan feedback ibubapa yang sangat teruja dan penerimaan yang baik kepada pihak kami untuk meneruskan lagi program ini. 

Di sini juga saya ingin kongsikan video bingkisan sapanjang program ini berlangsung, jangan lupa follow, like, comment and share!!

Disebalik tabir program Market day








Jutaan terima kasih dari pihak kami kepada semua ibubapa di MyBistari Group yang sentiasa menyokong kami untuk melakukan program-program seperti ini. Semoga program ini dapat manfaat yang boleh dipraktikkan oleh anak-anak di masa akan datang.

Sekian terima kasih.

~Puan Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon