Wednesday, July 20, 2022

KETERUJAAN SELEPAS 2 TAHUN PANDEMIK!!

 

Bismillahirrahmanirahim..

 

Kedatangan kami di sambut dengan haiwan ini

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, taqwa dan amal yang Engkau redhai dalam perjalanan kami ini.”

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah penantian selama dua tahun pandemik telah pun berakhir. Kini tibalah masanya kami beraktiviti semula. Pembuka tirai sesi persekolahan 2022 dimulakan dengan trip lawatan K2 ke Pantai Batu Layar dan Ladang Burung Unta di Kota Tinggi Johor.

Seperti yang ibubapa sedia maklum, perancangan sebenar untuk trip lawatan kali ini bukanlah di Pantai Batu Layar, tetapi di Pantai Tanjung Balau. Berderau darah juga apabila kami melakukan lawatan di kawasan Tanjung Balau, tempatnya masih di dalam baikpulih lagi. Ruang pantai yang pernah kami gunakan sebagai kawasan sukaneka ditutup dari penggunaan orang awam. Kami usahakan juga untuk mencari tempat di sekitarnya, tetapi maklumbalas yang diterima tidak memihak ke kami. Makanya, kami panjangkan sedikit langkah mencari tempat yang berdekatan. Dua tiga juga tempat yang kami pergi hingga akhirnya kami memilih Mutiara Bay di Batu Layar. Tempatnya yang redup, dengan pondok-pondok wakaf yang disediakan di sana sangat bersesuaian untuk kami bersantai dan menjalankan aktiviti sukaneka. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami untuk memberikan sedikit keriangan kepada anak-anak murid kami.

Keterujaan dapat dilihat dari anak-anak dan juga ibubapa, apabila jumlah penyertaan sebanyak 250 orang murid yang sertai lawatan pada kali ini. Pelbagai persediaan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan dan juga guru bagi memastikan kelancaran trip kali ini. Senang cerita, keterujaan yang dirasai oleh murid-murid turut dirasai oleh kami semua, pengurusan dan guru-guru MyBistari. Almaklumlah sudah agak lama kami tidak melakukan aktiviti luar bersama-sama dengan anak-anak murid kami. Banyak perkara juga yang kami perlu lakukan dan ingat semula dalam memastikan perjalanan lawatan K2 berjalan dengan lancar. Maaf dari pihak kami sekiranya ada kepincangan dalam proses kami menjalankan lawatan tersebut.

Seawal 7.30 pagi anak-anak telah mula berkumpul di tadika masing-masing  untuk bertolak ke tapak lawatan pada jam 8.00 pagi.

Lawatan dimulakan dengan acara sukaneka di Pantai Batu Layar, pelbagai acara permainan yang kami jalankan antaranya ialah lari dalam guni, jalan menggunakan terompah, bawa pundi kacang atas kepala, masukkan gelung dalam kon dan jalan sambil kepit bola.

Alhamdulillah, seronok anak-anak dapat beraktiviti luar sekali sekala. Sebagai tanda penghargaan pihak pengurusan telah pun menyediakan medal untuk setiap pemenang sukaneka, bukan sahaja pemenang malah murid -murid yang sertai lawatan turut diberikan medal cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Selepas penyampaian hadiah, kini tibalah masanya untuk kami bergerak ke tempat lawatan seterusnya iaitu ke Ostrish Farm. Satu per satu bas sampai ke destinasi yang di tuju, murid-murid mula menuruni bas dan berjalan ke tempat berkumpul oleh kerana ruangan yang kecil bas tidak boleh masuk ke dalam kawasan murid terpaksa jalan agak jauh untuk tiba di tempat berkumpul. Walaupun masing-masing sudah penat bermain ketika sukaneka tadi, tetapi semangat dan keterujaan mereka tetap ada untuk melihat burung unta dengan mata kasar mereka.

Seterusnya murid-murid dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing untuk masuk ke dalam ladang. Sesi lawatan di mulakan dengan penerangan berkaitan burung unta oleh wakil pihak pengurusan Ostrich Farm. Anak-anak begitu teruja, mendengar penerangan dan di sajikan lagi dengan cara menebuk telur burung unta dan setiap murid berpeluang untuk memegang telur burung unta itu sendiri.

Selepas sesi penerangan, murid-murid dilepaskan untuk berjalan mengelilingi kawasan ladang dan murid-murid diberikan sayur untuk memberi makan kepada burung unta.

Riuh rendah suasana di ladang tersebut dengan suara anak-anak yang begitu teruja memberi makan kepada burung unta. Bukan sahaja ada murid yang teruja malah ada juga yang menjerit ketakutan apabila burung unta mendekati mereka.

Selain daripada burung unta, terdapat juga haiwan lain yang turut berada di ladang tersebut seperti kambing, ayam serama dan juga kuda.

Begitulah sedikit coretan lawatan murid K2 tempoh hari. Alhamdulillah, lawatan kali ini berjalan dengan lancar. Semoga dipermudahkan pula trip lawatan K1 tidak lama lagi.

Jom kita lihat koleksi gambar-gambar sepanjang lawatan tersebut.


Menunggu kehadiran bas (TIPB)

Yeahh dah naik bas, buat peace dulu!!

Pihak pengurusan tiba awal di tapak lawatan untuk setup gelanggang permainan.

Eh salah la, kon ni di sini hihihi

Okay ready ya semua, buat yang terbaik!! (TIPB)

Cikgu tepi saya nak jalan ni...(TM)

Awak nanti baling masukkan dalam kon tu tau..(TIMB)

pertandingan akhir masuk manik dalam tali (TIPB)

Cikgu saya dah lapar ni..(TS2)

Mana makanan saya cikgu? (TIPB)


Belon dah besar tapi kenapa tak pecah lagi ni ๐Ÿ˜…

Macam mana nak anyam ketupat ni ๐Ÿ˜ฐ


Fokus GB Sahira menganyam ketupat ๐Ÿ˜€



Tahniah kepada para pemenang sukaneka ๐Ÿ˜


Cikgu saya nak pegang telur burung unta juga

Anak-anak teruja memberi makan burung unta.

Cikgu pun nak beri makan burung unta juga ๐Ÿ˜€

Kenapa burung unta ni tak nak makan?๐Ÿ˜…

Jom bagi makan kambing pula ๐Ÿ˜Š


Kepenatan selepas tamat lawatan ๐Ÿ˜…

Di sini saya kongsikan juga video tiktok sepanjang sesi lawatan:-











Berikut senarai nama pemenang sukaneka mengikut kategori:-

Kategori Sukaneka Murid:-
Johan - Adik Syaza Awatif binti Mohd Yusman (TM)
Naib Johan - Adik Nurin Ranazuhaira binti Mohd Faizal (TS2)
Ketiga- Adik Harraz Putera bin Mohd Abdullah (TS2)

Kategori Sukaneka Guru:-
Johan- Cikgu Sahnera binti Sahlan (TS1)
Naib Johan- Cikgu Nurul Aqidah binti Salikan (TS2)
Ketiga- Cikgu Noor Intan Fazira binti Sohammi (TM)

Kategori Sukaneka Guru Besar:-
Johan- Cikgu Marlina binti Amroji (TIMB)
Naib Johan- Cikgu Salasiah binti Zakaria (TIB)
Ketiga- Cik Nur Sahira binti Shukor (TNPB)

Tahniah kepada semua pemenang sukaneka. Terima kasih diucapkan kepada semua barisan staf pengurusan, para guru besar dan juga guru-guru yang memberi komitmen sepanjang sesi lawatan.

Terima kasih juga, kepada ibubapa yang memberi kepercayaan kepada kami untuk membawa anak-anak ke trip lawatan pada kali ini. Nantikan pula blog lawatan K1 nanti.

~Sekian terima kasih~

_Puan Azreen_





















0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon