Wednesday, July 20, 2022

SURVEY TEMPAT LAWATAN K1!!


 Bismillahirrahmanirrahim.

Adda Height Town Park destinasi pilihan untuk trip lawatan K1

“Cikgu.. lawatan cuma ada untuk murid K2 saja ke? Untuk yang K1 takde ya?

Haaaaa… no worries. Ada.. sudah beberapa kali sebelum datangnya Covid 19, kami juga telah mengadakan lawatan untuk murid-murid K1. Cuma bezanya, bagi murid-murid K1, lawatan yang diadakan adalah di kawasan yang tertutup, supaya lebih senang kami mengawal murid-murid yang terlibat. Jika sebelum berlakunya pandemik, mudah untuk kami memilih tempat lawatan, contohnya seperti Hello Kitty Town dan MCM. Sayangnya, tempat-tempat seperti itu telahpun ditutup. Maka bermulalah pencarian tempat yang sesuai untuk diadakan lawatan murid K1.

Beberapa tempat telahpun kami tinjau sehingga akhirnya 2 tempat yang kami rasakan adalah pilihan yang sesuai untuk dijadikan tempat lawatan murid-murid K1. Setelah menghubungi dan berbincang dengan person in charge bagi kedua tempat, akhirnya kami tetapkan masa untuk melawat tempat-tempat tersebut. Sesungguhnya, ada di antara tempat yang kami tinjau yang kami tidak tahu pun kewujudannya sehinggalah hari tersebut. Banyak rupanya indoors playground yang ada di sekitar Johor Bahru.

Cuma ada beberapa permasalahan yang kami hadapi dengan tempat-tempat tersebut. Permasalahan pertama adalah tempat-tempatnya agak kecil dan tidak dapat menampung jumlah murid kami yang ramai. Permasalahan yang kedua pula adalah waktu operasi bagi kesemua tempat itu bermula dari pukul 10 pagi. Jadi pencarian diteruskan lagi. Bagi mengisi masa menuju ke pukul 10 pagi, kami rancang untuk adakan piknik di taman yang berdekatan dengan tempat yang bakal kami lawati. Sekali lagi kami agak terkejut dengan keadaan taman yang dirancang. Tidak terurus. Perancangan berubah lagi. The Parenthood dan Setia Indah Park batal.

Pilihan lain selain dari Setia Indah Park adalah Adda Height Town Park. Alhamdulillah, tempat ini sedap mata memandang dan ruangnya yang luas pada kami akan lebih memberi keselesaan bagi para guru dan anak-anak murid untuk berpiknik. Kami seterusnya ke Fanpekka di Aeon. Berdebar juga kerana person in charge di sana, En Zamri bercuti dan pulang ke kampungnya. Hanya sedikit sahaja info yang kami dapat berkenaan tempat tersebut sebelum kami ke sana untuk melakukan lawatan kawasan. Bimbang juga sekiranya tempat tersebut tidak bersesuaian. Ternyata sangkaan kami meleset. Tempatnya agak luas dan staf yang ada di sana juga melayan kami dengan baik. Setiap pertanyaan kami dijawab dengan jelas dan tertib. Keputusan terus diambil, pertukaran tempat lawatan adalah ke Adda Height Town Park dan Fanpekka. Lebih memudahkan lagi apabila pihak Fanpekka yang akan menguruskan segala jenis permainan yang akan dilakukan oleh murid-murid nanti.


Langkah yang seterusnya selepas kata putus diambil adalah persiapan segala keperluan berkaitan dengan lawatan K1. Ya Allah Ya tuhan kami, permudahkanlah urusan kami semua.



Lawatan pertama di Setia Indah Park


Tempat yang redup 😊


Tapi sayang tidak di selenggara dengan baik 😔


Usaha pencarian tempat yang menarik diteruskan lagi ke Adda Height Town Park

Alhamdulillah pemandangan yang cantik dan tenang


Fasaliti tandas juga disediakan di sini 😊

Lawatan ke Fanpekka Aeon Mall Tebrau


Antara gerai yang ada untuk anak-anak bermain

Jadual aktiviti yang ada di Fanpekka



Ruangan permainan anak-anak



Castle di Fanpekka

Di sini saya kongsikan juga video tiktok sepanjang perjalanan kami untuk survey tempat lawatan K1





Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog ini, semoga urusan trip lawatan K1 berjalan dengan lancar dan diberikan kemudahan. Teruskan memberi sokongan kepada kami, nantikan coretan blog seterusnya.

Sekian terima kasih

~Puan Azreen~





















0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon