Bismillahirrahmanirrahim
|
Penuh Dewan Al-Fatih MyBistari Legacy. |
Pada hari Ahad, 28 April 2024 kami di MyBistari Group telah menganjurkan program bersama ibu bapa hebat iaitu Program Keibubapaan dan Teknik Pengajaran Bacalah Anakku.
Terlebih dahulu kami memohon maaf di atas kelewatan penganjuran program pada kali ini kerana perubahan takwim dan awal sesi persekolahan masuknya bulan Ramadan membataskan kami untuk menjalankan program ini lebih awal lagi.
Alhamdulillah, walaupun selepas sebulan setengah anak-anak menjalani sesi persekolahan, sambutan ibu bapa sangat menggalakkan sebaik sahaja link pendaftaran ini dibuka sehingga kami membuka 2 slot tambahan untuk menampung kehadiran para ibu bapa.
Seramai 54 orang ibu bapa yang hadir untuk slot program pertama ini. Pelbagai ilmu dan teknik yang dikongsikan oleh penceramah hebat kami yang berpengalaman lebih dari 18 tahun di MyBistari Group. Bagi ibu bapa yang belum berkesempatan untuk hadir ke program ini, jangan risau ada lagi 3 tarikh tambahan pada 4, 5 dan 11 Mei 2024 tempat adalah terhad. Ibu bapa yang belum daftar boleh daftar segera.
Ingin saya war-warkan juga pada slot yang terakhir 11 Mei ini, kami akan buka penyertaan pada ibu bapa diluar sana yang ada anak bermasalah dalam bacaan. Kami mohon kepada ibu bapa MyBistari untuk bantu kami hebahkan berita baik ini kepada kenalan yang berminat untuk sertai program kami ini.
Jom bantu kami ibu ayah!!
Di sini saya ingin kongsikan gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.
|
Cik Najwa dan Puan Syafina sudah bersedia di kaunter pendaftaran. |
|
Bersemut pagi-pagi founder kita ni. |
|
Bidan terjun pengacara majlis Pn. Shawariah. |
|
Lama tak beraksi founder kami Cikgu Tamizi. |
|
Bapa-bapa yang hebat hadir ke program. |
|
Pn Norafizah fasilitator buku 1 hingga 5. |
|
Carta sukukata yang digunakan di tadika. |
|
Berselera ibu-ibu menjamu makan. |
|
Sempat Pn. Zainun beramah mesra dengan ibu-ibu. |
|
Apa yang happy sangat tu Pn. Shawa? Hihi |
|
Ada pertanyaan jangan malu-malu bertanya, pakar kami sedia menjawab. |
|
Ibu-ibu tak lepaskan peluang untuk bertanya dan melihat hasil kerja murid. |
|
Fokus mendengar taklimat. |
|
Bersemangat Cikgu Tamizi menjawab pertanyaan ibu-ibu. |
|
Penerangan teknik bacalah anakku selepas rehat. |
|
Buku Bacalah Anakku mestilah perlu bawa sebagai rujukan. |
|
Kad sukukata juga penting untuk membantu anak-anak dalam mengenal sukukata. |
|
Bersemangat Pn. Suhaila berkongsi ilmu. |
|
Seronok ibu-ibu belajar teknik bacalah anakku. |
|
Trademark MyBistari tidak dilupakan. |
|
Semangat ibu ayah 💪. |
|
Cari buku bacalah 7 ke tu? Hihihi |
|
Sesi soal jawab dibuka. |
|
Segala pertanyaan dijawab oleh Pn. Zainun founder MyBistari. |
Baiklah sampai di sini sahaja blog kami pada kali ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaat sebaiknya untuk anak-anak hebat ibu ayah. Mohon maaf dari kami sekiranya ada kekurangan sepanjang program berlangsung. Semoga kita berjumpa lagi nanti.
Sekian, terima kasih🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment