|
Fokus menjawab soalan. (THB) |
Bismillahirrahmanirrahim...
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu, dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku.”
Pada hari Rabu yang lepas 22hb November 2023, murid-murid K2 kami telah menjalani ujian penilaian ke 2 bagi sesi persekolahan 2023.
Bagi ujian penilaian ini, hanya empat subjek terpilih sahaja untuk anak-anak menjawab. Subjek-subjek tersebut adalah Bahasa Melayu, English, Matematik dan juga Pendidikan Islam.
Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk melihat prestasi anak-anak dalam kefahaman mereka sepanjang sesi pembelajaran semester ke 2 ini dijalankan.
Semoga anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian penilaian pada kali ini. Ibu dan ayah jangan lupa untuk melihat keputusan anak-anak di website e-waris kami pada 28hb November 2023, Selasa nanti.
Jom kita gelagat anak-anak dalam menjawab soalan.
|
Arahan dibaca oleh guru bertugas dan diikuti anak murid. (THB) |
|
Walaupun kedudukan rapat tetapi murid perlu jawab berlainan muka surat. (THIL) |
|
Guru bertugas memantau ketat anak-anak. (THIL) |
|
Fahamkan soalan baik-baiknya. (THP) |
|
Guru bertugas sedang terangkan soalan. (THP) |
|
Jari tunjuk arahan ya. (THG) |
|
Lama termenung memikir jawapan ke tu? Hihihi (THG) |
|
Cikgu saya tak faham soalan ini macam mana? (THI) |
|
Senangkan soalan cikgu. (THI) |
|
Soalan cikgu senang tapi jawapan yang dijawab belum tentu mudah. Hihi (THC) |
|
Tenang menjawab soalan. (THC) |
Apalagi...Jom follow, like, comment and share. 🌹
Sekian, terima kasih.
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment