|
Seronok ya main air dengan kawan-kawan. (THC) |
Setelah sekian lama aktiviti renang tidak dijalankan ekoran daripada pandemik covid19 dan beberapa faktor yang lain. Alhamdulillah, bermula pada bulan November ini, aktiviti renang dapat dijalankan seperti biasa.
Keterujaan dapat dilihat pada riak wajah anak-anak di MyBistari. Semestinya tidak sabar menunggu hari untuk aktiviti renang ini. Para ibu juga, sudah pastinya menanti hari paling bahagia kerana tidak perlu berperang untuk kejutkan anak-anak ke sekolah. Hihihi
Tetapi lain pula apa yang para guru kami rasa, rasa bimbang, rasa berdebar dan bermacam-macam rasa. Almaklumlah sudah lama aktiviti ini tidak dijalankan, bertambah pula ramai guru-guru baru yang masih tiada pengalaman untuk kendalikan aktiviti ini.
Oleh itu, kami pihak pengurusan telah mengambil peluang pada perhimpunan bulanan guru-guru MyBistari untuk memberi taklimat tentang aktiviti renang ini.
Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak, aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan sudah pastinya anak-anaklah yang paling seronok. Siap ada yang request aktiviti renang ini diadakan pada setiap minggu. Hihihi
Insyaallah bulan hadapan nanti kita renang lagi ya.
Jom lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini dijalankan.
|
Tak sabar masing-masing nak main air. (THINO) |
|
Tadika kami tiada kolam, kami naik van ke tadika berhampiran. (THC)
| Cikgu cepatlah ambil gambar kami. (THC) |
|
|
Have fun. (THC) |
|
Dah puas mandi ke tu? (THB) |
|
Wah, siap bawa google! nak menyelam ke tu. (THB) |
|
Bermacam-macam gaya ya. (THB) |
|
Cikgu tunggu saya nak bergambar juga. (THJ) |
|
Hati-hati main percikan air tu, jangan sampai jubah cikgu awak basah pula. (THJ) |
|
Kami dah siap. (THJ) |
|
Sementara menunggu kawan-kawan yang lain. Berkumpul di tapak perhimpunan. (THB) |
Apalgi..jom follow, like, comment and share!!
Sekian, terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment