Friday, July 3, 2026

KESELAMATAN BERMULA DENGAN PERSEDIAAN!

 

Lari-lari selamatkan diri. (TH Cemerlang)

Latihan Kebakaran MyBistari 2026: Bersedia Hari Ini, Selamat di Kemudian Hari

12 Jun 2026 (Jumaat) menjadi tarikh yang bermakna apabila Latihan Kebakaran telah dilaksanakan secara serentak di semua Tadika-Tadika Hebat MyBistari. Program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam memastikan warga MyBistari sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan yang tidak dijangka.

Pepatah mengatakan, "Sediakan payung sebelum hujan." Begitulah juga tujuan latihan ini diadakan. Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada sebarang musibah seperti kebakaran, persediaan awal amat penting supaya setiap guru dan murid tahu tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

Sepanjang latihan berlangsung, guru bertugas telah memberikan taklimat ringkas kepada murid tentang langkah-langkah menyelamatkan diri dengan tenang dan teratur. Murid juga didedahkan dengan prosedur keluar dari bangunan mengikut laluan kecemasan serta berkumpul di kawasan yang telah ditetapkan.

Selain itu, guru-guru turut diberikan penerangan dan demonstrasi mengenai cara menggunakan alat pemadam api dengan betul dan selamat. Pengetahuan asas seperti ini sangat penting kerana tindakan yang pantas dan tepat mampu membantu mengawal keadaan sementara menunggu bantuan pihak bomba tiba.

Alhamdulillah, latihan berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua guru dan si cilik hebat MyBistari. Walaupun ia hanyalah satu simulasi, pengalaman ini memberi pendedahan yang sangat bermakna kepada semua yang terlibat.


Beg dan buku boleh ditinggalkan, nyawa mesti diselamatkan. (TH Cemerlang)

Kelas bangunan atas menggunakan tangga kecemasan. (TH Cemerlang)


Alaa nak selamatkan diri pun comel murid 4 tahun ni. (TH Ilmu)

Tunduk, tutup hidung dan mulut, kemudian bergerak mengikut arahan guru. (TH Ilmu)



Cemas bila loceng berbunyi. Lari selamatkan diri! (TH Pintar)

Alhamdulillah semua berada dalam keadaan selamat. (TH Pintar)

Kreativiti cikgu jadi api bergerak. Hihihi (TH Intelek)

Hati-hati yang di belakang tu, ada api. (TH Intelek)

Cikgu memberi penerangan untuk penggunaan alat pemadam api. (TH Intelek)

Semak dulu jumlah murid cukup ke tak. (TH Genius)

Fokus mendengar taklimat keselamatan. (TH Genius)

Belajar menggunakan alat pemadam api dengan betul. (TH Genius)

Hati-hati turun tangga kecemasan tu. (TH Bijaksana)

Ilmu keselamatan bermula dengan tunjuk ajar guru. (TH Bijaksana)

Semangat guru bertugas memberikan taklimat keselamatan. (TH Kreatif)



Cepat-cepat turun! (TH Minda)

Cikgu: Raissa.
Raissa: Saya cikgu! 

Ilmu kecil, manfaat besar. (TH Minda) 

Cukup ke tak anak murid tu cikgu? (TH Inovasi)

Dengar dengan teliti ya perkongsian dari guru untuk keselamatan bersama. (TH Inovasi)

Salah satu cara menyelamatkan diri daripada terhidu asap adalah dengan
menutup hidung dan mulut. (TH Inovasi)

Taklimat diberikan bukan dari lisan sahaja, malah melalui video interaktif yang menarik!
(TH Jaya)

Anak-anak belajar cara melindungi diri ketika kecemasan. (TH Jaya)

Di MyBistari, kami bukan sahaja menitikberatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak, malah aspek keselamatan turut menjadi keutamaan. Semoga ilmu yang dipelajari melalui latihan ini menjadi bekalan yang bermanfaat dan dapat digunakan sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

Kerana keselamatan bukan sekadar tanggungjawab, tetapi budaya yang perlu dipupuk sejak kecil.

Sekian, terima kasih🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                             (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon