Wednesday, July 22, 2026

SI CILIK HEBAT HIDUP SIHAT!

 

Penerangan yang jelas dari Cikgu Afiqah. (TH Inovasi)

Kempen Kebersihan & Kesihatan 2026: Mendidik Si Cilik Hebat Membudayakan Gaya Hidup Sihat

16 Julai 2026 (Khamis) menjadi satu lagi hari yang penuh bermakna apabila Kempen Kebersihan dan Kesihatan telah dilaksanakan serentak di semua cawangan Tadika-Tadika Hebat MyBistari Group. Penganjuran kempen ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri serta meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berjangkit yang semakin kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Sepanjang kempen berlangsung, murid-murid diberikan penerangan secara terperinci oleh guru-guru mengenai jenis-jenis penyakit berjangkit, simptom-simptom yang perlu diberi perhatian, serta langkah-langkah pencegahan dan tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka tidak sihat. Penyampaian dibuat menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya ilmu yang diterima dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Kempen ini amat bertepatan dengan situasi semasa memandangkan kebelakangan ini kami menerima beberapa kes penyakit berjangkit seperti chicken pox, influenza, dan HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) dalam kalangan murid. Melalui pendedahan ini, diharapkan setiap anak dapat memahami kepentingan menjaga kebersihan diri, mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, mencuci tangan dengan sempurna serta memaklumkan kepada ibu bapa dan guru sekiranya mengalami simptom penyakit.

Pada hari tersebut, saya berkesempatan menziarahi Tadika Hebat Inovasi, Taman Bukit Dahlia untuk melihat sendiri perjalanan kempen. Suasana yang ceria dan penuh semangat jelas terpancar pada wajah murid-murid. Selain sesi penerangan yang disampaikan oleh Guru Besar, perhatian anak-anak turut berjaya menarik perhatian melalui sketsa khas bertemakan kebersihan dan kesihatan yang dipersembahkan oleh guru-guru. Persembahan yang santai, kreatif dan menghiburkan menjadikan penyampaian mesej lebih mudah difahami dan diingati oleh murid.

Bagi mengukuhkan lagi pembelajaran, setiap murid turut diberikan lembaran untuk diwarnakan yang bertemakan Kempen Kebersihan dan Kesihatan. Hasil karya yang penuh warna-warni membuktikan kesungguhan serta kreativiti si cilik hebat dalam menyertai aktiviti ini. Mereka bukan sahaja seronok mewarna, malah secara tidak langsung menghayati mesej penting tentang amalan menjaga kebersihan dan kesihatan.

MyBistari Group percaya bahawa pendidikan mengenai kesihatan perlu diterapkan sejak usia awal. Dengan pendedahan yang berterusan, anak-anak akan lebih peka terhadap kepentingan menjaga kebersihan diri, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila mengalami tanda-tanda penyakit berjangkit.


Dengar dengan teliti tau penerangan dari guru. (TH Inovasi)

Scan suhu sebaik tiba di tadika. (TH Genius)

Fokus semua dengar taklimat. (TH Genius)

Bergambar tanda hadir semasa kempen ini dijalankan. (TH Genius)

Dengar baik-baik apa yang cikgu nak sampaikan ya. (TH Ilmu)

Guru menunjukkan contoh-contoh penyakit berjangkit. (TH Ilmu)


Kehadiran si cilik Tadika Hebat Minda untuk Kempen Kebersihan & Kesihatan.

Semua guru besar cawangan mainkan peranan penting untuk kempen ini. (TH Minda)

Melalui paparan video murid belajar cara cuci tangan yang betul. (TH Pintar)

Jom nyanyi lagu cuci tangan. (TH Pintar)

Semoga si cilik faham apa yang Cikgu Fadiah kongsikan. (TH Bijaksana)

Sesi petang pembantu guru besar pula mengambil alih untuk memberikan penerangan. (TH Bijaksana)

Teliti Cikgu Juliana menerangkan kepada muurid tentang pentingnya menjaga kebersihan. (TH Jaya)

Aktiviti mewarna sempena hari kempen ini. (TH Jaya)

Warna cantik-cantik tau. (TH Intelek)

Mewarna bebas ikut kreativiti murid. (TH Intelek)

Wah! Cantik hasilnya. (TH Intelek)

Semoga Kempen Kebersihan dan Kesihatan ini dapat memberi manfaat kepada semua murid serta menjadi langkah awal dalam membentuk generasi yang lebih prihatin terhadap kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam membendung penularan penyakit berjangkit dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan memastikan anak-anak berehat di rumah serta mendapatkan rawatan sekiranya mereka tidak sihat.

"Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati." Bersama-sama kita lindungi si cilik hebat dengan amalan kebersihan yang baik setiap hari.

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO                                                                                                                              (Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon