Tuesday, October 10, 2023

PERLAKUAN SELAMAT DI JALAN RAYA (PKJR)

 

Simbol-simbol jalan raya.

Assalamualaikum

Apa khabar semua, sihat?

Semoga semuanya berada di dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Almaklumlah keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu bertambah pula musim jerebu yang sedang melanda di Pasir Gudang sekarang ini. Jaga diri semua!!

Berbalik pada blog kita pada hari ini, saya ingin ceritakan serba sedikit tentang tema mingguan perhimpunan di Mybistari Group yang telah dijalankan pada hari Ahad lepas iaitu berkaitan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang bertemakan topik pengenalan simbol papan tanda dan perlakuan selamat dan tidak selamat di jalan raya kepada anak-anak.

Topik pada kali ini, anak-anak telah didedahkan tentang fungsi setiap simbol papan tanda seperti simbol berhenti,simbol lampu isyarat, simbol bonggol, simbol dilarang masuk, simbol kanak-kanak melintas jalan dan simbol dilarang memotong.

Selain itu, anak-anak turut diberi penerangan tentang perlakuan selamat dan tidak selamat ketika di jalan raya, seperti penggunaan topi keledar, beratur ketika menaiki bas, melintas jalan bersama-sama dengan orang dewasa dan sebagainya.

Manakala perlakuan yang tidak selamat pula seperti tidak menggunakan topi keledar ketika menaiki motosikal atau memakai topi keledar tetapi tidak mengikat tali dengan kemas, tidak beratur dan bertolak-tolak ketika menaiki bas serta melintas jalan bersendirian.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang sesi perhimpunan ini diadakan.

Siapa tahu ini simbol apa? (TH Intelek)

Simbol kanak-kanak melintas jalan cikgu. (TH Intelek)

Apa yang perlu kita lakukan jika melintas jalan? (TH Cemerlang)



Kenderaan perlu berhenti jika nampak simbol ini. (TH Ilmu)

Semangat Cikgu Nurin beri penerangan. (TH Ilmu)

Eh awak buat apa tu? Pandang depan la. (TH Berjaya)

Siapa tahu ini simbol apa? (TH Berjaya)

Yels cikgu kat sana ada bonggol. (TH Berjaya)

Betul ke perlakuan kanak-kanak ini melintas jalan? (TH Inovasi)


Fokus anak-anak di TH Bijaksana mendengar penerangan guru bertugas.



Semoga dengan sedikit penerangan dan pendedahan daripada guru-guru kepada anak-anak sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan di jalan raya.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon