Pada 25
Oktober 2023, Rabu lepas tadika kami telah mengadakan aktiviti hari pemakaian
kostum pekerjaan. Tujuan kami mengadakan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan kepada anak-anak tentang kostum-kostum pekerjaan yang ada di Malaysia. Selain dari itu,
selaras dengan silibus 6 Bistari di tadika kami tentang pekerjaan. Di mana
anak-anak diminta untuk memakai kostum pekerjaan dari rumah dan perlu membentangkan
tentang kostum yang dipakai serta anak-anak perlu melakonkan watak pekerjaan tersebut.
Oleh itu,
kami mengambil langkah untuk semua tahap merasa memakai kostum pekerjaan dan
dijadikan sebagai rutin bulanan kami bermula Oktober ini. Anak-anak perlu
memakai kostum pekerjaan pada setiap hari Rabu minggu terakhir setiap bulan. Jadi
baju uniform yang ibu bapa beli tidaklah membazir dan boleh dipakai berulang kali
oleh anak-anak.
Pelbagai
jenis kostum pekerjaan yang diperagakan oleh anak-anak untuk aktiviti ini. Tersenyum
anak-anak apabila memasuki tadika dengan kostum-kostum yang dipakai. Mesti senangkan
bangun pagi untuk pergi tadika sebab tak sabar nak pakai kostum pekerjaan.
Usaha ibu
bapa pun tidak kurang hebatnya, siap buatkan nametag bagi anak-anak yang
memakai kostum guru. Selain dari kostum-kostum yang popular menjadi pilihan seperti
bomba, doktor, askar, juruterbang, jururawat, dan guru. Apa yang menarik pada
tahun ini adalah murid memakai kostum pekerjaan nelayan yang jarang-jarang
ditonjolkan. Tahniah!! Ibu bapa hebat.
Jom kita lihat suasana sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Chef-chef hebat di THC.
Ramai doktor merawat pesakit, mesti kritikal sakitnya ni. (THC)
Cikgu dan ustaz-ustaz di THC.
Saya nak jadi cikgu hari ini. (THB)
Saya nak tembak penceroboh negara. (THB)
Siapa sakit hari ini boleh jumpa saya. (THB)
Wow, pelumba track pun ada la. (THIN)
Ada kebakaran di sana, saya nak padamkan api. (THIN)
Alaaa comelnya juruterbang ni. (THIN)
Wah...ada angkasawan di Inovasi.
Seronoknya hari belajar pakai kostum pekerjaan. (THINV)
Wah..Pekerja TNB pun ada di Inovasi.
Saya nak mewarisi pekerjaan ibu saya. (THG)
Anggota polis cilik di TH Genius.
Hakim yang bergaya. (THG)
Cita-cita saya hendak jadi seorang pelukis. (THG)
Bakal-bakal askar suatu hari nanti. (THP)
Hari ini kami yang akan mengajar kamu semua. (THP)
Tukang masak di TH Pintar.
Nelayan kita sibuk menangkap ikan. (THIL)
Bakal pemain bola sepak kebangsaan suatu hari nanti. (THIL)
Terima kasih kepada semua pihak terutama ibu bapa dan guru-guru yang menjayakan aktiviti ini. Kami sangat hargai dengan segala usaha yang diberikan. Semoga cita-cita anak-anak hebat ini akan tercapai suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment