Bismillahirrahmanirrahim.
 |
Murid-murid 6 Bistari TS1 bersama hasil kerja mereka. |
Seperti yang semua sedia maklum, kita sudahpun berada di
pertengahan semester 2 sesi 2019. Sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Bagi
para ibu bapa dan penjaga yang sudah beberapa tahun bersama kami, pastinya tahu
akan sedikit perubahan yang kami adakan untuk semester 2 kali ini. Kali ini,
bagi semester 2, kelas 5 Bistari ditiadakan. Murid-murid hanya akan dipilih
untuk naik ke kelas 6 Bistari pada awal semester tahun hadapan.
Bagi murid 6 Bistari tahun ini juga ada sedikit perubahan
dari segi P&P , penambahbaikan yang kami cuba laksanakan. Keinginan untuk
berkongsi segala aktiviti mereka bersama para ibu bapa dan penjaga agak terhad
kerana kami agak sibuk dengan segala program-program yang telah disusun atur
bermula dari pembukaan semester 2. Tetapi inisiatif dari pihak guru besar-guru
besar cawangan, mereka ada kongsikan video-video dan gambar-gambar aktiviti
murid di status dan juga group whatsapp. Jika sebelumnya mereka lebih banyak menghabiskan masa belajar di dalam kelas, kini kebolehan mereka semakin terserlah apabila diberi kesempatan dan ruang untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Alhamdulillah!
 |
Aktiviti penjodoh bilangan murid-murid 6 Bistari TIPB. |
 |
Susun jangan tak susun. (TIPB) |
 |
Buku skrap tema haiwan dari murid-murid 6 Bistari TKM |
 |
Bersungguh siapkan tugasan yang diberi. (TKM) |
 |
Ok.. dengar sini, kita kan dah bincang tadi.. untuk buah penjodoh bilangannya bukan buah.. (TKM) |
 |
Kami seronok dengan hasil kerja kami!! (TKM) |
 |
Hmmm... apa ya perkataan untuk 'a' dan 'an' ni? (TM) |
 |
Ok tepi semua!! Idea saya datang mencurah-curah ni!! (TM) |
 |
Proses menyiapkan buku skrap kami! (TM) |
 |
Yes!! Kami dapat selesaikan semua huruf yang berterabur ni!! (TM) |
 |
Tulis cantik-cantik sikit.. kita nak kena present kat depan kejap lagi. (TMPB) |
 |
Setiap kumpulan dengan hasil kerja mereka. (TMPB) |
 |
Ala.. kacang je semua soalan ni. (TMPB) |
 |
Jangan risau.. saya tahu jawapannya.. (TNPB) |
 |
Eh.. mana gambar kambing? Tadi ada kat sini. (TNPB) |
 |
Alhamdulillah, kami dah siap tugasan penjodoh bilangan kami! (TNPB) |
 |
Cantiknya!! (TNPB) |
 |
Setiap kumpulan dengan hasil masing-masing. (TNPB) |
 |
Eh.. jawapan kita macam sama je dengan kumpulan sana tu.. (TS1) |
 |
Dah siap, jom kita warna biar makin cantik. (TS1) |
 |
Alamak, saya macam dah silap susun huruf ni. (TS1) |
 |
Betul tak kami buat ni cikgu? (TS1) |
 |
Kami dah siap, tinggal nak warnakan gambar je ni. (TIB) |
 |
Cepat awak, kumpulan sana dah siap dah. (TIB) |
 |
Salah tu.. bukan macam tu ejaannya. (TIB) |
 |
Lepas tu nak huruf apa pula? Mari kita carikan. (TIB) |
 |
Alhamdulillah.. inilah hasil kerja kami! (TIB) |
Kami akan kongsikan lagi aktiviti-aktiviti ketika sesi P&P murid-murid 6 Bistari dengan ibubapa dan penjaga di lain masa. Ketika ini, murid-murid di tadika-tadika kami sedang sibuk dengan latihan sempoa, congak dan juga latihan persembahan untuk Pertandingan Sempoa dan Congak. Insyaallah cerita berkenaan latihan mereka akan kami kongsikan minggu hadapan.
Oppss.. kami juga ada mengedarkan borang pertandingan sempoa kategori ibu bapa. Diharap para ibu bapa dan penjaga sudi untuk masuk bertanding sempoa. Jom asah kepantasan jari jemari kita di manik-manik sempoa!!
~ Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment