Tuesday, June 16, 2020

NORMA BARU SEMESTER 2 2020

Bismillahirrahmanirrahim.
Daftar kehadiran di tadika.

Alhamdulillah, akhirnya kita semua sudah boleh mula menarik nafas lega sedikit. Pengumuman dari Perdana Menteri kita berkenaan fasa Covid19 yang seterusnya benar-benar membawa senyuman lebar di bibir rakyat. Tetapi harapnya kita semua tidaklah terlalu teruja dengan pengumuman dari beliau sehingga terlupa segala SOP yang telah ditetapkan, sila jaga jarak dan jaga keselamatan diri masing-masing, jangan ambil mudah dek kerana rasa selesa. Musibah ini masih belum berakhir lagi.

Tetapi bagi kami, ada yang sudahpun berakhir. Semester 1 bagi sesi 2020 sudahpun berakhir. Kini kami sudahpun masuk ke semester 2 bagi 2020. Bermacam juga dugaan yang kami hadapi dalam menuju semester ke 2 tahun ini. Sayang, tetapi kerana sebab-sebab tertentu, kami terpaksa merehatkan sejumlah besar guru-guru kami yang selama ini sama-sama membantu menaikkan MyBistari Group. Begitu juga dengan beberapa murid yang telahpun mengakhiri perjalanan mereka bersama kami. Semoga semuanya sentiasa dipermudahkan urusan dan diharap ukhwah yang sedia ada tidak terputus begitu sahaja.

Dalam pada itu, kami juga sedang mempersiapkan langkah-langkah yang seterusnya dalam memastikan anak-anak murid kami menerima ilmu. Kecut perut juga para guru yang terpilih untuk beraksi di depan lensa kamera untuk rakaman sesi P&P. Mereka lebih selesa bercakap dan mengajar di hadapan lebih dari 10 orang murid dari berhadapan dengan lensa kamera.

Para guru gigih membuat rakaman untuk silibus sem 2.

Di sini juga, ingin kami kongsikan sedikit suasana di tadika-tadika kami apabila para ibu bapa telah dibenarkan untuk hadir ke sekolah untuk melakukan urusan-urusan yang melibatkan anak-anak mereka. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kita semua.  

Bila sudah lama tak bersua muka, panjang ceritanya. (TIB)


Isi kehadiran di buku pelawat. (TIB)

Tak bawa handphone, tiada masalah, kita daftar secara manual. (TIMB)


Alamak, kenapa tak boleh scan ni? (TIMB)

Kejap cikgu, saya nak pose kat kamera tu dulu. (TIPB)

Ini lembaran kerjanya, puan. (TIPB)

Jangan lupa ambil barang anak encik ni ya. (TKM)

Kita scan dulu kod sebelum teruskan urusan yang lain. (TKM)

Pastikan segala SOP dituruti. (TM)

Boleh tak tu puan? (TM)

Kalau tiada akaun MySejahtera, guna Facebook pun boleh. (TMPB)

Saya nak cepat, tak payah buka helmetlah ya. (TMPB)

Ada dua pilihan yang diberi untuk daftar kehadiran. (TNPB)

Terima kasih atas sokongan yang diberi. (TNPB)

Hmmm.. mana ya lembaran kerja anak puan. (TS1)

Tengah scan ke selfie tu? (TS2) 
Walaupun bertopeng, dapat kami bayangkan senyuman lebarnya. (TS2)




Walaupun mungkin sukar dan banyak perkara yang perlu diambil kira, kami bersedia untuk melaluinya. Dalam pada itu, diharap semua masih tetap menjaga jarak, keluar hanya bila perlu dan sila jaga kesihatan dan kebersihan. Jangan henti berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk semuanya. Jom kita sama-sama menanti hari yang seterusnya!

~Cikgu Norifah~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon