“Aku pernah
mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Siapa yang berhaji kerana Allah lalu ia tidak
berkata kotor dan berbuat fasik, maka ia kembali seperti hari ketika dilahirkan
ibunya.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
Allah, betapa
dimuliakan olehNya para jemaah yang pergi menunaikan haji dalam keadaan ikhlas
dan bersih hatinya. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk menunaikan haji
dan mendapat haji yang mabrur. Sayangnya tahun ini, umat-umat islam, dalam konteks ini di Malaysia, tidak dapat
menunaikan haji seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Begitu besarnya impak
Covid-19. Tahun ini tiada murid yang bersemangat bercerita, "Cikgu, nenek nak pergi Mekah, nanti rindu tak jumpa sebulan." "Cikgu, atok nenek nak naik kapal terbang jalan jauh nak pergi rumah Allah." "Kita cuti minggu depan cikgu, ayah kata nak hantar atok naik kapal terbang." "Atok kata nak bawa balik seekor unta untuk kita, cikgu!" Bagi kami juga, program yang
diadakan saban tahun terpaksa kami tiadakan, termasuklah Program Haji Cilik.Tiada kedengaran
cerita anak-anak murid berlatih memakai ihram di rumah dan tiada kedengaran
suara-suara halus seolah-olah berbisik tatkala mereka menghafal talbiyah ketika
sedang sibuk membuat latihan yang diberi. Semoga Allah kurniakan kembali nikmat
yang pernah diberikan olehNya kepada kita semua.
Memandangkan
tak lama lagi umat islam bakal menyambut hari raya Aidiladha, mari kita buat
sedikit throwback berkenaan dengan Program Haji Cilik yang diadakan pada
tahun-tahun yang sebelumnya. Diharap perkongsian ini dapat menghidupkan rasa cinta
kita pada ibadah yang satu ini.
Proses menyiapkan tapak program pada malam hari sebelum kejadian.
Proses mendirikan replika Kaabah pula.
Disambung ke paginya sebelum kehadiran para jemaah haji cilik.
Mari kita perkemaskan lagi ihramnya.
Last check sebelum kita bermula.
Taklimat akhir untuk para jemaah haji cilik.
Mari kita mulakan, Bismillahirrahmanirrahim.
Awak dapat tak stiker macam kita ni?
Kejap cikgu, haus pula saya.
Kira jangan tak kira batu yang dikutip tu.
Lontar ke sana tau, bukan ke kawan.
Ini bukan pertandingan lumba lari ya, kita nak bersaei ni.
Ingat tak kita dah pusing berapa kali ni?
Cikgu, gunting rambut saya handsome-handsome ya.
Yang cikgu tarik tu telinga saya cikgu..
Alhamdulillah, melepaskan dahaga bila selesai melaksanakan rukun haji.
Susun atur untuk ambil gambar kenangan.
Senyum semuanya!
Ambil kesempatan bergambar dengan Puan Zainun.
Abadikan kenangan sekeluarga.
Kami kongsikan juga video-video Program Simulasi Haji pada tahun-tahun yang sudah.
Program Simulasi Haji Cilik 2019
Program Simulasi Haji Cilik 2018
Program Simulasi Haji Cilik 2017
Marilah kita sama-sama berdoa agar musibah yang melanda dunia sekarang ini dapat dibendung dan dipertemukan jalan penyelesaiannya. Siapa sangka angkara makhluk Allah yang sekecil-kecil kejadiannya memberi impak yang sangat-sangat besar ke seluruh dunia. Subhanallah. Kita ingat Allah, Insyaallah Allah akan jaga kita.
Oh ya, ketika ini sesi fotografi individu bagi murid K2 sedang dijalankan. Diharap para ibubapa dan penjaga yang bersetuju untuk mengambil gambar peka dengan jadual pengambilan gambar yang telah kami sertakan di surat makluman. Kerjasama dari pihak ibubapa amat kami hargai. Terima kasih sekali lagi dari kami.
0 comments:
Post a Comment