“The best
thing about a picture is that it never changes, even when the people in it do.”
Slowly but
surely, bak kata orang putih, kita memulakan kembali sesi persekolahan untuk
semester kedua bagi tahun yang sangat-sangat mencabar ini, tahun 2020. Banyak
perubahan yang kami lakukan untuk memudahkan dan memastikan sesi P&P dapat
berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, kebanyakkan para ibu bapa dan penjaga
memberikan kerjasama yang baik kepada kami.
Selalunya, perjalanan
semester 2 di tadika kami penuh dengan aktiviti-aktiviti untuk murid-murid.
Sayangnya, tahun ini tidak dapat kami laksanakan. Jika tidak, seperti yang
termaktub didalam Takwim 2020, sebelum cuti Hari Raya Aidiladha akan diadakan Pertandingan
uji Minda, Bercerita dan Lego dan juga Program Simulasi Haji Cilik, program-program
itu kami rehatkan dahulu. Selain dari itu juga, seawal semester 2 selalunya kami
akan pusing keliling tadika-tadika MyBISTARI GROUP untuk mengambil gambar
murid-murid. Tahun ini Alhamdulillah, tetap diadakan juga sesi fototgrafi,
tetapi hanya untuk murid K2 sahaja, tiada sesi fotografi bagi murid-murid K1.
Terima
kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang memberikan sepenuh kepercayaan
kepada kami dan bersetuju untuk mengabdikan kenangan tahun akhir anak-anak
bersama kami. Bagi saya, jurufoto bidan terjun hampir saban tahun, inilah
antara aktiviti yang ditunggu-tunggu, kerana ketika inilah dapat saya bertemu
dan beramah mesra dengan murid-murid dan para guru, walaupun sangat-sangat
terbatas untuk melakukannya sekarang ini.
Jom kita
lihat aksi murid-murid sepanjang sesi fotografi ini dilakukan.
Ni semua beratur ikut susunan yang cikgu sebut tak tadi? (TIB)
Kejap, jambul ni nak bergoyang aje. (TIB)
Mari cikgu pakaikan baju. (TIB)
Senyum... 1..2..3..!!! (TIMB)
Haa.. saya ada kuasa super power ya cikgu. (TIMB)
Senget baju ni.. (TIMB)
Errr.. tengok mana semua tu? (TIPB)
Sabar, nanti cikgu panggil kita juga untuk pakai jubah tu. (TIPB)
Agak-agak apa lauk mak masak kat rumah eh? (TIPB)
Ok, yang dah siap, berdiri tegak dan tunggu sehingga nama dipanggil. (TKM)
Hai cikgu, comel tak kami pakai jubah ni? (TKM)
Tengok bawah tu, pijak kat tanda yang cikgu dah buat. (TKM)
Alamak, ketat pula ya topinya? (TM)
Saya seorang je yang dah siap cikgu. (TM)
Hai cikgu.. bila nak panggil saya? (TM)
Tak sabarnya nak tunggu giliran saya bergambar. (TMPB)
Oooo.. macam ni rupanya ambil gambar eh cikgu? (TMPB)
Ok tak cikgu saya posing macam ni? (TMPB)
Diri tegak-tegak, cikgu tak mahu topi ni terjatuh. (TNPB)
Mata tengok dekat tempat yang cikgu tunjuk ni. (TNPB)
Ok, awak yang akhir untuk hari ini. (TNPB)
Sempat lagi dua ni berposing. (TS1)
Comelnya kami!! (TS1)
Tak ok lagi topinya tu.. (TS1)
Diri tegak-tegak. (TS2)
Psssst.. cikgu, kita dah siap ni. (TS2)
Tolong ikut jarak yang cikgu dah tetapkan ya. (TS2)
Kami juga kongsikan video sepanjang aktiviti sesi fotografi ini dijalankan.
Opsss..jangan lupa subscribe chanel Youtube kami ya. Penerangan worksheet bagi murid-murid K1 kami kongsikan di chanel tersebut, begitu juga dengan nyanyian lagu, hafalan doa dan pesanan-pesanan dari para guru kami.
0 comments:
Post a Comment