“Tak
sabarnya saya tunggu esok.. apa agaknya baju yang anak-anak murid saya akan
pakai ya?”
“Kak, kalau
parent ada tanya nak beli kostum kat mana, kita nak suggest kat mana ya?”
Lain macam
semangat cikgu-cikgu nak pergi ke tadika kali ini. Bukan murid sahaja yang
teruja, para guru juga sama. Hinggakan ada yang tersenyum-senyum sendirian
minggu lepas semasa sesi penerangan berkenaan hari kerjaya yang bakal diadakan.
Mungkin sedang seronok membayangkan anak-anak didik yang akanhadir ke tadika dengan pakaian pekerjaan
impian mereka.
"Cikgu, kalau sekarang ni saya pakai macam ni, tapi besar nanti kerja lain boleh?"
Ya.. kerjalah apa sahaja kerja yang diingini selagi kerja yang bakal dilakukan itu tidak menyalahi dan melanggar hukum agama.
Jom kita tengok aksi-aksi mereka mengenakan kostum pilihan mereka.
Wah.. Cikgu Siti dapat kek lah. (TS2)
Selain berjaya mengawal api, kami juga hebat dalam mengawal emosi cikgu kami.(TS2)
Ketibaan murid-murid dengan pakaian pekerjaan masing-masing. (TKM)
Ramai yang berminat untuk jadi doktor ya? (TKM)
Jom ke bulan! (TKM)
Ni juruterbang syarikat mana? (TKM)
Wah.. kita ada wartawanlah di tadika. (TIPB)
Macam mana boleh injured masa main bola ni? (TIPB)
Tepi cikgu, kami nak tembak musuh kat belakang tu! (TIPB)
Nak tolong saya masak tak? (TIPB)
Kerjaya doktor memang menjadi pilihan anak-anak murid. (TIMB)
Bermacam keperjaan menjadi idaman mereka. (TIMB)
Macam anggota SWAT. (TIMB)
Nak lukis gambar apa tu? (TIMB)
Ada pertandingan memasak ke? (TIB)
Hmmm.. macam lain je dari yang saya bayangkan. (TIB)
Ok, latihan ketenteraan dah nak bermula ni. (TIB)
Tunggu abang bomba masuk tadika. (TIB)
Di sini juga kami kongsikan video murid berkenaan dengan aktiviti ini.
Terima
kasih kepada para ibu bapa yang memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti
anak-anak ini. Kami sangat-sangat menghargainya. Semoga apa yang diimpikan oleh anak-anak ini menjadi kenyataan.
0 comments:
Post a Comment