 |
Lawatan pertama di TH Pintar. |
Sinergi Dua Negara: MyBistari Terima Kunjungan Delegasi Pendidikan dari Jakarta & Pontianak
Pada 24hb & 25hb Jun 2025 yang lepas, MyBistari Group berbesar hati menerima kunjungan istimewa dari para tetamu kehormat yang datang jauh dari Jakarta dan Pontianak, Indonesia. Kehadiran mereka bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi sebagai satu langkah sinergi pendidikan antara dua negara—bersama-sama membina generasi cemerlang dunia dan akhirat.
Lawatan mereka bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana sistem pembelajaran dan struktur organisasi dijalankan di MyBistari Group. Dengan penuh semangat dan keterujaan, para tetamu dibawa melawat ke tiga cawangan kami iaitu Tadika Hebat Pintar, Genius dan Intelek.
Mereka sangat terinspirasi melihat sendiri kehebatan anak-anak MyBistari dalam membaca, mengira, menulis dengan kemas serta disiplin yang ditunjukkan walaupun di usia yang masih muda. Kata mereka, "Anak-anak di sini luar biasa!"
Pada hari kedua pula, pihak MyBistari berpeluang berkongsi lebih mendalam mengenai struktur organisasi, pengurusan tadika serta silibus yang digunakan. Perkongsian dua hala ini menjadi medan bertukar idea dan inspirasi pendidikan demi memperkasa sistem pendidikan awal kanak-kanak di kedua-dua negara.
Kami di MyBistari Group ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak Jakarta dan Pontianak hadir dan berkongsi masa bersama kami. Semoga hubungan ini terus mekar dan membawa manfaat jangka panjang untuk dunia pendidikan serantau.
Dari Nusantara untuk Dunia. Bersama, kita membina insan rabbani.
 |
Singgah di Tadika Hebat Genius! |
 |
Inspirasi pendidikan dari Johor ke Indonesia. |
 |
Teruja Cikgu Siti terima kunjungan tetamu jauh ke TH Intelek. |
 |
Ibu Neng begitu teruja berkongsi pengalaman sepanjang lawatannya di tadika hebat. |
.jpg) |
Ibu Indah terinspirasi dengan struktur organisasi kami. |
.jpg) |
Cikgu Tamizi menerangkan rekod bacaan yang dikemaskini setiap minggu. |
 |
Penerangan demi penerangan diberikan. |
..jpg) |
Perbincangan serius dalam suasana santai. |
 |
Cikgu Norifah juga tidak lepaskan peluang untuk perkongsi tentang perjalanan program-program di MyBistari. |
.jpg) |
Kenangan indah bersama barisan pengurusan & operasi MyBistari.
|
Semoga kunjungan ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan, demi melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat.
Terima kasih atas kesudian hadir ke MyBistari Group. Pintu kami sentiasa terbuka untuk sinergi yang membawa kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih. 🌹
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment