 |
Berdoa memohon kelancaran menjawab soalan. |
๐ Ujian Penilaian Pertengahan Tahun Si Cilik Hebat MyBistari! ๐
Alhamdulillah, minggu ini penuh warna-warni dengan semangat dan keletah si cilik hebat MyBistari Group yang telah menduduki Ujian Penilaian Pertengahan Tahun bagi sesi Semester 1. Ujian ini diadakan bermula 10hb hingga 15hb Julai 2025 untuk menilai tahap kefahaman dan perkembangan anak-anak setelah hampir setengah tahun mereka belajar bersama guru-guru tersayang.
Anak K1 penuh keterujaan!
Bagi anak-anak K1, ini merupakan pengalaman pertama mereka duduk di dalam suasana 'peperiksaan'. Macam-macam gelagat comel dapat dilihat – ada yang penuh yakin, ada juga yang perlahan-lahan menyesuaikan diri. Tapi semuanya tetap mencuba sedaya upaya dengan senyuman!
Anak 6 tahun makin yakin!
Berbeza pula dengan murid 6 tahun yang lebih bersedia dan matang. Pengalaman menduduki ujian sebelum ini membantu mereka menjawab dengan lebih yakin dan tenang.
Tahniah Si Cilik Hebat!
Apa pun hasilnya nanti, tahniah buat semua si cilik hebat yang telah berusaha! Semoga keputusan yang diperoleh nanti menjadi satu motivasi untuk terus melangkah lebih jauh.
๐ฒ Semakan Keputusan: 25 Julai 2025 (Jumaat)
Ibu ayah boleh menyemak keputusan anak-anak melalui sistem SMAP pada 25 Julai 2025 (Jumaat). Jangan lupa untuk semak dan raikan usaha si cilik anda, ya!
Terima kasih atas sokongan padu ibu ayah yang sentiasa memberi dorongan di rumah. Sama-sama kita terus membimbing anak-anak menuju kecemerlangan!
.jpg) |
Pastikan tulis nama penuh dan kelas. |
 |
Semangat Cikgu Intan Syafiqah memberi penerangan. |
 |
Jangan risau anak-anak tak meniru- Muka surat berlainan anak-anak menjawab. |
 |
Fokus semua menjawab soalan. |
.jpg) |
Eh dah habis ke soalan? |
.jpg) |
Senang ke susah soalan tu? |
 |
Fokus & semangat si cilik hadapi ujian pertengahan tahun. |
 |
Tumpuan penuh si cilik hebat menjawab soalan. |
.jpg) |
Saya tak faham cikgu soalan ni? |
 |
Ujian Pendidikan Seni paling santai. |
 |
Warna bahagian tepi dulu agar lebih kemas. |
 |
Untuk 5 tahun gambar yang mudah sahaja. |
 |
Semak dulu jawapan sebelum kertas diambil oleh guru bertugas. |
 |
Macam-macam mimik muka si cilik menjawab soalan. |
 |
Hari ke-3 masih bersemangat! |
 |
Pilih jawapan yang betul. |
 |
Si cilik fokus, cikgu membimbing penuh sabar. ๐ |
 |
Berhati-hati membaca soalan agar tidak tersilap. |
 |
Jika tidak faham jangan malu bertanya, tetapi jangan minta jawapan pula. Hihihi |
 |
Peperiksaan berjalan, cikgu pantau penuh perhatian! |
.jpg) |
Hari terakhir kertas sempoa menguji ketajaman minda si cilik hebat. |
 |
Peperiksaan sempoa: fokus 100%! |
 |
Fokus jawab soalan arab. |
Sekian, terima kasih ๐น
Jumpa lagi di next blog..
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
0 comments:
Post a Comment