![]() |
Guru-guru TH Bijaksana sedia menerima kehadiran ibu ayah. |
๐ Hari Temu Mesra Ibu Bapa & Guru: Perkongsian Cemerlang Demi Anak-Anak Hebat ๐
Pada 26 & 27 Julai yang lepas, Tadika MyBistari telah mengadakan Hari Temu Mesra Ibu Bapa dan Guru yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam membina jambatan komunikasi yang kukuh antara pihak sekolah dan ibu bapa demi perkembangan menyeluruh anak-anak.
Seawal pagi, kehadiran ibu bapa disambut mesra oleh para guru yang bersiap sedia untuk berkongsi perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak. Suasana ceria dan positif sangat dirasai sepanjang dua hari program berlangsung, dengan sesi perbincangan berlangsung secara tertib, santai dan bermakna.
Setiap guru kelas mengambil masa untuk mempersembahkan laporan perkembangan anak-anak dalam pelbagai aspek seperti:
-
Akademik
-
Perkembangan emosi & sosial
-
Kebersihan dan disiplin diri
-
Penglibatan dalam aktiviti kelas & kokurikulum
Perbincangan ini membuka ruang untuk ibu bapa memberi pandangan dan berkongsi harapan mereka terhadap anak-anak, sekali gus mengukuhkan kerjasama dua hala antara rumah dan sekolah.
Tidak ketinggalan, sudut photobooth khas juga disediakan untuk mengabadikan kenangan indah bersama anak-anak dan guru. Senyuman manis dan wajah-wajah bangga jelas terpancar dari wajah ibu bapa apabila melihat hasil usaha dan kemajuan anak mereka.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi sokongan padu kepada perkembangan pendidikan anak-anak. Komitmen dan keprihatinan anda menjadikan usaha kami lebih bermakna dan menyuntik semangat untuk terus memberikan yang terbaik buat generasi akan datang.
![]() |
Seawal pagi ibu bapa sudah hadir ke tadika! |
![]() |
Ringkas sahaja ibu datang berseorangan. |
![]() |
Ibu bapa bersama guru berbincang demi perkembangan si cilik hebat. |
![]() |
Penuh kelas dengan kehadiran ibu ayah. |
![]() |
Sempat lagi Pn Faridah interview parents semasa siaran langsung. |
![]() |
Si cilik yang bijak! Tahniah Aidan full mark semua kertas. |
![]() |
Setia menunggu giliran ya ayah-ayah hebat. |
![]() |
Ayah memerhati je tu. |
![]() |
Jangan lupa isi rekod pelawat ya. |
![]() |
Sempat bergambar dengan si kembar di TH Genius. |
![]() |
Apalah yang cikgu kongsikan tu. Hihihi |
![]() |
Terima tuan & puan kerana masih mempercayai MyBistari untuk membimbing anak-anak untuk legasi ke-3. |
![]() |
Abang dulu cawangan TH Pintar, kini giliran adik di TH Minda. Terima kasih terus menyokong kami ibu ayah Nayla. |
![]() |
Rakam kenangan bersama si manja ibu ayah di ruangan photobooth yang disediakan. |
0 comments:
Post a Comment