Saturday, May 2, 2020

PERJALANAN KAMI TERUSKAN


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah kami berjaya!!

“Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka.” (HR Ibn Majah)

Subhanallah, betapa Allah memuliakan hamba-hambaNya yang berpuasa. Hinggakan sewaktu kita semua duduk mengadap hidangan berbuka juga diberikan peluang untuk berdoa dan meminta kepadaNya. Jadi manfaatkanlah waktu itu untuk berteleku di meja makan bersama keluarga, berzikir, berselawat dan berdoa sementara menanti azan. Doalah supaya musibah yang sedang melanda dunia sekarang ini segera pulih dan kita berjaya mengharungi tekanan-tekanan yang timbul dek kerananya dengan tabah dan sabar. Doalah supaya Allah sentiasa membimbing dan menetapkan hati kita untuk bersyukur dengan kurniaNya.  Insyaallah, kita ingat Allah, Allah akan jaga kita.

Minggu ini sudah masuk minggu kedua kita semua berpuasa. Macam mana ibu dan ayah, melayan kerenah anak-anak yang sedang belajar berpuasa? Semoga dipermudahkan segala urusan ya. Guru-guru MyBISTARI GROUP pula bagaimana? Ok tak tu? Diberi kesempatan untuk ‘berehat’ dari mengajar di bulan puasa. Tiada lagi  lelah mengejar dan menyusun atur keadaan kelas, tiada lagi menahan keroncong di perut apabila tiba waktu rehat, ya.. ketika bulan puasa inilah bau nugget ikan yang sudah sejuk itu pun sangat sedap dan menyelerakan, apatah lagi roti coklat Mighty White. Bagi guru-guru yang pernah mengalami situasi itu, sila simpan kenangan itu baik-baik dan berdoalah semoga Allah beri kita kesempatan untuk melaluinya lagi di tahun akan datang.



PKP sudahpun masuk ke fasa yang seterusnya.Seperti biasa, bila masuk ke fasa yang seterusnya, akan ada beberapa perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk kebaikan rakyat jelata..Kami di MyBISTARI GROUP juga perlu bergerak kehadapan dan melakukan beberapa perubahan untuk penambahbaikan. Perjalanan MyBISTARI GROUP bagi sesi 2020, kami teruskan.

Setelah melakukan beberapa perbincangan, pihak kami mengambil keputusan untuk menggerakkan silibus dan juga mengemaskini rekod bacaan seperti biasa, jadi tiadalah bosan murid-murid kami membuat latihan yang sama di lembaran kerja yang kami bekalkan. Antara silibus yang dijalankan adalah ejaan bagi 6 bistari dan 6 tahun. Berdebar-debar juga kami memikirkan bagaimana untuk menjalankan silibus ini. Ujian di bulan Ramadhan, silibus kami jalankan dan ejaan mula diambil. Tetapi Alhamdulillah, kami dikurniakan para ibubapa dan penjaga yang sangat-sangat supportive dan bertimbang rasa, kerisauan kami itu hilang apabila mendapat sokongan dan bantuan yang hebat dari para ibubapa. Harapan kami, moga ianya berterusan.

Kami kongsikan gambar-gambar berkenaan dengan ejaan bagi 6 tahun dan 6 bistari yang dikongsikan oleh para guru. 
Hebatnya semua!
Alhamdulillah, kami berjaya!



Bergambar dengan keputusan masing-masing.

Semasa, selepas dan sesudah menadapat keputusan ejaan.

Eh, kenapa ada yang masam je tu mukanya?
Kami boleh buat!



Usaha yang baik dari anak-anak dan ibu bapa, kami hargai!

Sesi ejaan online sedang berlangsung.
Sukanya saya!



Nota untuk ejaan yang seterusnya. Selamat menghafal!
Kami kongsikan disini video sempena ejaan pertama dalam PKP.


Bagi anak-anak yang tidak mendapat markah penuh, janganlah bersedih hati ya. Gandakan usaha, Insyaallah boleh. Kena rajin-rajin buat ulangkaji. Jom fikir nak makan apa buka puasa nanti!

~ Cikgu Norifah~


0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon