Friday, October 30, 2026

LANGKAH KECIL MENUJU CINTA SOLAT

 

Praktikal solat di TH Bijaksana sesi pagi.

Praktikal Solat Subuh & Maghrib: Si Cilik Hebat 6 Tahun

Alhamdulillah, selesai sudah Penilaian Akhir Tahun pada hari Selasa, kini tiba pula masa untuk si cilik hebat 6 tahun menunjukkan hasil pembelajaran dan hafalan mereka melalui Praktikal Solat Subuh dan Maghrib yang telah berlangsung pada 28 Oktober 2026 (Rabu).

Bukan sekadar menghafal, tetapi menghayati dan mempraktikkan! 

Praktikal solat ini dilaksanakan secara berjemaah bagi memberi pengalaman sebenar kepada si cilik hebat dalam menunaikan ibadah solat. Inilah masanya untuk melihat sejauh mana mereka mengingati segala ilmu yang telah dipelajari sejak Semester 1, bermula daripada niat solat, doa iftitah, bacaan surah dan bacaan-bacaan lain dalam solat.

Setiap gerakan, setiap bacaan dan setiap langkah membawa makna tersendiri. Apa yang selama ini dipelajari dan dihafal di dalam kelas kini diterjemahkan melalui amali solat yang sebenar. Alhamdulillah, satu usaha kecil yang diharapkan menjadi bekalan ilmu berharga buat mereka apabila melangkah ke alam yang lebih dewasa kelak.

Setiap Anak Ada Permulaan yang Berbeza

Mungkin ada dalam kalangan si cilik hebat yang sudah mula menunaikan solat di rumah hasil didikan dan bimbingan ibu ayah. Ada juga yang baru pertama kali merasai pengalaman menunaikan solat secara praktikal. Tidak mengapa, anak-anak! Setiap daripada kalian mempunyai perjalanan pembelajaran yang tersendiri.

Pada usia ini, mereka masih dalam fasa belajar, mengenal dan membiasakan diri dengan ibadah solat. Yang penting, kita terus membimbing dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan dorongan agar solat menjadi amalan yang dekat di hati mereka.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan solat bukanlah sesuatu yang terbina dalam sehari, sebaliknya memerlukan bimbingan dan teladan yang berterusan daripada guru serta ibu ayah di rumah.


Ambil wuduk dahulu sebelum solat. (TH Bijaksana)

Bacaan doa qunut dalam praktikal solat subuh. (TH Bijaksana)

Praktikal solat di TH Inovasi sesi pagi.

Proses belajar guru akan pantau dan betulkan kesalahan. (TH Inovasi)

Praktikal solat di TH Intelek.

Tahiyat akhir. (TH Intelek)

Bacaan doa selepas solat. (TH Kreatif)


Rukuk salah satu rukun solat. (TH Ilmu)

Sesi petang praktikal solat di TH Ilmu.

Semangat membaca surah. (TH Minda)

Sekarang jadi imam di tadika, mana tahu akan datang jadi imam masjid pula. (TH Minda)
.

Azan dahulu sebelum mulakan solat. (TH Jaya)

Sejuk mata melihat kalian solat. (TH Genius)

Berdiri tegak sebelum mulakan solat. (TH Cemerlang)

Praktikal solat di TH Pintar.

Semoga doa yang dibaca diterima oleh Allah. (TH Pintar)

Semoga usaha kecil MyBistari ini sedikit sebanyak dapat menyemai rasa cinta terhadap solat, menanam kesedaran bahawa solat ialah kewajipan setiap umat Islam yang telah memenuhi syarat wajibnya, serta membentuk generasi yang bukan sahaja bijak dalam akademik, malah kukuh pegangan agamanya.

Semoga si cilik hebat membesar menjadi anak soleh dan solehah, yang sentiasa menjaga solat dan menjadikan solat sebagai tiang kehidupan. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Jom klik link untuk melihat video praktikal solat 👉 Praktikal Solat Subuh & Maghrib

Sekian, terima kasih. 🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon