 |
| Daftar kehadiran dahulu sebelum masuk. |
Ilmu Dikongsi, Anak Dikasihi: Memperkasa Ibu Ayah Bersama MyBistari
Alhamdulillah, pada 24 Oktober 2026 (Sabtu), telah berlangsung Program Keibubapaan, Sesi Penerangan Kelas Bistari dan Teknik Pengajaran Sempoa yang menghimpunkan ibu ayah dalam satu sesi penuh ilmu, perkongsian dan pendedahan demi masa depan si cilik hebat MyBistari.
Program dimulakan dengan perkongsian ilmu keibubapaan oleh Cikgu Tamizi menerusi tajuk yang cukup menyentuh hati, iaitu “Menghadirkan Aroma Syurga di Dalam Rumah.” Perkongsian ini mengajak ibu ayah untuk merenung kembali peranan keluarga dalam membina suasana rumah yang penuh kasih sayang, ketenangan dan nilai-nilai murni. Sesungguhnya, rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi merupakan madrasah pertama yang membentuk jiwa dan peribadi anak-anak.
Seterusnya, program diteruskan dengan Sesi Penerangan Kelas Bistari yang disampaikan oleh Pn Norfizah, Pegawai Perancangan Silibus bagi murid 5 dan 6 tahun. Sesi ini amat penting untuk memberikan gambaran yang lebih jelas dan terperinci kepada ibu ayah tentang silibus, pendekatan pembelajaran serta pelbagai aktiviti yang bakal diterokai oleh si cilik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Bukan calang-calang anak yang terpilih untuk menyertai Kelas Bistari! Pemilihan murid dibuat berdasarkan kriteria tertentu kerana kelas ini menawarkan silibus dan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar serta melangkaui pendekatan pembelajaran biasa. Justeru, penerangan ini menjadi ruang untuk ibu ayah memahami keistimewaan Kelas Bistari, sekali gus melihat potensi dan manfaat yang bakal diperoleh oleh anak-anak mereka. Semoga perkongsian ini memberikan keyakinan kepada ibu ayah untuk terus menyokong perjalanan pembelajaran si cilik hebat.
Selesai waktu rehat, sesi diteruskan dengan Teknik Pengajaran Sempoa bersama Cikgu Tamizi. Kali ini, ibu ayah bukan sekadar didedahkan kepada asas sempoa, malah berpeluang mempelajari teknik pengiraan yang lebih maju, iaitu kombinasi (+-5) yang bakal dipelajari oleh murid-murid Kelas Bistari kelak.
Menariknya, sebelum ilmu ini diajarkan kepada anak-anak, ibu ayah terlebih dahulu diberikan pendedahan agar mereka turut memahami teknik pengiraan tersebut. Dengan cara ini, ibu ayah dapat membantu dan membimbing si cilik hebat membuat latihan di rumah. Apabila guru dan ibu ayah bergerak seiring, proses pembelajaran anak-anak pastinya lebih tersusun dan berterusan, bukan hanya di dalam kelas, tetapi juga di rumah.
Sebagai penutup program, ibu ayah berpeluang mengikuti sesi soal jawab bersama Pn Zainun, pengasas MyBistari. Inilah ruang terbaik untuk ibu ayah mengemukakan sebarang pertanyaan, berkongsi pandangan atau mendapatkan penjelasan secara langsung berkaitan pendidikan dan perkembangan anak-anak bersama pengasas MyBistari sendiri.
Sesungguhnya, program seperti ini bukan sekadar sesi penerangan, tetapi merupakan jambatan yang menghubungkan pihak tadika dengan ibu ayah demi mencapai matlamat pendidikan yang lebih bermakna. Anak-anak akan lebih terbimbing apabila guru dan ibu ayah saling memahami, bekerjasama serta memainkan peranan masing-masing.
 |
| Kehadiran ibu bapa akan disambut oleh guru besar yang bertugas di kaunter pendaftaran. |
 |
| Pengacara majlis tidak asing lagi, Cikgu Faridah. |
 |
| Terima kasih ibu ayah berkorban masa demi anak-anak hebat. |
 |
| Kehadiran ayah juga memberangsangkan. |
 |
| Ilmu parenting dikongsikan sangat bermanfaat. |
 |
| Sesi penerangan kelas Bistari. |
 |
| Perbezaan buku yang digunakan untuk kelas Bistari dan kelas 6 tahun normal. |
 |
| Kudapan pagi. |
 |
| Ruang pameran koleksi buku testimoni 6 Bistari. |
 |
| Wah! ada pelajar kecil yang hendak belajar bersama ibu. |
 |
| Kaunter pembelian sempoa dan kad suku kata jawi dan buku cerita pendek juga dibuka. |
 |
| Semangat Cikgu Tamizi mengajar sempoa. |
 |
| Latihan jari sebelum mulakan pembelajaran sempoa. |
 |
| Okay ready dengan manik sempoa. |
 |
| Baru mula dah sakit kepala ke tu ayah-ayah? Hihi |
 |
| Ibu-ibu jangan malu bertanya jika tidak faham. |
 |
| Anak pun tak sabar-sabar nak belajar. |
 |
| Terima kasih ibu ayah yang hadir ke program ini. |
 |
| Barisan staf pengurusan dan guru besar yang bertugas untuk program ini. |
Ilmu untuk ibu ayah, manfaat untuk si cilik hebat! Semoga segala perkongsian yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam mendidik generasi kecil yang bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran, malah memiliki akhlak yang mulia dan keperibadian yang terpuji.
Terima kasih kepada semua ibu ayah yang meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha kecil yang kita lakukan hari ini menjadi asbab kejayaan besar anak-anak pada masa hadapan.
Tekan link di sini untuk melihat video sepanjang program berlangsung.
👉 Koleksi gambar program
Sekian, terima kasih. 🌹
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment