 |
| Pengalaman menaiki bas bersama rakan dan guru. |
First Adventure Si Cilik 4 Tahun ke Seven Castle!
“Cikgu, bila nak naik bas?”
Hihihi! Belum sampai destinasi, sudah berkali-kali soalan ini kedengaran. Begitulah terujanya si cilik hebat 4 tahun menantikan pengembaraan istimewa mereka!
Buat pertama kalinya, MyBistari membawa si cilik hebat 4 tahun keluar meneroka dunia luar tanpa ditemani ibu ayah. Bukan sekadar berjalan-jalan, tetapi inilah peluang untuk mereka belajar berdikari, membina keyakinan diri dan berani bergaul dengan rakan-rakan dalam suasana baharu.
Memandangkan keadaan semasa kurang mengizinkan, pagi kami dimulakan dengan aktiviti ceria di tadika terlebih dahulu. Ada sesi ice breaking, aktiviti pasting sticker dan macam-macam lagi untuk mengisi masa sebelum bertolak. Perut pun perlu diisi! Mi hoon goreng menjadi alas perut si cilik hebat sebelum memulakan perjalanan pada jam 10.00 pagi. Alhamdulillah, semuanya bersedia untuk beraksi!
Seramai 43 orang murid 4 tahun menyertai pengembaraan ini bersama 10 orang guru pengiring dan 6 orang staf pengurusan. Ramai juga wira dan wirawati kecil kita kali ini!
Sebaik tiba di Seven Castle Indoor Playground, Lotus Tebrau, sesi bergambar dahulu sebelum bermulalah aksi yang dinanti-nantikan.
Pintu playground dibuka, mata terus bersinar, kaki mula melangkah! Ada yang terus berani meneroka setiap sudut permainan, ada yang masih malu-malu memerhati. Tidak mengapa, si kecil! Cikgu ada untuk memimpin dan menemani. Sedikit demi sedikit, mereka mula mencuba, bermain dan ketawa bersama kawan-kawan. Inilah antara detik paling bermakna — apabila keberanian mula tumbuh daripada pengalaman yang sederhana.
Tepat jam 12.30 tengah hari, masa untuk berehat dan mengisi tenaga. Selepas menikmati bekalan makanan daripada pihak pengurusan, aktiviti diteruskan dengan sesi mewarna gambar cupcake. Tangan kecil ligat mewarna, kreativiti pula mula terserlah. Siapa kata belajar hanya boleh berlaku di dalam kelas?
Masih ada 45 minit sebelum pulang. Jadi, apa lagi? Peluang bermain diberikan sekali lagi! Inilah masa untuk si cilik hebat menikmati detik terakhir di playground sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada dunia permainan yang menyeronokkan itu.
Jam menunjukkan 2.30 petang. Tibalah masa untuk menaiki bas dan pulang ke cawangan masing-masing. Mungkin tubuh kecil sudah penat, tetapi hati pastinya penuh dengan cerita dan kenangan baharu untuk dikongsi!
 |
| Persediaan guru menulis nama murid di string beg murid. |
 |
| Dah bersedia untuk ice breaking? |
 |
| Let's do it! |
 |
| Jom tampal sticker. |
 |
| Wah! dah siap tampal. |
 |
| Aktiviti susun cawan menggunakan penyepit. |
 |
| Makan kenyang-kenyang tau! |
 |
| Okay get ready! kita tunggu bas sampai ya. |
 |
| Bergambar dahulu sebelum bas sampai. |
 |
| Peace! |
 |
| Alhamdulillah, sampai di Lotus Tebrau. |
S |
| Seronoknya ada bola banyak. |
 |
| Keberanian menyusuri jaringan ini. |
 |
| Syoknya baring atas bola. |
 |
| Awak ready! saya nak lompat. |
 |
| Jom lumba siapa paling cepat! |
 |
| Wah! ada mini gym la. |
 |
| Nak shoot siapa tu? |
 |
| Serangan balas! |
 |
| Cikgu buaikan saya boleh? Hihi |
 |
| Takut ke nak turun tu? Hihihi |
 |
| Bukan kuda terbang, tetapi kuda berpusing. |
 |
| Rest time! |
 |
| Kudapan waktu rehat. |
 |
| Aktiviti mewarna selepas rehat. |
 |
| Warna cantik-cantik. |
 |
| Momen-momen indah. |
 |
| Cikgu saya dah siap! |
 |
| Comel! |
 |
| It's a wrap! Jom balik. |
 |
| Naik je bas terus tidur. |
Hari ini mereka bermain, hari ini juga mereka belajar. Belajar berani tanpa ibu ayah di sisi, belajar berkawan, belajar menyesuaikan diri dan belajar bahawa dunia ini luas untuk diterokai.
Bagi kita, mungkin sekadar satu lawatan. Tetapi bagi si cilik 4 tahun, inilah satu pengalaman besar yang akan membantu mereka melangkah lebih yakin pada hari esok.
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua guru pengiring dan staf pengurusan yang bersama-sama menjayakan pengembaraan pertama ini.
Langkah kecil, pengalaman besar, kenangan indah!
Sekian, terima kasih. 🌹
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment