Friday, August 2, 2024

PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA & LEGO 2024

 Bismillahirrahmanirahim

Taklimat guru awal pagi.

Program kedua MyBistari Group selepas program Simulasi Haji Cilik pada tahun ini iaitu Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego. Program ini telah dilaksanakan pada 27hb Julai 2024, Sabtu di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudnag. Seramai 141 orang murid yang mengambil bahagian di dalam program pada kali ini. Seramai 48 orang murid 6 tahun yang menyertai pertandingan uji minda, 50 orang murid 5 tahun yang menyertai pertandingan rekacipta lego, 8 orang murid pertandingan bercerita yang terdiri daripada 7 orang murid 5 tahun dan seorang dari murid 6 tahun dan seramai 35 orang murid membuat persembahan selingan program.

Kebiasaannya program ini kami laksanakan pada semester kedua, disebabkan jadual yang terlalu padat kami terpaksa mempercepatkan program ini pada semester 1. Alhamdulillah, walaupun sesi persekolahan anak-anak baru sahaja memasuki 4 bulan, anak-anak hebat kami tetap berikan yang terbaik untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Begitu juga dengan bercerita anak-anak tetap memberikan yang terbaik.

Program ini juga adalah salah satu usaha kami untuk menonjolkan bakat anak-anak disamping meningkatkan tahap keyakinan dan keberaniaan anak-anak berada di atas pentas.

Kami pihak pengurusan dan para guru telah melakukan segala persiapan untuk program ini dijalankan dengan lancar. Raptai penuh juga telah diadakan sehari sebelum program. Siapa sangka sewaktu program banyak masalah teknikal yang timbul, terutamanya sewaktu pertandingan bercerita peserta kedua, mikrofon tidak berfungsi. Pihak kami mohon maaf ya sekiranya ada ibu ayah yang kurang berpuas hati disebabkan masalah ini. Namun, kami juga telah menyelesaikan masalah ini dengan memberi peluang kepada peserta kedua untuk mengulanginya semula.

Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah, apa yang kami mahukan sifat berani mencuba anak-anak di atas pentas dan berhadapan dengan orang ramai, bukan mudah ya untuk hilangkan darah gemuruh tu, inikan pula kanak-kanak, kita yang dewasa pun ada juga gementarnya bila berdiri di atas pentas. Hihihi memang wajarlah ada anak-anak yang menangis, yang betul-betul tekun dengar soalan guru dan ada juga yang terlupa skrip bercerita.

Begitulah ragam anak-anak sepanjang program ini dijalankan. Semoga pertandingan ini dapat memberikan pengalaman kepada semua anak-anak yang menyertainya.

Tak lupa juga kepada anak-anak yang membuat persembahan, hanya beberapa minggu sahaja masa yang mereka ada untuk membuat latihan, namun anak-anak tetap membuat persembahan terbaik terutama persembahan pembukaan majlis, mesti ibu ayah tersentuh dengan persembahan nasyid Bebas Palestin dari anak-anak Tadika Hebat Ilmu. Saya yang merakam pun bergenang air mata dengan persembahan mereka. Walau di mana kita berada jangan lupakan saudara-saudara kita di Palestin yang sedang berjuang untuk mendapatkan balik tanah air mereka dan bebas dari kezaliman yang dilakukan oleh pihak Zionis. Semoga Allah melindungi dan menghentikan peperangan yang berlaku di sana. Amiinnn YRA

Terima kasih ibu ayah, yang sudi hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak hebat kami pada hari raptai dan hari sebenar pertandingan.

Jom kita lihat gambar dan video yang terakam untuk dijadikan memori anak-anak suatu hari nanti.

Orang kuat program unit peralatan.

Hilangkan debaran sebelum membaca soalan.

Segak bergaya dengan pakaian bertemakan Palestin untuk persembahan.

Tersenyum anak-anak awal pagi.


Muka tersenyum tapi hati mesti berdebarkan. Hihihi

Unit audio yang berusaha melakukan yang terbaik.

Unit hadiah bersedia.

Seawal pagi ibubapa sudah mula membanjiri atrium.

Peserta lego juga sudah bersedia.

Persiapan sebelum pertandingan bermula.

Gandingan pengara majlis yang mantap.

Ucapan perasmian dari founder MyBistari Group, Pn. Zainun Binti Mat Lazim.

Persembahan menyentuh hati dari anak-anak TH Ilmu.

Kategori Bahasa Melayu dan Sains.

Kategori Matematik

Kategori Jawi dan Pendidikan Islam.


.

Kategori English.

Kecil-kecil cili padi, berani adik Iris Sofia wakil dari TH Intelek berdiri atas pentas.

Peserta kedua bercerita adik Nur Ariana Sofea wakil dari TH Genius.

Satu-satunya wakil peserta lelaki adik Maalik Fayyadh dari TH Cemerlang.

Bersahaja adik Mikayla Hana wakil dari TH Pintar dengan tajuknya Batu Belah Batu Bertangkup.

Eh pandang mana tu adik Auni Cassandra pengadil kat depan ni.

Cuba teka adik Daneen Darilynn wakil dari TH Jaya nak bercerita apa hari ni?


Adik Hana Sumayyah wakil dari TH Inovasi dengan ceritanya Nabi Nuh Di Dalam Perut Ikan Nun.

Peserta terakhir satu-satunya wakil murid 6 tahun dari cawangan TH Ilmu
adik Ulya Najla.

Peserta uji minda yang terpilih ke peringkat separuh akhir saringan 1.

Peserta uji minda saringan 2 peringkat separuh akhir.

Tahniah anak-anak hebat yang berjaya ke peringkat akhir. Fighting!

Pn Zainun juga tidak lepaskan peluang untuk membaca soalan peringkat akhir.

Persembahan Selayang Pandang dari anak-anak TH Bijaksana.

Semangat Pn. Suhaila memberi taklimat kepada anak-anak yang sertai pertandingan rekacipta lego.

Fokus masing-masing membina rekaan lego.

Lego perlu dihabiskan semuanya.

Wah dah nampak bentuk.

Kreatif rekacipta adik ini.

Hasilnya. Peninglah pengadil nak pilih pemenang.

3 rekaan terbaik pemilihan pengadil.

Hadiah menanti para pemenangnya.

Murid persembahan pun tidak pulang dengan tangan kosong.

Pemenang keseluruhan Pertandingan Uji Minda:-
Johan: Adik Nurul Aira Binti Mohamad Kamal (TH Ilmu)
Naib Johan: Adik Usayd Bin Mohd Farid (TH Inovasi)
Ketiga: Adik Ardani Waiz bin Allias Nur (TH Cemerlang)

Pemenang Pertandingan Bercerita:-
Johan: Adik Nur Ariana Sofea binti Mohd Fariz (TH Genius)
Naib Johan: Ulya Najla binti Hasan (TH Ilmu)
Ketiga: Maalik Fayyadh bin Mohammad Faizwan (TH Cemerlang)


Pemenang Pertandingan Rekacipta Lego:-
Johan: Adik Muhammad Luth Kamil bin Muhammad Farouk Azly (TH Bijaksana)
Naib Johan: Qaireen Nur Mikayla binti Mohammad Shafie (TH Bijaksana)
Ketiga: Wan Abdurrahman bin wan Azlan (TH Cemerlang)

Terima kasih ibu-ibu yang sudi memberi komitmen untuk penjurian pada program kali ini.

Alhamdulillah, we did it!!



Apalagi..Jom follow, like, comment and share!! untuk koleksi gambar yang lebih banyak boleh layari facebook kami.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan sepanjang program ini dijalankan. Semoga program ini menjadi batu loncatan untuk anak-anak lebih terkedepan lagi dimasa akan datang.

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~

Sunday, July 21, 2024

HAVE FUN KIDS!

 Bismillahirrahmanirrahim


Jom teroka tempat baru untuk lawatan.

Tiga tahun berturut-turut kami telah mengadakan lawatan ke Fanpekka dan Taman Rekreasi Adda Height, berbeza untuk tahun ini kami memberi suasana baru untuk anak-anak terokai. Lawatan pada tahun ini kami telah membawa seramai 166 orang murid K1 ke Laman Tasik Pandan dan Kidz Republic Komtar JBCC.

Alhamdulillah, lawatan ini berjalan lancar dan anak-anak sangat teruja dan seronok melakukan aktiviti bersama guru dan kawan-kawannya. 

Seawal pagi anak-anak telah berkumpul di tadika untuk menaiki bas ke lokasi lawatan pada tahun ini.

Lokasi pertama anak-anak dibawa ke Laman Tasik Pandan untuk aktiviti riadah dan bersarapan. Anak-anak telah dijamu dengan nasi minyak. Nampak berat, tapi ini adalah untuk memberikan energi kepada anak-anak bila bereksplorasi di Kidz Republic nanti. Selepas makan, guru pengiring telah membawa anak-anak bersiar-siar di sekitar tasik dan bergambar. 

Tepat jam 9.30 pagi anak-anak telah bergerak ke Kidz Republic Komtar JBCC. Macam biasalah, bila lawatan pada waktu bekerja dan tempat lawatan pula terarah ke kawasan bandar kesesakan lalu lintas tidak dapat dipisahkan. Agak lewat sedikit anak-anak tiba ke Komtar JBCC.

Tempat baru, suasana pun baru. Kawasan Kidz Republic ini agak luas berbanding Fanpekka, anak-anak sangat teruja untuk bereksplorasi. Pada awalnya, kami telah membahagikan anak-anak mengikut kumpulan untuk beraktiviti, tetapi apabila anak-anak sudah masuk ke dalam hilang dah kumpulannya sebab terlalu teruja dengan pelbagai permainan yang ada. Cikgu pula ke hulu ke hilir mencari anak-anak yang hilang. Hihihi 

Anak-anak sangat manfaatkan masa yang diberikan selama 3 jam. Selain dari bermain taman permainan, anak-anak juga diberikan aktiviti mewarna dinasor. Bukan setakat mewarna sahaja, tetapi anak juga boleh melihat hasilnya di screen besar yang disediakan. Teruja anak-anak melihat dinasor yang diwarnakan bergerak di screen besar itu.

Pelbagai keletah dan gelagat anak-anak sepanjang berada di Kidz Republic, ada yang menangis tak nak pulang ke rumah sebab terlalu seronok bermain. Terpaksalah cikgu memujuknya.Hihihi

Keterujaan anak-anak dibawa sampai ke rumah.Terpaksalah ibu ayah sambung kerenah anak-anak pula ya.

Salah satu bukti anak-anak seronok ke lawatan, sehari dah berlalu tapi masih sayang nak buka tag tangan tu.Hihihi

"Salam..buktinya cikgu masih pakai😆ilhan kata taknak buka..nak pakai selama2nya😂jenuh makpak suh buka..papa dia kata yg semalam tu jadikan kenangan dahla..tak kira dia nak pakai juga siap bawa mandi hihi pening2🤣", begitulah perkongsian dari Pn Noridayu dari cawangan Tadika Hebat Ilmu dengan gelagat anaknya. Bertabahlah ya ibu.

Bukan itu sahaja, banyak lagi perkongsian dari ibu-ibu dengan keletah anak masing-masing sebaik sahaja pulang dari lawatan, ada juga yang nak ajak ibu ayah pergi lagi bawa adik beradik yang lain ke Kidz Republic. Hihihi semoga ada rezeki ibu ayah untuk tunaikan permintaan anak ya.

Seronok kami membaca komen dari ibu-ibu di dalam group whatsapp tentang keterujaan anak masing-masing. Hilang penat cikgu-cikgu dengan komen ibu-ibu.

Terima kasih ibu ayah kerana berikan kepercayaan kepada kami untuk membawa anak-anak untuk sertai lawatan ini.

Jom kita lihat koleksi gambar dan video sepanjang lawatan ini berlangsung.

Hati-hati turun bas. (TH Bijaksana)

Bergambar dahulu sebelum makan. (TH Bijaksana)

Tengok apa tu? (TH Intelek)

Nasi minyak dan ayam goreng menu pagi. (TH Intelek)

Berselera anak-anak TH Pintar makan.

Sementara menunggu makanan kita bergambar dahulu. (TH Ilmu)

Makan sikit alas perut. (TH Jaya)

Senyum 1..2..3 (TH Jaya)

Beratur pegang bahu kawan. (TH Genius)

Manfaatkan masa dengan bergambar. (TH Pintar)

Menunggu giliran naik lift.

Berkumpul dahulu sebelum masuk.

Pakai tag dahulu sebelum masuk.

Kenapa muncung tu?Hihihi

Kasut simpan dalam beg sebelum masuk. (TH Inovasi)

Cikgu-cikgu juga diberikan taklimat tentang keselamatan di dalam Kidz Republic.

Sebelum bermain kita bergambar dahulu. (TH Genius)

Hati-hati main tu. (TH Genius)

Tempat gemeran anak-anak untuk bermain.

Ready nak main gelongsor.

Eh kenapa buka stoking tu?

Hati-hati memanjat tu jatuh nanti.

Cikgu-cikgu TH Jaya yang sabar melayan anak-anak.

View dari atas, sibuk anak-anak menyusun lego dan puzzle.

Sabar ya jangan tolak tarik kawan tu.

Warna cantik-cantik.

wah, ada game la kat sini.

Mini playground pun ada di sini.

Besarnya buku ni.

Masa untuk makan.

Makan kenyang-kenyang, nanti boleh sambung bermain lagi.

Jom sambung bermain.

Giliran anak-anak TH Minda & TH Kreatif pula menjamu selera.

Bergambar kenangan sebelum pulang.

Tadika Hebat Jaya

Tadika Hebat Intelek

Tadika Hebat Bijaksana

Tadika Hebat Cemerlang

Tadika Hebat Genius, Tadika Hebat Minda & Tadika Hebat Kreatif

Tadika Hebat Pintar

Tadika Hebat Inovasi

Tadika Hebat Ilmu





Begitulah ragam anak-anak sepanjang lawatan. Semoga anak-anak dapat jadikan satu pengalaman yang berharga untuk dikenang suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon