Hampir sebulan berlalu, namun kenangan bersama anak-anak hebat tetap terpahat dihati kami. Rasanya baru semalam cikgu melihat persembahan kamu yang hebat dan menghiburkan, tetapi kini video-video persembahan kamu sebgai pengubat rindu cikgu kepada kamu semua.
Pertama sekali, cikgu mohon maaf kerana lewat untuk post blog berkenaan Hari Anugerah Cemerlang bagi sesi 2023//2024. Almaklumlah banyak kerja-kerja yang perlu cikgu selesaikan terlebih dahulu.
Alhamdulillah, Hari Anugerah Cemerlang telah berlangsung dengan jayanya di Atrium Pusat Bandar, Pasir Gudang pada 3 Februari 2024. Walaupun pada awalnya kami agak gusar dengan keluasan tempat untuk menampung murid dan para tetamu yang hadir ke majlis ini. Namun, kami tiada pilihan lain di sini sahaja tempat yang ada untuk kami jalankan program ini. Stadium yang kebiasaannya digunakan untuk majlis gilang gemilang ini sudah tidak boleh digunakan lagi.
Majlis ini diadakan untuk meraikan anak-anak yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun serta anak-anak 5 tahun yang telah tamat 3 siri buku bacaan dari buku Bacalah Anakku, Read Easy Beginner dan Jawi Al-Fateh. Seramai 164 orang murid K1 yang berjaya menamatkan 3 siri buku bacaan ini. Manakala untuk Anugerah Khas Cemerlang seramai 171 orang murid K1 dan K2 yang menerima anugerah ini. Tahniah! kamu semua anak-anak hebat.
Selain itu, para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan-persembahan hebat anak-anak murid K2 kami. Sebanyak 20 persembahan pelbagai genre yang anak-anak ini persembahkan untuk tontonan ibu bapa yang hadir. HAC pada kali ini para tetamu dan anak-anak juga turut dihiburkan dengan persembahan dari Fanpekka dengan maskotnya Rolly's dan pihak Fanpekka berbaik hati untuk memberikan hadiah serta diskaun tiket untuk anak-anak dan ibu bapa yang dapat menjawab soalan yang diberikan.
HAC pada kali ini bukan sahaja ibu bapa yang hadir, malah datuk dan nenek juga turut hadir untuk meraikan kejayaan cucu-cucunya.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan para tetamu yang hadir untuk memeriahkan lagi HAC pada tahun ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi memberikan sumbangan wang mahupun hamper untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah. Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan yang tidak putus-putus kepada kami. Semoga kalian dirahmati Allah dan dimewahkan lagi rezekinya.
Oleh itu, sebagai kenangan untuk anak-anak saya kongsikan gambar dan video-video sepanjang majlis ini berlangsung.
Bacaan doa pembukaan majlis oleh adik Aryan (THIL) dan adik Aaira (THC).
Ucapan perasmian oleh founder kami Pn Zainun.
Persembahan pembukaan dari anak-anak hebat Intelek.
Penuh atrium dengan kehadiran ibu bapa.
Trofi untuk anak-anak hebat kami.
Persiapan unit peralatan untuk persembahan kedua Diari YB.
Tunggu giliran untuk bergambar.
Persembahan selingan dari anak-anak TH Bijaksana.
Persembahan nasyid dari anak-anak TH Cemerlang dengan lagunya Hambamu.
Rezeki anak-anak hebat tahun ini, ada cenderahati tambahan untuk dibawa pulang.
Bicara berirama yang menyeronokkan dari TH Cemerlang.
Persembahan koir dari anak-anak TH Ilmu.
Tahniah Aryan dapat cenderahati dari pihak Fanpekka.
Anugerah Khas Bacaan.
Busy unit audio kami.
Sewaan jubah konvo juga kami sediakan.
Comel gelagat anak-anak dalam tarian.
Tarian rancak yang mendapat sorakan yang meriah dari anak-anak TH Jaya.
Pilih-pilih props untuk bergambar.
Ruangan photobooth juga kami sediakan untuk anak-anak bergambar.
Cikgu kami sedia untuk ambilkan gambar.
Persembahan dikir barat pun ada dari anak-anak TH Ilmu.
Persembahan silat lagenda yang hebat dari anak-anak TH Cemerlang.
Persembahan penutup yang menyentuh hati kami semua. Nasyid Atuna Tufuli dari anak-anak hebat Bijaksana.
Cikgu-cikgu yang busy di belakang pentas.
Hari Anugerah Cemerlang 2023/2024
P1| Zapin Suri (TH Intelek)
P2| Diari YB (TH Genius)
P3| Pak Pung Pak Mustafe (TH Bijaksana)
P4| Nasyid Hambamu (TH Cemerlang)
P5| Ampun Bang Jago (TH Jaya)
P6| Pentomin 1234 (TH Pintar)
P7| Ghostbuster (TH Inovasi)
P8| Bicara Berirama (TH Cemerlang)
P9| Pak Balik Pak (TH Genius)
P10 : Koir Guruku Sayang (TH Ilmu)
P11| Zapin Bahari (TH Bijaksana)
P12| Choral Speaking (TH Intelek)
P13| Sha Na Na (TH Pintar)
P14| Nasyid Ingatlah Allah (THJ)
P15 | Tarian Pelanduk (TH Bijaksana)
P16| Boria seloka THG (TH Genius)
P17| Dance with me (TH Inovasi)
P18| Dikir Barat Ewa Bulan (TH Ilmu)
P19| Silat Lagenda (TH Cemerlang)
P20| Nasyid Atuna Tufuli (TH Bijaksana)
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan sebagai kenangan untuk anak-anak yang pernah bersekolah di MyBistari Group. Selamat maju jaya cikgu ucapkan kepada anak-anak K2 yang akan melangkah ke darjah 1 dan kepada anak-anak K1 yang tidak sambung pengajiannya di sini, semoga kalian diterangkan hati serta berjaya dunia dan akhirat.
Seronoknya aktiviti anak-anak 5 tahun pada hari ini membuat salad buah. Sudah pastinya pulang ke rumah dengan hati yang senang dan banyak cerita yang dikongsi bersama ibu dan ayah. Hihihi
Aktiviti yang dijalankan ini, termasuk di dalam siliibus sains dan kreativiti 5 tahun. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengenalkan murid tentang pemakanan yang sihat dan selamat untuk dimakan. Disamping itu, anak-anak boleh belajar cara-cara untuk membuat salad buah dan mengenal jenis-jenis buah dengan lebih dekat. Bolehlah buatkan untuk ibu dan ayah nanti di rumah. Hihihi
Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti ini.
Jom kita lihat gambar dan video sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Cikgu buat dahulu, nanti awak buat pula ya. (TH Intelek)
Jangan berebut nak cedok buah tu, tak cukup nanti potong lagi. (TH Intelek)
Bergambar dahulu sebelum beraktiviti (TH Cemerlang)
Semua buah perlu ambilnya. (TH Cemerlang)
Selepas ambil buah, masukkan mayonis pula. (TH Cemerlang)
Kawan buat yang lain excited. (TH Inovasi)
Cikgu, saya nak tolong buka pisang ni. (TH Inovasi)
Okay giliran saya pula. (TH Inovasi)
Cikgu letak satu biji anggur sahaja ke? (TH Pintar)
Fokus semua dengar penerangan dari cikgu. (TH Pintar)
Jom kita rasa. (TH Bijaksana)
Sedap ke tak tu? (TH Bijaksana)
Saya nak bagi ibu dan ayah saya rasa. (TH Jaya)
Happy dapat bawa balik salad buah. (TH Jaya)
Tak sabar nak bagi ibu saya rasa air tangan saya. (TH Jaya)
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku”. Amiinnn YRA - Maksud doa pembuka hati.
Semoga Allah kabulkan doa ini untuk anak-anak dipermudahkan untuk menjawab soalan dan dikurniakan keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan akhir tahun ini. Segala usaha dan penat lelah menuntut ilmu selama setahun, inilah masanya untuk menilai tahap kefahaman anak-anak dalam subjek yang telah diajarkan oleh para guru.
Bagi murid 6 tahun sebanyak enam subjek untuk anak-anak menjawab soalan iaitu subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Jawi/P.Islam, Sains dan juga Sempoa/Bahasa Arab. Manakala untuk murid 5 tahun sebanyak lima subjek sahaja untuk anak-anak bertarung untuk menjawab soalan iaitu subjek Bahasa Melayu, English, Matematik, Jawi dan juga Sempoa/Bahasa Arab.
Alhamdulillah peperiksaan penilaian akhir tahun sesi 2023/24 untuk anak-anak MyBistari Group yang telah berlangsung pada 4,7 dan 8 Januari 2024 telah pun berakhir pada hari ini. Hanya tinggal menunggu keputusannya sahaja. Nantikan ya ibu ayah keputusan anak-anak yang bakal keluar pada 25 Januari 2024 (Khamis). Raikanlah anak-anak dalam apa jua keputusan yang bakal diterima. Kegagalan sekarang bukan bererti anak-anak lemah, tetapi permulaan untuk anak-anak bangkit demi mencipta sebuah kejayaan suatu hari nanti.
Baiklah jom kita lihat gambar dan video sepanjang sesi peperiksaan berlangsung.
Cikgu, saya dah siap tulis nama dan kelas. (TH Pintar)
Sebelum mula periksa, cikgu akan terangkan dahulu kehendak soalan bagi murid 5 tahun. (TH Pintar)
Apa yang dimenungkan tu? (TH Bijaksana)
Pastikan nama dan kelas ditulis dahulu. (TH Bijaksana)
Masa yang ada dimanfaatkan dengan mengulangkaji. (TH Bijaksana)
Susah ke soalan tu? Hihihi (TH Intelek)
Cikgu bertugas sentiasa memerhati. (TH Intelek)
Cikgu sampai tak ada suara nak terangkan. Nasib ada mini mikrofon. (TH Intelek)
Awak tunjuk arahan yang cikgu baca. (TH Cemerlang)
Kelas 6 Bistari tiada bacaan arahan. Anak-anak baca sendiri. (TH Cemerlang)
Baca soalan betul-betul ya. (TH Inovasi)
Sebelum menjawab jangan lupa baca doa. (TH Inovasi)
Baiklah sampai di sini sahaja blog pada kali ini. Ibu ayah jangan lupa janji temu kita pada 28hb Januari 2024 merupakan hari terbuka untuk membincangkan prestasi anak-anak bersama guru kelas.
Selamat kembali ke sekolah anak-anak MyBistari Group.
Macam mana cuti sekolah, seronok?
Semoga semuanya semangat untuk hadir ke sekolah selepas bercuti 2 minggu.
Cuti-cuti juga, buat ulangkaji ke tak tu? Almaklumlah selepas 2 hari sesi persekolahan anak-anak akan menduduki peperiksaan akhir tahun pula. Cikgu-cikgu yang risau anak-anak cuti lama. Hihihi
Oleh itu, sepanjang anak-anak bercuti, para guru telah menyediakan bahan latih tubi untuk anak-anak membuat ulangkaji sebagai persediaan peperiksaan nanti. 2 hari masa yang diberikan untuk membuat pecutan akhir sebelum periksa. Kita hanya mampu usaha dan selebihnya tawakal kepada Allah. Bak kata pepatah "usaha tangga kejayaan". Jadi sisa waktu yang tinggal ini, kita usaha sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yang baik.
Semoga dengan usaha para guru sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak untuk peperiksaan nanti dan beroleh kejayaan kelak.
Jom lihat anak-anak membuat ulangkaji.
Fokusnya buat latihan yang cikgu sediakan. (TH Inovasi)
Kedudukan ini dah macam periksa. Hihihi (TH Inovasi)
Warna kuning semua cepat sikit siap. (TH Ilmu)
Jawab ya semua soalan. Mana tahu soalan cikgu buat masuk periksa. (TH Ilmu)
Comel gambar-gambar yang cikgu lukis. (TH Bijaksana)
Pilih jawapan yang betul. (TH Bijaksana)
Murid yang belakang tu okay ke tak? Jauh bermenung. (TH Cemerlang)
Soalan jawi yang kebanyakan murid-murid cuai. Lagi-lagi bahagian titik huruf. (TH Cemerlang)
Fokus betul menjawab soalan tu. (TH Pintar)
Tenang semua menjawab soalan. Semoga periksa nanti pun tenang macam ni. (TH Pintar)
Latih tubi sempoa juga jangan dilupakan. (TH Pintar)