Tuesday, February 27, 2024

KENANGAN TERPAHAT DIHATI

Meriah dekorasi pentas HAC pada tahun ini.

Hampir sebulan berlalu, namun kenangan bersama anak-anak hebat tetap terpahat dihati kami. Rasanya baru semalam cikgu melihat persembahan kamu yang hebat dan menghiburkan, tetapi kini video-video persembahan kamu sebgai pengubat rindu cikgu kepada kamu semua.

Pertama sekali, cikgu mohon maaf kerana lewat untuk post blog berkenaan Hari Anugerah Cemerlang bagi sesi 2023//2024. Almaklumlah banyak kerja-kerja yang perlu cikgu selesaikan terlebih dahulu.

Alhamdulillah, Hari Anugerah Cemerlang telah berlangsung dengan jayanya di Atrium Pusat Bandar, Pasir Gudang pada 3 Februari 2024. Walaupun pada awalnya kami agak gusar dengan keluasan tempat untuk menampung murid dan para tetamu yang hadir ke majlis ini. Namun, kami tiada pilihan lain di sini sahaja tempat yang ada untuk kami jalankan program ini. Stadium yang kebiasaannya digunakan untuk majlis gilang gemilang ini sudah tidak boleh digunakan lagi.

Majlis ini diadakan untuk meraikan anak-anak yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun serta anak-anak 5 tahun yang telah tamat 3 siri buku bacaan dari buku Bacalah Anakku, Read Easy Beginner dan Jawi Al-Fateh. Seramai 164 orang murid K1 yang berjaya menamatkan 3 siri buku bacaan ini. Manakala untuk Anugerah Khas Cemerlang seramai 171 orang murid K1 dan K2 yang menerima anugerah ini. Tahniah! kamu semua anak-anak hebat.

Selain itu, para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan-persembahan hebat anak-anak murid K2 kami. Sebanyak 20 persembahan pelbagai genre yang anak-anak ini persembahkan untuk tontonan ibu bapa yang hadir. HAC pada kali ini para tetamu dan anak-anak juga turut dihiburkan dengan persembahan dari Fanpekka dengan maskotnya Rolly's dan pihak Fanpekka berbaik hati untuk memberikan hadiah serta diskaun tiket untuk anak-anak dan ibu bapa yang dapat menjawab soalan yang diberikan.

HAC pada kali ini bukan sahaja ibu bapa yang hadir, malah datuk dan nenek juga turut hadir untuk meraikan kejayaan cucu-cucunya. 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan para tetamu yang hadir untuk memeriahkan lagi HAC pada tahun ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi memberikan sumbangan wang mahupun hamper untuk dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah. Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan yang tidak putus-putus kepada kami. Semoga kalian dirahmati Allah dan dimewahkan lagi rezekinya.

Oleh itu, sebagai kenangan untuk anak-anak saya kongsikan gambar dan video-video sepanjang majlis ini berlangsung.

Bacaan doa pembukaan majlis oleh adik Aryan (THIL) dan adik Aaira (THC).

Ucapan perasmian oleh founder kami Pn Zainun.

Persembahan pembukaan dari anak-anak hebat Intelek.

Penuh atrium dengan kehadiran ibu bapa.

Trofi untuk anak-anak hebat kami.

Persiapan unit peralatan untuk persembahan kedua Diari YB.

Tunggu giliran untuk bergambar.

Persembahan selingan dari anak-anak TH Bijaksana.

Persembahan nasyid dari anak-anak TH Cemerlang dengan lagunya Hambamu.

Rezeki anak-anak hebat tahun ini, ada cenderahati tambahan untuk dibawa pulang.

Bicara berirama yang menyeronokkan dari TH Cemerlang.

Persembahan koir dari anak-anak TH Ilmu.

Tahniah Aryan dapat cenderahati dari pihak Fanpekka.


Anugerah Khas Bacaan.

Busy unit audio kami.

Sewaan jubah konvo juga kami sediakan.

Comel gelagat anak-anak dalam tarian.

Tarian rancak yang mendapat sorakan yang meriah dari anak-anak TH Jaya.

Pilih-pilih props untuk bergambar.

Ruangan photobooth juga kami sediakan untuk anak-anak bergambar.

Cikgu kami sedia untuk ambilkan gambar.

Persembahan dikir barat pun ada dari anak-anak TH Ilmu.

Persembahan silat lagenda yang hebat dari anak-anak TH Cemerlang.

Persembahan penutup yang menyentuh hati kami semua. Nasyid Atuna Tufuli
dari anak-anak hebat Bijaksana.

Cikgu-cikgu yang busy di belakang pentas.

Hari Anugerah Cemerlang 2023/2024

P1| Zapin Suri (TH Intelek)

P2| Diari YB (TH Genius)

P3| Pak Pung Pak Mustafe (TH Bijaksana)

P4| Nasyid Hambamu (TH Cemerlang)


P5| Ampun Bang Jago (TH Jaya)

P6| Pentomin 1234 (TH Pintar)

P7| Ghostbuster (TH Inovasi)

P8| Bicara Berirama (TH Cemerlang)

P9| Pak Balik Pak (TH Genius)

P10 : Koir Guruku Sayang (TH Ilmu)

P11| Zapin Bahari (TH Bijaksana)

P12| Choral Speaking (TH Intelek)

P13| Sha Na Na (TH Pintar)

P14| Nasyid Ingatlah Allah (THJ)

P15 | Tarian Pelanduk (TH Bijaksana)

P16| Boria seloka THG (TH Genius)

P17| Dance with me (TH Inovasi)

P18| Dikir Barat Ewa Bulan (TH Ilmu)

P19| Silat Lagenda (TH Cemerlang)

P20| Nasyid Atuna Tufuli (TH Bijaksana)

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan sebagai kenangan untuk anak-anak yang pernah bersekolah di MyBistari Group. Selamat maju jaya cikgu ucapkan kepada anak-anak K2 yang akan melangkah ke darjah 1 dan kepada anak-anak K1 yang tidak sambung pengajiannya di sini, semoga kalian diterangkan hati serta berjaya dunia dan akhirat.

Salam sayang dari cikgu-cikgu MyBistari.

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~















0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon