Wednesday, February 28, 2024

SESI PRATADIKA BERMULA..

Sesi pratadika 2024/25

Tahniah kami ucapkan kepada anak-anak comel yang terpilih menyertai program pratadika pada tahun ini. Program ini diadakan khas untuk anak-anak yang berusia 5 tahun yang mendaftar awal di tadika kami. Pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk memantapkan kemahiran motor halus dan motor kasar anak-anak. Disamping itu anak-anak juga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika lebih awal berbanding murid lain.

Pada tahun ini, kami melakukan kelainan dimana ibu ayah boleh melihat keletah dan gelagat anak-anak setibanya mereka di tadika dengan lebih dekat lagi melalui siaran langsung yang dibuat melalui aplikasi tiktok. Terima kasih ibu ayah yang sudi join siaran langsung kami dan memberi komen yang positif kepada kami.

Cepat masa berlalu, program pratadika sudah tiba ke penghujungnya. Pelbagai kenangan tercipta bersama anak-anak dari minggu pertama sehigga minggu terakhir. Banyak juga perkembangan yang baik ditunjukkan oleh anak-anak pada setiap hari. Dari tak pandai pegang pensel, sekarang sudah pandai, ada yang malu-malu pada awalnya, tapi sekarang sudah mula berkomunikasi dengan cikgu dan kawan-kawan, ada yang menangis, sekarang tersenyum ceria di dalam kelas dan banyak lagi peningkatan yang ditunjukkan.

Semoga program pratadika yang diadakan ini, dapat memberi kebaikan kepada anak-anak sebagai satu permulaan untuk anak-anak melangkah ke alam persekolahan.

Jom kita lihat koleksi gambar sepanjang sesi pratadika ini diadakan.

Kehadiran ibubapa seawal 8.30 pagi. (TH Cemerlang)

Kaunter pengangkutan juga disediakan. (TH Pintar)

Sesi suaikenal murid dan guru. (TH Ilmu)

Wah, ada pasangan kembar di Tadika Hebat Ilmu.


Hari pertama belajar susun bekal di tempat yang disediakan. (TH Intelek)

Fokus anak-anak mendengar taklimat tentang keselamatan dan kegunaan tandas dari 
Cikgu Fatin. (TH Intelek)

Jom kita lawat kawasan tadika. (TH Intelek)

Cara susun kasut juga diajar pada hari pertama. (TH Inovasi)

Cikgu umpan sticker untuk tarik minat murid ke tadika. (TH Jaya)

Lawatan ke tapak perhimpunan. (TH Bijaksana)

Taklimat keselamatan di kolam renang. (TH Bijaksana)

Yeahhh dah boleh makan. (TH Cemerlang)

Semakan suhu murid juga direkodkan oleh guru. (TH Cemerlang)


Comel senyuman yang diberikan. (TH Genius)

Gambar kenangan bersama kawan-kawan hari pertama pratadika. (TH Bijaksana)

Bergambar bersama guru kelas pra. (TH Jaya)

Cat mask aktiviti hari pertama. (TH Jaya)

Cikgu macam mana nak buat ni? (TH Jaya)

Cikgu, comel tak saya? (TH Cemerlang)

Comel-comel semunya memakai topeng kucing. (TH Cemerlang)

Awak pandang kamera. (TH Intelek)

Ceria anak-anak kelas pra 2 di Tadika Hebat Intelek.

Jom kita lihat pula video aktiviti anak-anak sepanjang pratadika dijalankan.










Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Semoga anak-anak diterangkan hati untuk menerima segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru kami. Terima kasih juga kepada ibu ayah yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak hebat ini. Teruskan sokongan dan kerjasama ibu ayah untuk kami lebih bersemangat untuk mendidik anak-anak ibu ayah.

Akhir kata "Bersatu Untuk Mendidik, From Zero to Hero!"

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~















0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon