Tuesday, March 21, 2023

JELAJAH ILMU DITERUSKAN

 


Bermula di sini jelajah ilmu Bacalah Anakku.

‘Bismillahirrahmanirrahim.

“ Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara seseorang dengan yang lain”.

Tahniah diucapkan kepada  ibu bapa yang hadir pada sesi kedua “Program Keibubapaan dan Kaedah Pengajaran Bacalah Anakku” yang telah berlangsung pada 18 Mac 2023 yang lepas. Seperti yang saya katakan di blog sebelum ini, program ini akan diadakan sebanyak 4 sesi. InsyaAllah sesi ketiga dan keempat kami akan adakan selepas perayaan nanti.

Sekali lagi Dewan Legacy MyBISTARI penuh dengan kehadiran ibu bapa. Kami sangat menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa yang sanggup mengambil cuti demi menuntut ilmu untuk sama-sama membantu meningkat lagi prestasi anak-anak dalam bacaan.

Banyak input yang menarik tentang buku Bacalah Anakku yang akan dikupas oleh penceramah-penceramah hebat kami yang berpengalaman lebih daripada 18 tahun dalam bidang Pendidik Awal Kanak-Kanak.

Bak kata Pn Fiza “tak tahu tak apa, sebab tu kami suruh datang ke program ini”. Hihihi

Jika ibu bapa yang lain nak tahu lebih lanjut tentang input-input yang akan dikupaskan jomlah daftar ke program pada bulan Mei nanti. Masih belum terlambat untuk join program ini yang berbaki lagi 2 sesi.

Jom daftar!!

Kehadiran ibu bapa seawal 8.00 pagi.


Jangan lupa ke kaunter pendaftaran dahulu.


Penerangan ujian penilaian prestasi di MyBISTARI.


Slot 1 perkongsian dari Cikgu Tamizi tentang perjalanan PDP anak-anak di MyBISTARI.


Fokus ke tidur tu. Hihihi


Waktu rehat digunakan ibu-ibu ke ruang pameran buku.



Slot 2 Puan Norafizah memberi penerangan buku 1 hingga 5.



Slot 3 Puan Suhaila memberi penerangan buku 6 hingga 8.



Nama pun program bacalah mestilah perlu bawa buku Bacalah Anakku.

Puan Suhaila juga berkongsi ilmu untuk menangani anak-anak yang bermasalah.










Alhamdulillah program ini berjalan lancar, terima kasih ibu bapa yang sudi hadir ke program ini. Guru yang terbaik untuk anak-anak adalah ibu bapa mereka sendiri. Kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami. InsyaAllah kami akan perbaiki dari semasa ke semasa.

Sekian terima kasih. 🌹

~ Cikgu Azreen ~



Tuesday, March 14, 2023

ILMU YANG BERMANFAAT DIKONGSI BERSAMA!!

 


Taklimat keibubapaan oleh Cikgu Tamizi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah selesai sudah Program Keibubapaan dan Teknik Pengajaran Bacalah Anakku yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad 5 Mac 2023 yang lepas bertempat di Dewan Legacy MyBISTARI.

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada ibu bapa tentang kaedah pengajaran Bacalah Anakku yang diajarkan di MyBISTARI kepada anak-anak. Pihak kami ingin selaraskan teknik pengajaran di rumah dan juga di tadika supaya anak-anak tidak keliru dengan teknik yang digunakan dikedua-dua tempat ini. Biasalah anak-anak sekarang ini lebih mendengar cakap guru berbanding ibu bapa mereka sendiri. Apa yang guru cakap itulah yang betul bagi mereka. Hihihi (Mohon jangan terasa hati ya ibu bapa semua)

Selain daripada teknik pengajaran bacalah anakku, ibu bapa juga diberikan tips-tips yang berguna oleh Puan Norafizah dan Puan Suhaila tentang cara untuk menarik minat anak-anak membaca buku bacalah serta cara menangani anak-anak yang di dalam ketetapan.

Ibu bapa juga diberikan taklimat keibubapaan tentang hala tuju MyBISTARI dan perkongsian ilmu oleh Cikgu Tamizi dalam membentuk keperibadian anak-anak sejak dari kecil lagi.

Terima kasih ibu bapa yang sudi hadir ke program ini. Semoga segala perkongsian ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan bersama.

Oh ya sebelum terlupa program ini akan diadakan lagi pada 18 Mac, 13 dan 21 Mei 2023. Oleh itu, saya seru kepada semua ibu bapa yang belum berkesempatan hadir ke program ini, mohon untuk hadir demi ilmu yang bermanfaat yang akan dikongsikan untuk kejayaan anak-anak kita dimasa hadapan.

Jom lihat bingkisan gambar dan video sepanjang program.

Penerangan silibus oleh Cikgu Tamizi.

Penuh dewan dengan kehadiran ibu bapa.


Buku bacaan yang digunakan di MyBISTARI.


Menikmati makanan yang dihidangkan.


Emcee program Puan Faridah.

Penerangan buku bacalah 1-5 oleh Pn. Norafizah.

Penerangan buku bacalah 6-8 oleh Pn. Suhaila.

Pameran buku yang digunakan di MyBISTARI.


Wakil bapa yang hadir.

Hebat!! bawa buku nota.

Fokus ibu-ibu semuanya.







Apalagi jom follow, like, comment and share!!

Sekian terima kasih.

~Cikgu Azreen~

Thursday, March 9, 2023

PENGEMBARAAN PRATADIKA BERMULA!!

 

Papan notis pratadika yang dihias cantik oleh guru-guru.(TS1)



Bismillahirahmanirrahim

“Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat”.

(Imam Syafie)

Sedar tak sedar kita telah menghampiri ke sesi persekolahan yang baru pada tahun ini. Seperti biasa kami di MyBistari Group akan mengadakan Program Pratadika untuk murid 5 tahun yang telah membuat pendaftaran awal. Program ini berlangsung selama dua minggu bermula 26 Februari sehingga 9 Mac 2023.

Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri di tadika. Jumpa kawan baru, jumpa cikgu baru. Pastinya pengalaman yang amat menyeronokkan buat mereka. Lepas balik dari pratadika, pastinya ibu ayah menadah telinga mendengar cerita-cerita dari anak-anak kesayangan mereka. Almaklumlah pengalaman pertama murid-murid ke fasa yang baru dalam kehidupan mereka sudah pasti mengambil masa untuk suaikan diri dengan persekitaran baru.

Sepanjang sesi pra tadika ini saya berpeluang pergi ke semua cawangan untuk merakamkan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di tadika. Alhamdulillah apa yang boleh saya katakan pada tahun ini kebanyakan murid-murid lebih matang dari tahun sebelumnya. Peratusan murid yang menangis hari pertama pun berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

Bukan sahaja murid yang memberi kerjasama yang baik malah ibu bapa juga memberikan kerjasama yang baik di hari pertama sesi Pra Tadika kerana hampir semua ibu bapa yang menghantar anak ke kelas terus beredar meninggalkan kelas anak-anak mereka. Terima kasih ibu bapa yang memudahkan urusan kami

Alhamdulillah perjalanan Pra Tadika pada hari pertama di semua cawangan MyBistari Group berjalan lancar. Pelbagai aktiviti yang dijalankan selama 2 jam sesi persekolahan berlangsung. Semakin hari anak-anak semakin bersemangat untuk hadir ke tadika dan melakukan aktiviti. Seperti salah seorang murid di Taman Scientex 2  baru sahaja selesai membuat aktiviti pertama sudah tanya gurunya “Cikgu cepatlah saya nak belajar lagi”. Semangat sangat tu nak belajar cikgu bagi waktu rehat pun masih hendak belajar lagi. Hihihi

Perjalanan minggu kedua Pra Tadika juga berjalan lancar dimana ada sesetengah murid telah menunjukkan peningkatan dari segi penulisan dan juga bacalah. Jika minggu pertama murid menyurih semula tulisan guru, pada minggu kedua ada  murid yang sudah boleh menulis sendiri mengikut tulisan guru. Dari segi bacalah pula anak-anak telah mengecam sukukata dan ada juga murid yang telah membaca buku 6 ke atas. Alhamdulillah berkat anak-anak hadir ke tadika setiap hari dan bantuan dari ibu bapa di rumah.

Semoga anak-anak ini terus mendapat ilmu yang bermanfaat untuk masa hadapan. Terima kasih ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada kami MyBistari Group untuk mendidik anak-anak kalian.

Di sini saya ingin kongsikan video dan gambar sepanjang sesi Pra Tadika ini.

Ceria Cikgu Aqidah sambut kedatangan murid Pra Tadika. (TS1)

Ambil mood nak masuk kelas ke tu. (TS1)


Macam ni ke cikgu hendak susun kasut? hihi (TS1)


Sini sayang cikgu pakaikan nametag dulu. (TKM)

Bergambar dahululah sebelum masuk kelas. (TKM)


Perkenalkan diri kepada kawan-kawan sekelas. (TM)


Penerangan penggunaan tandas. (TM)

Lawatan ke kawasan larangan kolam renang. (TM)


Confirmation transport. (TIPB)


Ceria Cikgu Aliah menyambut murid untuk masuk ke kelas. (TIPB)


Rutin guru setiap hari observation sebelum kelas pra bermula. (TIPB)

Aktiviti kraftangan pertama topeng kucing. (TKM)

Fokus betul menyurih tu. Hihihi (TIMB)

Macam ni sayang cara mewarna yang betul. (TIMB)

Eh dia tenung mata cikgu la. Hihi (TNPB)

Waaa seronoknya anak-anak menyanyi lagu Teko Comel. (TNPB)

 
Fokus betul mewarna. Risau ke tak dapat bintang dari cikgu. Hihi (TS2)

Step by step untuk menulis hari, nama dan tarikh. (TS2)



Progres Penulisan minggu kedua. Tahniah Auliya sudah boleh menulis hari, nama dan tarikh. (TIPB)


Eh baca doa mata pandang mana tu.Hihihi (TIB)


Handcraft Pencil Holder. Boleh tak tu keluarkan pensel. (TIB)

Hasil kraftangan yang dah siap boleh dibawa balik.(TIB)









Sekian Terima Kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Thursday, March 2, 2023

MYBISTARI GROUP BERKAH MELIMPAH!!

 

Bismillahirrahmanirrahim

Topik motivasi oleh Cikgu Tamizi.


“Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu dan apabila dikatakan “berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(QS Surah Al-Mujadalah ayat 11)

Bermulalah episod baru sesi 2023/2024 bagi warga MyBistari Group. Seperti biasa murid sahaja yang bercuti guru-guru akan menjalankan tugas untuk persediaan menyambut murid baru nanti. Sebelum memulakan sesi baru, semua guru di MyBistari akan berkampung di Dewan Legacy MyBistari untuk menghadiri bengkel pemantapan guru untuk memantapkan lagi kemahiran dalam teknik-teknik pengajaran dan perkongsian ilmu dari guru-guru senior.

Program pemantapan guru pada kali ini, kami memberi fokus kepada program pratadika bagi kemasukan murid-murid pratadika yang akan bermula pada 26 Februari sehingga 9 Mac 2023.

Guru-guru akan didedahkan dengan taklimat awal pratadika dan silibus yang akan dijalankan sepanjang program pratadika berlangsung. Bengkel kelas pengajaran bacalah anakku dan kelas bacaan doa serta kelas nyanyian lagu kanak-kanak juga diadakan pada program ini agar guru-guru dapat mengajar anak murid mengikut teknik yang betul terutama guru-guru baru yang baru pertama kali menghadapi pratadika ini.

Selain itu, guru-guru juga diberikan motivasi oleh Cikgu Tamizi dengan tajuknya "Kisah Sebuah Kapal." Banyak pengajaran dan tauladan yang boleh diperolehi dari kisah ini dalam membentuk sahsiyah dan keterampilan guru serta tanggungjawab yang dipikul untuk mendidik anak-anak murid.

Walaupun kami hanya guru tadika tetapi tanggungjawab yang dipikul sangat berat untuk mengajar dan mendidik anak-anak seawal usia 5 tahun daripada kosong yang tidak tahu apa-apa sehingga mereka berjaya suatu hari nanti.

Harapan kami bukan sahaja anak-anak yang keluar dari MyBISTARI pandai membaca, menulis  dan mengira, malah boleh menampilkan syahsiyah yang baik serta terkedepan dalam segala hal bila berada di sekolah rendah nanti.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini, semoga segala usaha kami membuahkan hasil yang terbaik untuk anak-anak murid yang menuntut ilmu di MyBistari Group dan semoga usaha kami ini mendapat berkah yang melimpah oleh Allah S.W.T.

Jom lihat gambar dan video sepanjang program berlangsung. Jangan lupa follow, like, comment and Share semua aplikasi media sosial kami.😍

Fokus semua guru mendengar taklimat pratadika.

Penerangan yang jelas dari penyelia kami Pn Faridah.

Penerangan silibus pratadika oleh Pn Norafizah.

Guru sedang menunjukkan cara berinteraksi dengan murid.

Sebelum ajar anak murid menyanyi, guru-guru akan membuat latihan dahulu beserta gaya.


Bengkel kaedah pengajaran Bacalah Anakku diterangkan oleh Cik Siti Dalilla Najwa.

Pn Fara Fazrina pula menunjukkan cara untuk mengajar anak murid membaca sukukata di dalam kelas.

Observation dari guru senior kami Pn Juliana.

Cikgu Syahirah sedang setting papn putih untuk di observe.

Slot motivasi dari Cikgu Tamizi.

Bengkel membuat RPH guru.

Bengkel kelas bacaan doa dan surah.








~Sekian terima kasih~

Cikgu Azreen
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon