Tuesday, May 16, 2023

RAIKAN BERSAMA 2 DALAM 1 DI BULAN SYAWAL

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Hiasan photobooth. (TKM)

“Selamat hari guru, cikgu”, sapa seorang ibu murid sambil menghulur hadiah.

Speechless saya dibuatnya, sambil mencari nama guru di paper beg tersebut. Namun, tiada nama guru yang ditulis di situ.

Alhamdulillah rezeki, siapa kita nak menolaknya?

Kehadiran saya di Tadika Intelek Minda Bestari (TIMB) hanya sekadar untuk membantu menguruskan guru dan murid memandangkan 2 orang guru tidak hadir pada hari tersebut. Jika diikutkan perancangan awal saya ke cawangan lain untuk memantau perjalanan Majlis Jamuan Hari Raya dan Sambutan Hari Guru yang telah diadakan pada 7hb Mei 2023 (Ahad).

Namun, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya. Pagi Ahad sebelum saya bergerak ke destinasi yang dituju saya telah menerima whatsapp dari Pengurus Operasi untuk membantu cawangan TIMB. Macam biasalah kami bahagian pengurusan perlu sentiasa bersedia untuk menggantikan kelas apabila kekurangan guru di cawangan.

Alhamdulillah rezeki anak-anak pada tahun ini sangat meriah dengan makanan dan minuman yang telah disumbangkan oleh para ibu bapa yang budiman. Semoga bertambah lagi rezeki ibu bapa semua.

Bukan sekadar jamuan sahaja, anak-anak juga teruja dengan aktiviti sampingan yang disediakan oleh guru-guru. Antaranya adalah kerusi beracun, menyusun balang, pakaian sedondon dan pelbagai lagi.

Selain itu, ada juga ibu bapa dan guru-guru yang sudi berkongsi rezeki dengan anak-anak dengan pemberian duit raya. Bertambah seronoklah anak-anak semua. Yela, bukan sekadar dapat menikmati juadah yang enak malah dapat juga mengumpul duit raya. Hihihi

Sebelum sesi jamuan bermula, anak-anak diisi dengan aktiviti kraftangan kad ucapan selamat hari guru. Di dalam aktiviti ini, teknik baru yang diaplikasikan iaitu teknik kolaj. Anak-anak begitu seronok dalam menjalani aktiviti ini.

Jom kita lihat gambar-gambar kemeriahan sepanjang majlis ini berlangsung.

Dah ready nak makan ke tu? (TKM)

Menunggu giliran mengambil makanan. (TIB)

Sebelum makan bergambarlah duhulu.✌ (TIB)

Waaahh penuh makanan atas meja. (TS1)


Eh makan tu dah baca Bismillah ke belum? (TS1)


Gambar kenangan raya di tadika. (TS2)

Wow bergambar penuh gaya. Hihihi (TS2)


Pakaian sedondon, tema hitam menjadi pilihan pada tahun ini. (TS2)


Fokus mendengar penerangan guru untuk aktiviti pertandingan. (TKM)


Bergambar dengan guru kesayangan kami. (TKM)


Alahai comel gaya masing-masing. (TIPB)


Boleh ke tak tu buka sticker? Hihihi (TIPB)


Cantik hasil mewarnanya. (TIPB)


Sambil menunggu makanan sampai ke meja kita bergambar la dahulu. (TNPB)


Eh awak makan apa tu? macam sedap je. (TNPB)


Waaa banyaknya coklat. (TNPB)

Warna cantik-cantik. (TM)

Waahh cantiknya hasil kolaj yang sudah siap. (TM)

Pertandingan makan kuih raya. (TIMB)

Sumbangan makanan dari ibu bapa. (TIMB)

Banyaknya duit raya saya. (TIMB)

Pemberian goodies untuk kawan-kawan kelas. (TIMB)

Meriahkan Majlis Jamuan Raya dan Sambutan Hari Guru di MyBISTARI. Terima kasih sekali lagi untuk ibu bapa yang sudi berkongsi rezeki dengan kami dan anak-anak di sini. 

Di sini juga saya ingin kongsikan video sepanjang majlis berlangsung.







Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. 
Apalagi...Jom follow, like, comment and share.😊

Sekian, Terima Kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Tuesday, May 2, 2023

ABADIKAN KENANGAN SEM 1 2023!!

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Gaya murid di TNPB.

“Nama cikgu siapa?”

Soalan yang kerap di tanya oleh murid apabila saya datang ke cawangan mereka. Almaklumlah, jarang-jarang berjumpa dalam sebulan mungkin 1 atau 2 kali bertandang ke cawangan untuk melihat progres murid dan mengambil video serta gambar untuk dijadikan content di dalam tiktok video.

Tetapi pada kali ini saya bertandang ke cawangan untuk menjalankan rutin tugasan setiap tahun iaitu sesi fotografi. Untuk makluman ibu bapa sesi fotografi ini diadakan 2 kali setahun iaitu pada semester 1 dan semester 2.

Sesi fotografi semester 1 ini diambil untuk data simpanan pihak tadika sahaja. Di mana gambar individu diambil dan akan dimasukkan ke dalam Asis data murid. Manakala gambar kelas diambil dan akan dimasukkan di website kami sebagai kenangan murid-murid di kelas semester 1.

Alhamdulillah sesi ini telah berjalan selama seminggu bermula 2hb sehingga 6hb April 2023 walaupun sesi fotografi pada kali ini sedikit mencabar kerana dijalankan pada bulan puasa namun dapat diselesaikan dengan baik dengan kerjasama semua guru-guru di cawangan. Terima kasih cikgu!!

Bukan mudah untuk mengambil gambar ini sebenarny, jika tiada bantuan dari para guru, Nampak je senang tetapi siapa yang pernah melaluinya je yang faham. Hihihi

Yela nak ambil pun gambar anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun, pastinya pelbagai gelagat dan keletah anak-anak yang kami layankan terlebih dahulu. Ada yang menangis, ada yang mata melilau tak pandang kamera, ada yang posing macam model dan macam-macam lagi. Hihihi

Sabar je la yang kami mampu. Hihihi

Baiklah sampai di sini sahaja blog pada kali ini, sebelum itu jom lihat gambar dan video gelagat          anak-anak sepanjang sesi fotografi ini diadakan.

Oh ya sebelum terlupa gambar kelas anak-anak ibu bapa boleh lihat di website kami. Jom tekan link  di sini untuk lihat gambar kelas anak-anak untuk semester 1.

Guru sedang menyusun murid untuk gambar individu (TNPB)

Senyum sikit 😊 (TNPB)



Okay ready 1..2..3 smile. (TIB)


Fokus pandang kamera. (TIB)

Meh sini cikgu pakaikan lipstik. (TM)

Kaki rapatkan ya sayang. (TM)

Okay awak duduk sini ya. (TIPB)

Diri tegak-tegak ya sayang pandang kamera. (TIPB)

Eh awak pandang kamera la. (TKM)


Kemaskan tudung dulu. Sabar ya kawan-kawan lelaki menunggu perempuan berisap.( TKM)


Beratur dulu ya kawan-kawan. (TS1)

Diri tegak, kaki rapat, pandang kamera senyum. (TS1)

Eh mata pandang mana tu. (TIMB)

Dongak sikit kepalanya tu. (TIMB)

Betulkan tudung dulu ya. Baruah cantik. (TS2)

Eh awak sinilah duduk sebelah saya. (TS2)















Apa tunggu lagi....Jom support kami dengan like, comment and share. Insyaallah kita jumpa lagi nanti.

~Cikgu Azreen~





Tuesday, March 28, 2023

SEMANGAT BARU!! AZAM BARU!!

 

Selfie dulu sebelum masuk kelas. (TNPB)

Assalamualaikum.

 “Kawan-kawan kalau cikgu bagi salam awak nak jawab apa?’

“Terima kasih cikgu!!” spontan salah seorang murid 5 Pintar menjawab pertanyaan guru kelas. Hehehe

Riuh satu kelas dengan hilaian ketawa anak-anak. Cikgu pun speechless dengan jawapan yang diberikan. Tidak mengapa cikgu faham masing-masing teruja dengan suasana dan persekitaran yang baru. Lagilah murid 5 tahun yang baru nak kenal apa itu tadika? Siapa guru mereka? Siapa kawan-kawan mereka? Di mana tandas? Apa yang mereka boleh lakukan dan apa yang mereka tidak boleh lakukan?

Begitulah keriuhan hari pertama sesi persekolahan di cawangan Taman Mawar. Setelah beberapa minggu tadika tidak seriuh ini, bermula 15 Mac 2023 bermulalah episod baru bagi kami warga MyBISTARI untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2023/2024.

Alhamdulillah, di Taman Mawar perjalanan bagi kedua-dua sesi sangat lancar dan memudahkan urusan kami. Rezeki cikgu-cikgu di Taman Mawar tiada seorang murid pun yang meragam dan menangis. Mungkin anak-anak ini sudah terbiasa agaknya berjauhan dengan ibu bapa mereka. Hehehe

Biasalah simptom guru tadika overthinking sebelum menerima murid baru. Sebab itulah kami perlu sediakan fizikal dan mental yang kuat untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.

Teringat saya sewaktu menggalas tugas guru di Tadika Inovasi Bestari mengejar murid yang berlari meluru keluar pagar sebaik sahaja bapanya menghantarnya ke tadika, mujur tiada kemalangan yang berlaku. Kalau nak diceritakan banyak lagi pengalaman-pengalaman hari pertama sesi persekolahan yang melucukan. Hehehe

Berbeza pula ceritanya dengan cawangan-cawangan lain yang telah saya pergi pada hari kedua, ketiga dan keempat masih lagi ada murid yang menangis setibanya di hadapan pagar tadika dan juga menghampiri waktu balik ada sahaja kedengaran tangisan murid. Huhuhu bertabahlah wahai guru.

Seronok sebenarnya melayan kerenah murid yang pelbagai ragam ini. Apa-apa pun ibu bapa tidak perlulah risau dengan anak-anak yang kerap menangis, InsyaAllah masuk je ke kelas mereka ni baik-baik sahaja.

Terima kasih ibu bapa yang masih lagi memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak kalian. Semoga anak-anak ini berjaya suatu hari nanti.

Kaunter pendaftaran untuk semakan maklumat murid. (TM)

Sudah semak boleh tandatangan di ruangan yang disediakan.(TIPB)

Cipta kenangan bersama anak hari pertama sekolah. (TM)


Hari pertama sahaja ibu bapa dibenarkan menghantar anak ke kelas. (TM)


Eh cikgu suruh tengok tapak tangan bukan tutup muka. Hihihi (TM)

Malu-malu nak kenalkan diri di hadapan. (TNPB)

Belajar susun kasut di rak kasut. (TNPB)

Penerangan keselamatan di tangga. (TIMB)


Kawasan larangan masuk kolam renang. (TIMB)

Penerangan kegunaan tandas. (TIB)

Waaahh ceria ya pergi sekolah. (TIB)

Hati-hati naik tangga. Pegang sisi tangga ya. (TS2)

Bagus patuh arahan guru. (TS2)

Cantik tak Head Crown Animal saya cikgu? (TS1)

Eh sempat lagi buat peace. Hihihi (TS1)

Berikut adalah perkongsian video sepanjang sesi orientasi untuk tatapan ibu bapa semua. :)












Apalagi...jom follow, like, comment and share!!

Sekian terima kasih 🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon