“(Padahal)
Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275)
Jual beli merupakan salah satu daripada keperluan
individu yang sangat mustahak dalam kehidupan sehariannya. Ini kerana dalam
kehidupan masa kini beserta hajat manusia yang pelbagai, seorang individu itu
tidak mampu untuk mengadakan keseluruhan keperluannya secara bersendirian.
Islam sebagai agama yang syumul telah memberikan garis panduan yang jelas dalam
semua perkara, termasuk bentuk jual-beli yang selari dengan kehendak syarak
atau sebaliknya.
Begitulah objektif kami
mengadakan program market day adalah untuk memberi pendedahan awal tatacara
jual beli kepada murid. Selain dapat memupuk semangat bekerjasama dan cara berkomunikasi
serta menguruskan wang (kupon) dalam
pembelian dengan betul.
Meriah sungguh suasana
di semua cawangan MyBistari Group, betul-betul macam dalam market sana
sini suara murid mempromosi barangan yang dijualnya. “Mari mari mari beli sayur
untuk ibu”, jeritan salah seorang pelajar untuk menarik minat pelanggan untuk
membeli.
Bukan sahaja anak-anak
yang teruja dan seronok, malah ibubapa juga turut teruja melihat anak-anak
menyertai program market day melalui saluran facebook live cawangan
masing-masing. Bukan di tadika sahaja meriah dengan jeritan anak-anak berjual
beli di komen facebook live pun meriah dengan komen-komen ibu-ibu yang
meminta untuk anak-anak membeli sayur, makanan dan juga minuman untuk di bawa
balik.
Alhamdulillah
keseluruhan program berjalan lancar. Terima kasih kepada semua ibubapa yang
terlibat secara tidak langsung dalam meyumbangkan semua barang -barang jualan makanan,
minuman dan juga alat tulis. semoga ladang pahala ibubapa mengalir dengan
pemberian sumbangan ini.
Jom kita lihat bingkisan
gambar sepanjang program market day tersebut.
Kegigihan cikgu untuk perhiasan gerai masing-masing.(TIPB)
Persediaan guru untuk barang jualan. (TIPB)
Persediaan guru menghias gerai.(TNPB)
Eh boleh tak tu nak keluarkan plastik. (TS2)
Waa sedapnya aiskrim.
Penuh meja gerai makanan. (TMPB)
Gerai alat tulis juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai jenis alat tulis yang dijual (TIMB)
Sebelum berniaga jom kita bergambar dahulu. (TNPB)
Kami pun nak bergambar juga. (TNPB)
Mari beli.mari beli...kupon...kupon jangan lupa bagi. (TS2)
Masa untuk makan. (TNPB)
Hasil pembelian adik Umar. (TIB)
Penjual-penjual gerai makanan di TIB
Gerai alat tulis di TMPB.
Nampak sedap semua buah-buahan ni. Nak beli yang mana satu ya?hihi (TS1)
Alamak!! kupon saya x cukup ke nak beli makanan ni..(TS1)
Dah puas membeli belah jom kita bergambar kenangan bersama guru kelas. (TS1)
Sabar..sabar jangan berebut. (TKM)
Awak topi saya okay tak?hihi (TKM)
Waa siap ada cafe di TKM.
Waa siap ada prob untuk bergambar. Hebat!!
Menarik perhatian gerai air di Taman Mawar.
Laku keras gerai buah di Taman Mawar.
Begitulah kemeriahan market day pada kali ini. Usaha keras semua guru-guru tidak sia-sia apabila tujuan sebenar market day ini dapat disampaikan kepada murid dengan baik. Begitu juga dengan feedback ibubapa yang sangat teruja dan penerimaan yang baik kepada pihak kami untuk meneruskan lagi program ini.
Di sini juga saya ingin kongsikan video bingkisan sapanjang program ini berlangsung, jangan lupa follow, like, comment and share!!
Jutaan terima kasih dari pihak kami kepada semua ibubapa di MyBistari Group yang sentiasa menyokong kami untuk melakukan program-program seperti ini. Semoga program ini dapat manfaat yang boleh dipraktikkan oleh anak-anak di masa akan datang.
Poster jemputan ibubapa ke program uji minda, bercerita & lego.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum.
Bermulalah tirai pertandingan program uji
minda, bercerita dan lego bagi sesi 2022 yang sentiasa di nanti-nantikan oleh semua
staf MyBistari Group pada setiap tahun yang telah diadakan di Atrium Kompleks
Pusat Bandar Pasir Gudang pada 15 Oktober 2022 (Sabtu). Namun begitu, terasa juga
debarannya setelah 2 tahun ketiadaan program ini disebabkan Pendemik Covid19.
Banyak kali juga skrip teknikal diubah
disebabkan kekurangan guru senior yang berpengalaman untuk menjalankan tugas untuk
program ini, terutama bahagian pembaca soalan pening juga pihak pengurusan memikirkan
guru mana yang layak dan sesuai untuk membacakan soalan. Maklumlah tidak semua orang yang ada keyakinan
yang tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai.
Bukan pihak pengurusan sahaja yang sibuk
melakukan persiapan, pihak guru besar dan guru-guru juga sibuk melatih
anak-anak murid yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Semakin dekat pertandingan,
semakin hebat latihan yang diadakan di tadika masing-masing. Semua cawangan
ingin mempamerkan hasil yang terbaik kerana wakil yang dibawa akan membawa nama
tadika untuk merebut tempat di dalam pertandingan ini.
Alhamdulillah program berjalan lancar,
walaupun ada sedikit masalah teknikal dari segi audio namun dapat diatasi
dengan pantas oleh unit audio. Keseluruhan program berjalan dengan baik pelbagai
gelagat dan keletah anak-anak di atas pentas.
Selain dari itu, para tetamu yang hadir turut dihiburkan
dengan persembahan murid dari cawangan TPB Taman Scientex 1, Tadika Ilmu Pintar
Bestari dan TPB Taman Kota Masai. Tidak kurang hebatnya peserta bercerita, pelbagai celoteh dan gelagat anak-anak yang menghiburkan.
Di samping itu, Peserta lego juga menunjukkan kreativiti yang pelbagai dan hebat dalam rekaannya masing-masing. Juri pun rambang mata untuk membuat pilihan pemenang bagi kategori ini..
Di sini saya kongsikan gambar-gambr sekitar program berlangsung.
Unit pembaca soalan berdebar menanti giliran.
Barisan pengadil uji minda
Taklimat penjurian oleh Puan Suhaila kepada pengadil lego
Guru-guru unit peralatan
Unit audio sibuk membuat persiapan.
Makan dulu sebelum mulakan pertandingan.
Menanti giliran untuk membuat persembahan (TIPB)
Yeahhh dapat hadiah selepas membuat persembahan.
Dah bersedia ke nak buat lego tu?hihi
Fokusnya agak-agak adik ni nak buat apa ya 😅
Wow helikopter..hebat!!
Cantik dinasor rekaan adik ini.
Hasil pilihan juri untuk tempat pertama, kedua dan ketiga.
Berikut adalah senarai pemenang lego:-
Johan : Adik Muhammad Iman Syahir bin Mohd Syafiq (TIMB)
Naib Johan : Adik Muhammad Fattah Umar bin Mohd Fadhil (TS2)
Tempat Ketiga: Muhammad Danish Izzwan bin Maslan (TNPB)
Peserta bercerita dengan gaya tersendiri.
Senarai pemenang bercerita :-
Johan : Adik Nurin Hasya binti Mohd Nasrum (TKM)
Naib Johan : Adik Nur Jannah Umairah binti Abd Rahim (TS1)
Tempat Ketiga : Adik Nur Khaleesha Humairah binti Khairul Hafifi (TS2)
Pertandingan uji minda kategori Jawi & Pendidikan Islam
Pertandingan uji minda kategori Bahasa Melayu & Sains
Pertandingan uji minda kategori Matematik.
Pertandingan uji minda kategori English.
Kategori saringan 1.
Kategori saringan 2
Peringkat akhir pertandingan uji minda.
Berikut senarai pemenang pertandingan uji minda :-
Johan: Siti Aisyah binti Nor Haidi (TS2)
Naib Johan : Nur Aisyah Irdina binti Md Haini (TIPB)
Tempat Ketiga : Aisy Nur Haziqah Riana binti Abdul Hafiz (TMPB)
TAHNIAH!!! diucapkan kepada para pemenang, yang tidak berjaya merebut tempat dalam pertandingan ini jangan bersedih boleh cuba lagi pada pertandingan akan datang.
Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibubapa yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi program ini. Pihak kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang program. InshaaAllah kami akan perbaiki segala kelemahan yang ada di dalam program ini. Almaklumlah sudah lama tidak mengadakan event besar seperti ini pasti ada kelemahan yang perlu kami perbaiki. Baiklah sampai di sini sahaja coretan saya. InshaaAllah kita jumpa lagi pada program yang akan datang program pertandingan sempoa dan congak pada Disember nanti.
Di sini juga saya ingin kongsikan bingkisan video sepanjang program, jangan lupa support sosial media MyBistari Group like, comment and share.😍
"Dan
ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu beriringan dengan kesabaran. Jalan
keluar beriringan dengan kesukaran. Dan sesudah kesulitan pasti akan datang
kemudahan." - HR. Tirmidzi
“From zero
to hero” itulah ungkapan yang boleh kami ungkapkan untuk anak-anak yang
melangkah masuk ke MyBistari Group. Berakhir sudah episod semester 1 sesi
persekolahan 2022. Alhamdulillah sesi persekolahan untuk semester 1 berjalan
lancar setelah hampir 2 tahun sesi persekolahan telah di ganggu oleh PKP akibat
pendemik Covid19. Oleh itu, kami ingin menebus balik ketidakpuasan kami
mengajar sepanjang waktu PKP.
Pejam celik,
pejam celik, sudah tiba hari yang di nanti oleh para guru dan juga ibubapa
untuk berkongsi dan melihat hasil keputusan anak-anak sepanjang semester 1. Walaupun
hampir ke semua guru-guru kami tidak lena tidur malam dek kerana perasaan berdebar-debar
untuk bersemuka dengan ibubapa pada hari
terbuka itu nanti. Bukan mudah untuk berkongsi dan memberi informasi
tentang perkembangan anak-anak, lebih-lebih lagi anak-anak yang kurang
menyerlah dalam pembelajaran. Tetapi jika tiada sesi bersua muka begini kita
tidak dapat cari jalan penyelesaiannya untuk membantu anak-anak menjadi lebih
cemerlang di masa akan datang kerana selain daripada guru, bantuan dan sokongan
ibubapa juga memainkan peranan penting dalam kejayaan anak-anak.
“Assalamualaikum
puan, jemput masuk, puan apa khabar sihat?”, kedatangan ibubapa di sambut
meriah dan mesra oleh Cikgu Atikah TNPB penghibur suasana setiap kali ada
ibubapa yang melangkah masuk. begitulah ragam salah seorang guru kami menyambut
kedatangan ibubapa yang penuh ramah dan sema
Sesi hari
terbuka berjalan lancar, ibubapa memberikan kerjasama yang baik dan banyak
perkongsian yang telah kedua pihak kongsikan. Keputusan anak-anak juga di luar
jangkaan ibubapa. Alhamdulillah syukur dengan reaksi ibubapa, itulah yang kami
harapkan.Kami cuba berikan yang terbaik dalam
pembelajaran anak-anak.
Di sini saya kongsikan gambar-gambar suasana sepanjang hari terbuka berlangsung.
Kemas dan menarik papan notis cawangan TIB
Bergambar dahulu sebelum memulakan tugas (TS1)
Cikgu Hidayah sedia menerima kehadiran ibubapa (TS1)
Macam mananya keputusan anak saya cikgu?
Sebelum balik bergambar duhulu di photobooth.
Sebelum masuk perlu isi rekod pelawat dahulu.
Tahniah dapat keputusan cemerlang
Mohon puan tandatangan di sini ya.
Macam serius je perbincangan tu 😅
Pengambilan buku semester 2 juga diadakan serentak dengan hari terbuka.
Inilah cikgu Atikah yang paling riuh menyambut kedatangan ibubapa.
Penerangan yang terperinci oleh Cikgu Yasmin kepada bapa murid.
Periksa betul-betul buku tu jangan tersalah berikan pula 😅
Ceria cikgu-cikgu TIMB 😍
Meriah photobooth cawangan TS2
Apa agaknya perbualan mereka ya?
Terima kasih
kepada ibubapa yang sudi hadirkan diri untuk sesi hari terbuka pada kali ini,
kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami.
Di sini juga saya kongsikan video-video sepanjang program hari terbuka.
Tahniah
kepada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian
penilaian semester 1, untuk anak-anak yang kurang cemerlang masih ada masa lagi
untuk kita sama-sama perbaiki untuk lebih berjaya di masa akan datang. Setiap kejayaan
bermula dengan kegagalan untuk kita bangkit bersama.