Friday, September 23, 2022

HARI TERBUKA SEMESTER 1 2022

 


Dekorasi papan putih kelas (TS1)


Bismillahhirrahmanirrahim

"Dan ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu beriringan dengan kesabaran. Jalan keluar beriringan dengan kesukaran. Dan sesudah kesulitan pasti akan datang kemudahan." - HR. Tirmidzi

“From zero to hero” itulah ungkapan yang boleh kami ungkapkan untuk anak-anak yang melangkah masuk ke MyBistari Group. Berakhir sudah episod semester 1 sesi persekolahan 2022. Alhamdulillah sesi persekolahan untuk semester 1 berjalan lancar setelah hampir 2 tahun sesi persekolahan telah di ganggu oleh PKP akibat pendemik Covid19. Oleh itu, kami ingin menebus balik ketidakpuasan kami mengajar sepanjang waktu PKP.

Pejam celik, pejam celik, sudah tiba hari yang di nanti oleh para guru dan juga ibubapa untuk berkongsi dan melihat hasil keputusan anak-anak sepanjang semester 1. Walaupun hampir ke semua guru-guru kami tidak lena tidur malam dek kerana perasaan berdebar-debar untuk bersemuka dengan ibubapa pada hari  terbuka itu nanti. Bukan mudah untuk berkongsi dan memberi informasi tentang perkembangan anak-anak, lebih-lebih lagi anak-anak yang kurang menyerlah dalam pembelajaran. Tetapi jika tiada sesi bersua muka begini kita tidak dapat cari jalan penyelesaiannya untuk membantu anak-anak menjadi lebih cemerlang di masa akan datang kerana selain daripada guru, bantuan dan sokongan ibubapa juga memainkan peranan penting dalam kejayaan anak-anak.

 “Assalamualaikum puan, jemput masuk, puan apa khabar sihat?”, kedatangan ibubapa di sambut meriah dan mesra oleh Cikgu Atikah TNPB penghibur suasana setiap kali ada ibubapa yang melangkah masuk. begitulah ragam salah seorang guru kami menyambut kedatangan ibubapa yang penuh ramah dan sema

 Sesi hari terbuka berjalan lancar, ibubapa memberikan kerjasama yang baik dan banyak perkongsian yang telah kedua pihak kongsikan. Keputusan anak-anak juga di luar jangkaan ibubapa. Alhamdulillah syukur dengan reaksi ibubapa, itulah yang kami harapkan.Kami  cuba berikan yang terbaik dalam pembelajaran anak-anak.

Di sini saya kongsikan gambar-gambar suasana sepanjang hari terbuka berlangsung.


Kemas dan menarik papan notis cawangan TIB




Bergambar dahulu sebelum memulakan tugas (TS1)


 

Cikgu Hidayah sedia menerima kehadiran ibubapa (TS1)

Macam mananya keputusan anak saya cikgu?

Sebelum balik bergambar duhulu di photobooth.



Sebelum masuk perlu isi rekod pelawat dahulu.

Tahniah dapat keputusan cemerlang

Mohon puan tandatangan di sini ya.

Macam serius je perbincangan tu 😅

Pengambilan buku semester 2 juga diadakan serentak dengan hari terbuka.


Inilah cikgu Atikah yang paling riuh menyambut kedatangan ibubapa.

Penerangan yang terperinci oleh Cikgu Yasmin kepada bapa murid.



Periksa betul-betul buku tu jangan tersalah berikan pula 😅

Ceria cikgu-cikgu TIMB 😍


 
Meriah photobooth cawangan TS2

 
Apa agaknya perbualan mereka ya?

Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadirkan diri untuk sesi hari terbuka pada kali ini, kami mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami. 


Di sini juga saya kongsikan video-video sepanjang program hari terbuka.




Tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian penilaian semester 1, untuk anak-anak yang kurang cemerlang masih ada masa lagi untuk kita sama-sama perbaiki untuk lebih berjaya di masa akan datang. Setiap kejayaan bermula dengan kegagalan untuk kita bangkit bersama.

 

KEEP FIGHTING!!!



~Puan Azreen~







Tuesday, September 13, 2022

MAJLIS APREASIASI K1 (TAHNIAH ANAK-ANAK HEBAT!!


Hiasan pentas yang telah siap di deko.

 Bismillahhirrahmanirrahim

 

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Artinya: "Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (HR. Muslim)

Buat julung kalinya kami mengadakan Hari Apresiasi K1 pada tahun ini untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada anak-anak 5 tahun di atas kejayaan mereka yang  telah membaca buku bacalah 8 dan ke atas.

Seawal jam 9 pagi kami staf pengurusan dan guru-guru yang terlibat telah berkumpul di Atrium Kompleks Pusat Bandar untuk membuat persiapan program pada hari berkenaan yang diadakan pada sesi petang.

Gementar juga hati kami, kerana tiada sesi raptai untuk program ini. Bukan sahaja anugerah yang kami berikan malah ada juga sesi membaca cerita pendek oleh wakil murid yang terpilih di setiap cawangan membuatkan kami lebih risau kerana tajuk cerita yang akan dibaca akan di undi dan diketahui ketika tibanya giliran murid untuk membaca.

Bukan sahaja kami para guru gementar ibubapa juga turut gementar dengan kebolehan anak masing-masing untuk membaca teks cerita di khalayak ramai. Alhamdulillah, anak-anak hebat kami berjaya menghabiskan teks bacaan dengan lancar.

Sebelum itu, ibubapa disajikan dengan slot motivasi oleh penceramah jemputan iaitu Pn Aisyah Binti Ishak dengan tajuk peranan ibubapa dalam membentuk potensi anak. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada ibubapa.

 Di sini saya kongsikan bingkisan gambar sepanjang program berlangsung.


Proses mengangkat barang event dari cawangan TIMB.

Tulang belakang program unit peralatan.

Bahagian dekorasi belon.

Belon yang sudah siap di deko.

Dekorasi hiasan pentas.


Pengacara majlis otai beraksi kembali 😀

Dekorasi pintu gerbang.

Latihan bacaan doa.


Kehadiran anak-anak hebat memenuhi ruang gelanggang.

Medal yang di terima oleh anak-anak.

Unit audio sedang memasang PA sistem.

Ucapan perasmian oleh founder MyBistari En Ahamed Tarmizi

    
Berdebar menanti giliran membaca cerita.

Tahniah anak-anak hebat 😊


Debaran semakin terasa 😄



Tahniah hebat adik yang berusia 5 tahun yang lancar membaca.


Ruang photoboth juga disediakan.


Di samping itu, kami turut berdukacita kerana beberapa bulan kebelakangan ini ada di kalangan anak-anak murid kami yang telah kehilangan bapa tercinta. Justeru, kami mengambil kesempatan pada program ini untuk menyampaikan sumbangan yang telah dikumpul dari hasil infaq guru-guru dan juga ibubapa MyBistari. Terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang sudi berkongsi rezeki kepada anak-anak yatim ini. 

Di sini juga saya kongsikan video-video sepanjang program ini berlangsung. 









Baiklah sampai di sini sahaja coretan ini, semoga anak-anak terus tingkatkan prestasi dan berjaya di masa akan datang. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibubapa yang sentiasa menyokong kami. Nantikan pula program seterusnya pada Oktober nanti.


~Puan Azreen~












Thursday, July 28, 2022

PANGGILAN HAJI MEMANGGIL LAGI!!

 Bismillahirrahmanirahim..



Peace ✌


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.

Bergema di sana sini alunan talbiah anak-anak di semua cawangan MyBistari Group menjelang Program Simulasi Haji Cilik. Begitulah, semangat guru-guru dan murid-murid pada setiap tahun.

Jika murid dan guru sibuk berlatih dan mempersiapkan diri untuk program, kami pihak pengurusan pula sibuk menyediakan bahan-bahan dan peralatan untuk diberikan kepada murid-murid nanti. Nampak mudah tetapi sebenarnya agak rumit dengan tempoh masa yang singkat untuk kami siapkan.

Jumlah penyertaan peserta pada kali ini pula sangat memberangsangkan dan penyertaan yang paling ramai sepanjang program ini diadakan.

Berbalik kepada program, apa yang membimbangkan kami untuk melakukan program di kawasan terbuka ini adalah cuaca, almaklumlah cuaca sekarang pun tidak menentu tetapi kami bernasib baik sepanjang program Allah izinkan cuaca yang cerah.

Program dimulakan dengan kedatangan para jemaah haji cilik yang pada awalnya telah berkumpul di cawangan masing-masing dan menaiki bas untuk ke tapak program yang terletak di Taman Mawar. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh En Ahamed Tarmizi founder MyBistari Group, kemudian majlis diteruskan dengan taklimat simulasi haji cilik oleh Pn Suhaila.

Setelah selesai taklimat, anak-anak mula dilepaskan mengikut giliran kumpulan panji ke checkpoint rukun haji dimulakan dengan wukuf, mabit, melontar jamrah, tawaf, saie dan diakhiri dengan tahalul.

Pergerakan murid dalam mengerjakan haji cilik berjalan lancar. Sempat juga kami interview beberapa orang ibubapa. Alhamdulillah kami menerima maklum balas yang baik untuk program haji cilik ini. Walaupun haji cilik ini hanya simulasi sahaja tetapi ilmu dan praktikal yang dilakukan dapat memberi pengalaman baru untuk anak-anak.

Suasana sepanjang program juga sangat meriah dengan kehadiran ibubapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak.

Jom lihat gambar-gambar sepanjang program ini di jalankan.



Briefing dahulu sebelum mulakan tugas


Petugas-petugas checkpoint


Sanitasi tangan sebelum masuk ke tapak program


Sarapan dahulu sebelum melakukan ibadah haji


Membaca buku panduan dahulu sebelum menunaikan haji


Penerangan wukuf oleh GB Sahira


Kutip 21 biji batu jangan kurang atau lebih 😊



Melontar jamrah



Checkpoint 4 bertawaf



Checkpoint 5 saie 



Checkpoint 6 bertahalul


Sesi bergambar mengikut panji:-

Panji 1 cawangan Tadika Minda Pintar Bestari dan Tadika Intelek Minda Bestari


Panji 2 cawangan Tadika Nur Pintar Bestari


Panji 3 cawangan TPB Taman Scientex 2


Panji 4 cawangan TPB Taman Mawar

Panji 5 cawangan Tadika Ilmu Pintar Bestari

Panji 6 cawangan TPB Taman Scientex 1

Panji 7 cawangan Tadika Inovasi Bestari

Panji 8 cawangan Taman Kota Masai


Di sini juga saya kongsikan video-video sepanjang program:-













Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibubapa yang hadir memeriahkan lagi suasana program dan sentiasa menyokong kami dalam apa jua program yang kami jalankan. Tujuan kami adakan program-program seperti ini adalah untuk kebaikan dan menambahkan lagi ilmu anak-anak serta memberi pengalaman yang bernilai buat semua anak-anak yang menuntut ilmu di MyBistari Group.


~Sekian terima kasih~

-Puan Azreen-
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon