Thursday, January 14, 2021

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SESI 2021 KAMI MULAKAN.

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Jom daftar masuk kelas!


Akhirnya, sesi persekolahan 2021 dapat juga bermula, Alhamdulillah. Bermacam rasa yang ada. Teruja, risau, takut dan gembira, itu antara perasaan yang bukan hanya dirasai oleh para ibu bapa dan murid, tetapi juga para guru kami.

Walaupun telah menyediakan tadika seperti SOP yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, tetap jua ada sedikit rasa was-was dalam diri kami untuk menyambut murid-murid dan para ibu bapa ke tadika. Terbayang-bayang sudah keadaan suasana hari pertama persekolahan yang sememangnya akan penuh dengan para ibu bapa yang semangat menghantar anak-anak ke tadika,  bukan setakat hantar ke pintu tadika, ada juga yang sanggup tunggu di dalam kelas bersama anak-anak. Kami faham keterujaan para ibu bapa, maklumlah kali pertama anak-anak dilepaskan di bawah jagaan dan bimbingan orang lain, pasti bukan senang bagi mereka untuk melepaskan anak-anak.

Ketika ditugaskan untuk memantau keadaan awal persekolahan di Tadika Ilmu Pintar Bestari, risau juga memikirkan perkara ini. Tetapi Alhamdulillah, para ibu bapa dan penjaga di Tadika Ilmu Pintar Bestari memberikan kerjasama yang baik apabila diminta untuk meninggalkan kelas anak-anak. Terima kasih kami ucapkan. Saya percaya para ibu bapa di tadika lain juga begitu. Marilah kita sama-sama patuh pada SOP yang telah ditetapkan. Semoga dengan ini Covid19 dapat dibendung.  

Di sini saya kongsikan beberapa gambar hari pertama dari setiap tadika di bawah MyBISTARI GROUP.

Mana ya nama anak saya? (TIB)

Kami dah sedia nak belajar ni cikgu. (TIB)

Ok, cukup sabun banyak tu, cuci tangan pula ya. (TIB)

Semoga perjalanan balik ke rumah berjalan lancar. (TIB)

Selepas daftar, murid akan diberi tanda nama. (TIMB)

Mari cikgu terangkan tatacara ke tandas. (TIMB)


Ok, mari kita balik. (TIMB)

Urusan van selepas daftar anak. (TIPB)

Jangan menangis.. kita kat sekolah kejap je.. (TIPB)

Ingat pesan mama, duduk je kat kerusi, jangan lari-lari, jaga SOP. (TIPB)


Whatsapp jap.. "ok anak kita selamat masuk kelas, tak nangis.." (TIPB)

Sila scan dahulu sebelum masuk ke dalam tadika ya puan. (TKM)

Alamak, mana saya letak duit kecil ni eh.. (TKM)

Err.. tu huruf o ke a cikgu? Mata tak berapa jelas.. (TKM)

Duduk sini elok-elok ya! (TKM)

Hai cikgu, hari ini saya mula belajar, jumpa dalam kelas nanti ya. (TM)

Kita ambil gambar kenangan 1st day dahulu. (TM)

Dik, duduk.. jatuh nanti.. (TM)

Ini driver n co driver bukan biasa-biasa. (TM)

Terima kasih kerana menjaga jarak. (TMPB)

Urusan di kaunter van. (TMPB)

Ibu, nak saya buka ke pakai topeng ni? (TMPB)

Murid diajar cara menyusun kasut di rak. (TMPB)

Hasil kerja pertama di tadika, cantik tak? (TNPB)

Tengok ni, papa dah tulis nama dalam ni, jangan tersalah kasut. (TNPB)

Abadikan kenangan hari pertama di sini. (TNPB)

Pastikan anak puan dah siap bila kami sampai ya. (TS1)

Ok, ini nametag awak. (TS1)

Cantik tak lebah saya ni cikgu? (TS1)

Hati-hati naik tangga tu. (TS2)

Alamak, jangan senget.. jangan senget.. (TS2)

Errr.. dah berapa kali saya gosok belakang tangan ni eh? (TS2)

Cuba teka saya nak buat apa ni? (TS2)

Bermula tahun ini juga uniform kami telahpun ditukar ke pattern yang baru. Pertukaran ini kami lakukan secara berperingkat, jadi jangan pelik sekiranya ada tadika yang masih menggunakan uniform yang lama ya.

Contoh uniform baru murid perempuan.

Contoh uniform baru murid lelaki.

Kami kongsikan juga video berkenaan hari pertama persekolahan sesi 2021.



Kami ingin peringatkan sekali lagi di sini, sekiranya anak-anak bergejala (demam / batuk / selsema) tidak perlu hantar anak ke tadika. Sama juga sekiranya keluarga murid adalah contact rapat dengan pesakit Covid19, duduklah sahaja di rumah. Patuhlah pada arahan yang terah dikeluarkan. Elakkan dari wujudnya kluster tadika. Perbanyakkan selawat dan istigfar. Semua ini adalah untuk kebaikan bersama. 

Selamat bersekolah!

#kitajagakita

~Cikgu Norifah~























Thursday, December 31, 2020

PKPB DILANJUTKAN - THROWBACK AWAL SEMESTER 2020

Bismillahirrahmanirrahim.

Aktiviti pertama di permulaan persekolahan.


“PBKB di daerah Johor Bahru dilanjutkan sehingga 14hb Januari 2021”

Allah.. bila sahaja mendapat berita ini, terus terbayang suasana awal semester di tadika kami. Bermakna, tarikh kemasukan untuk sesi 2021 juga terpaksalah kami lanjutkan ke tarikh yang lain. Barulah kini terasa ‘nikmat’ melayan murid-murid baru yang pertama kali menjejakkan kaki ke tadika. Hari pertama dan untuk beberapa minggu yang seterusnya, guru-guru kami bukan sekadar menjadi cikgu, tetapi juga sebagai pelari pecut, pengangkat berat, pakar kaunseling, penyanyi, pelakon dan pelbagai lagi kerjaya.

Penat, sakit.. tapi di penghujung hari, kerenah anak-anak murid inilah yang juga menjadi pengubat dan punca ukiran senyuman di wajah guru-guru kami. Betullah orang kata, kita akan menghargai sesuatu ataupun seseorang apabila kita kehilangan benda tersebut.

Hebatnya cikgu-cikgu ni, walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa mereka hadapi di awal persekolahan, tetap juga diselitkan doa dan kata-kata positif. Contohnya ketika saya melawat ke tadika di awal sesi persekolahan pada tahun yang terdahulu, terlihat seorang guru duduk sambil memeluk anak muridnya, tudung dan jubah basah dek airmata dan hingus anak murid terbabit. Belum sempat saya bertanya, guru tersebut sudah bersuara,

“Cik Ifah, takpe Cik Ifah.. selalunya murid yang kuat nangis ni lah sebenarnya pandai dan jadi wakil tadika kat pertandingan nanti, ya… Aamiin.. Aamiin..” katanya sambil belakang murid itu diusap-usap.

Saya turut mengaminkan doanya. Semoga segala doa dan ilmu yang guru-guru kami curahkan kepada anak-anak murid mendapat keberkatan dariNya.

Di sini kami kongsikan beberapa gambar dan video 'throwback' permulaan sesi pada tahun yang terdahulu.

Beratur tunggu giliran untuk urusan van anak.

Cerita apa tu Cik Din?

Jangan lupa ambil nametagnya.

Lintas jalan elok-elok ya!

OK.. nametag ni jaga baik-baik tau.

Alamak, mama lupa bawa sapu tanganlah.

Hai cikgu, saya dah sampai!

Pastikan alamat dan nombor telefon betul ya.

Ok, jom kita bersuai kenal!

Murid-murid diajar cara mencuci tangan.

Cuba teka nama saya apa?

Jom ikut cikgu nyanyi!

Tadah tangan semua, nak baca doa makan ni.

Sedapnya bekal saya!

Jemput makan semua.

Ok mari nyanyi lagi!

Susun kasut di rak elok-elok ya.

Sesi penerangan penggunaan tandas.

Mari kita kumpul buku aktiviti supaya beg tak berat.

Hati-hati turun tangga ya.

Yeay, dah nak balik dah!

Tunggu nama cikgu panggil baru boleh keluar dari tadika, ok?

Mari sini cikgu bantu naik ke dalam van.


Di sini juga kami kongsikan video permulaan semester pada tahun yang terdahulu.



Jika diikutkan takwim 2020 yang awal, sekarang ini sudahpun bermula sesi persekolahan 2021. Sayangnya, kerana Covid19, pra tadika terpaksa kami tiadakan, permulaan sesi 2021 juga ditunda ke 17hb Januari 2021 (InsyaAllah). Risau sebenarnya memikirkan proses perkembangan pendidikan anak-anak ini. Diharap segalanya dipermudahkan dan kita semua sentiasa di bawah lindunganNya.

Oh ya.. sesi pembayaran dan pengambilan keperluan masih lagi berlangsung sehingga 5hb Januari 2021. Silalah berhubung dengan tadika di mana anak didaftarkan sekiranya ada sebarang persoalan berkenaan dengan sesi ini. Kami ucapkan jutaan terima kasih kerana memilih untuk bersama-sama dengan kami dalam membentuk pendidikan awal anak-anak. Semoga diberi kesempatan untuk kita bersua muka.

Jangan lupa, jaga kesihatan, tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan penting, dan perbanyakkan selawat dan doa agar pandemik ini segera berakhir. 

~Cikgu Norifah~

Monday, December 21, 2020

LET'S BUCKLE UP FOR 2021!

Sesi pengambilan barangan di TNPB

Bismillahirrahmanirrahim.

“Tidaklah ada dari manusia melainkan: diuji dengan keselamatan agar diketahui bagaimana syukurnya, atau diuji dengan sebuah bencana agar diketahui bagaimana sabarnya.” – Ibnu Qayyim

Lama rasanya tidak berkongsi cerita. Mana taknya,perjalanan MyBISTARI GROUP dan juga keseluruhan umat dunia amnya sekarang ini ibarat roller coaster. Selagi pandemik ini tidak berakhir dan tidak dapat dibendung, selagi itulah kita akan berada di  dalam keadaan begini. Hidup dalam ketidakpastian kerana segala-galanya boleh berubah mengikut situasi semasa.

Paling terdekat dengan kami, warga MyBISTARI adalah dengan sesi persekolahan. Pada awalnya memang sedih bila memikirkan yang sesi tahun ini akan berakhir begitu sahaja. Kemudian, diberi sedikit sinar apabila dibenarkan untuk bersekolah semula, makanya pelbagai perancangan (yang pastinya berlandaskan SOP yang ditetapkan) telah dirancang untuk anak-anak murid kami, tetapi sayangnya, di akhir waktu terpaksa kami batalkan juga kerana perintah PKPB diadakan semula. Yang dapat kami laksanakan dalam waktu yang singkat itu hanyalah majlis perpisahan sesi 2020.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak ibubapa dan penjaga yang memberikan kerjasama yang tersangat baik kepada kami ketika majlis itu dilakukan. Lega hati kami kerana dengan bantuan dan sokongan para ibubapa, kami dapat berikan kenangan terakhir murid-murid bersama rakan-rakan dan para guru mereka.

Seperti yang semua sedia maklum, sekarang ini sedang dijalankan sesi pembayaran yuran dan pengambilan barang keperluan 2021. Memandangkan kita masih diancam dengan Covid19, beberapa langkah yang kelihatan drastik, tetapi perlu kami lakukan untuk keselamatan kita semua telah kami terapkan. Antaranya, tidak perlu membawa anak untuk sesi pembelian barang, baju yang telah dibeli tidak boleh ditukar (ini juga berlaku di kedai-kedai pakaian yang lain), pemilihan saiz baju adalah mengikut ukuran yang diberi oleh guru besar. Kami amat berharap para ibubapa kenalpasti dahulu saiz yang sesuai untuk anak sebelum datang untuk membuat pembelian. Bagi ibubapa yang terserempak dengan rakan-rakan atau jiran yang lain ketika membuat pembayaran, diharap agar tidak bersembang panjang di ruang tadika ya. Kerjasama dari pihak ibubapa amat kami hargai.

Wajib scan ini ya sebelum masuk ke tadika.

Sekiranya tiada aplikasi untuk scan, nampak tak buku di bawah tu? Sila isi ya.

Di setiap cawangan ada disediakan meja pendaftaran seperti ini.

Sila semak ya, butiran peribadi anak di sini sementara menanti giliran dipanggil.

Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik.

Ruang menunggu juga mengikut SOP yang ditetapkan.

Diharap para ibubapa membaca setiap memo yang kami naikkan di tadika.

Situasi ketika pengambilan keperluan.

Pemakaian topeng juga wajib ya!

Jangan risau, kami sering sanitisi peralatan yang ada di dalam tadika.

Kami kongsikan juga video himpunan beberapa cawangan berkenaan tatacara pengambilan keperluan 2021.



Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada para ibubapa yang masih memilih untuk bersama kami lagi pada tahun hadapan. Bagi yang baru akan bersama kami untuk tahun hadapan kami ucapkan beribu terima kasih di atas kepercayaan yang diberi. Mari kita sama-sama jaga keselamatan dan kebersihan agar pandemik ini dapat dikekang dan berakhir. Rajin-rajin berdoa dan jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk kita semua.

Insyaallah jumpa nanti di tahun 2021 ya kesayangan semua! Let's buckle up for 2021!

~Cikgu Norifah~


    

Monday, October 19, 2020

JOM LIKE PAGE KAMI

Bismillahirrahmanirrahim.


Wah.. sudah agak lama juga tak dikemaskini blog tadika ini ya. Maafkan kami. Banyak cerita dan aktiviti sebenarnya yang hendak kami kongsikan, sayangnya keadaan dan masa agak terbatas.

Memikirkan cara yang lebih efektif untuk berkongsi aktiviti harian anak-anak di tadika, makanya pihak pengurusan mengambil keputusan untuk mewujudkan FB Page bagi setiap cawangan kami. Maaf sekali lagi sekiranya page yang kami wujudkan itu masih kurang sempurna, maklumlah, baru hendak berjinak-jinak dengan ‘dunia baru’ ini. Masih banyak yang perlu kami pelajari.

Di harap para ibu bapa dan penjaga dapatlah memberi sokongan kepada kami. Sila like, follow, dan share ya! Tolong uar-uarkan kewujudan page kami di alam maya.

Di sini kami kongsikan link ke laman page setiap tadika kami.

Ingin juga kami ingatkan sekali lagi di sini, jaga kesihatan dan sentiasa pantau keberadaan anak-anak. Kita masih lagi di dalam suasana pandemik Covid-19. Jika tiada apa-apa keperluan untuk berada di luar rumah, tak perlu keluar. Jangan berlengah sekiranya kurang sihat, jumpalah doktor untuk dapatkan ubat dan nasihat yang betul.
 
Kita berjumpa di page tadika ya!

~Cikgu Norifah~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon