Bismillahirrahmanirahim..
 |
Cikgu-cikgu TS1 bergambar dahulu sebelum menjalankan tugas |
“Cikgu
bila kita nak pergi lawatan ni? Cikgu nanti kita naik bas ya cikgu? “
Begitulah
persoalan dan keterujaan anak-anak K1 untuk pergi ke lawatan bersama kawan-kawan
dan juga guru. Alhamdulillah segala persiapan berjalan lancar untuk lawatan
kali ini. Cuma apa yang membimbangkan kami adalah cuaca yang tidak menentu. Pada
saat akhir, kami perlu sediakan plan B untuk pertukaran tempat sekiranya hujan pada
hari lawatan tersebut.
Alhamdulillah,
pada hari lawatan cuaca cerah pada waktu pagi dan kami meneruskan perjalanan ke
destinasi yang telah di rancang awal iaitu Adda Height Town Park. Seperti biasa
kami team pengurusan bergerak lebih awal untuk mencari tempat yang sesuai untuk
anak-anak beriadah nanti. Manakala anak-anak dan para guru berkumpul di tadika masing-masing
seawal jam 7.30 pagi.
Lebih
kurang jam 8.30 pagi satu per satu bas tiba di lokasi, anak-anak begitu teruja
melihat pemandangan indah di tempat riadah tersebut. Guru-guru mula membawa
anak-anak untuk duduk beriadah dan sarapan sambil menghirup udara segar.
Tepat jam
9.30 pagi guru-guru mula berkemas dan kumpulkan murid untuk bergerak ke lokasi
seterusnya.
Setibanya kami
di Aeon Mall Tebrau hari mulai mendung, Alhamdulillah, semua murid tiba di lokasi
sebelum hujan turun dan kami di sambut ramah oleh staf-staf Fanpekka yang mengiringi
murid-murid dari tingkat bawah sehinggalah masuk ke fanpekka.
Walaupun mereka
agak gementar kerana kali pertama menerima kunjungan dari tadika lebih daripada
200 orang, tetapi perjalanan aktiviti yang disediakan sangat menyeronokkan
murid-murid.
Aktiviti
dimulakan dengan kemunculan mascot yang diberi nama Tonttu’s. Kemudian murid-murid
diajak menyanyi dan menari bersama Tonttu’s. Seterusnya murid-murid membuat
aktiviti origami kapal.
Para guru
dikejutkan dengan pengumuman penyampaian hadiah kepada guru-guru cemerlang pada
sesi kali ini oleh Puan Suhaila. Seramai 6 orang guru menerima anugerah tersebut,
penyampaian hadiah diberikan oleh founder Mybistari Group sendiri iaitu Puan
Zainun dan diiringi oleh Puan Norafizah. Kategori guru baru cemerlang telah disandang
oleh Cikgu Ain Najwa (TS2), Cikgu Suhana (TNPB) dan Cikgu Atikah (TMPB) manakala
kategori guru lama cemerlang telah disandang oleh Cikgu Nurhafiqa (TKM), Cikgu
Nurdini (TIPB) dan Cikgu Nur Hidayah (TS1). Tahniah kepada semua penerima
anugerah guru cemerlang semoga terus tingkatkan lagi prestasi dalam mendidik
anak-anak.
Usai sudah
penyampaian hadiah, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi bergambar mengikut
cawangan. Sambil menunggu giliran bergambar murid-murid bebas bermain di dalam
kawasan Fanpekka. Paling menyeronokkan apabila mereka berpeluang untuk bermain
jual beli. Disamping itu, ada juga yang tidak lepaskan peluang untuk menjadi
posmen menghantar surat ke peti-peti yang disediakan. Alhamdulillah seronok murid-murid
dapat bermain pelbagai permainan dan melakukan pelbagai aktiviti.
Pejam celik,
pejam celik jam menunjukkan 1.30ptg, sudah tiba masanya untuk kami bergerak
pulang.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah trip kali ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan
segala urusan kami.
Di sini
saya kongsikan beberapa gambar sepanjang lawatan K1.
 |
Ketibaan murid ke lokasi pertama Adda Height Town Park |
 |
Murid berjalan ke tapak riadah |
 |
Anugerah guru terbaik. Tahniah!! |
.jpeg) |
Origami kapal ⛵ |
.jpeg) |
Kebersihan perlu di jaga pakai handsanitizer sebelum bermain |
 |
Cikgu turut membantu anak-anak membuat origami |
.jpeg) |
Saya la Tonttu's |
Waaa jual aiskrim ke tu.
.jpeg) |
Tak ada orang nak singgah ke kedai saya? |
 |
Abang posmen hantar surat la |
.jpeg) |
Saya lah raja pada hari ini 😂 |
 |
Dah penat bermain lapar pula 😅 |
 |
Seronoknya bermain!! |
.jpeg) |
Pelanggan sedang menikmati hidangan |
 |
Duit tukar habis ke tu 😂 |
.jpeg) |
Saya nak naik juga kuda kayu ni. |
 |
Eh kenapa burger macam tu??hihi
|
Di sini juga saya ingin kongsikan video-video sepanajang lawatan K1
Persiapan lawatan K1
Begitulah ragam anak-anak sepanjang lawatan. Alhamdulillah anak-anak sangat seronok dan teruja sepanjang lawatan.
Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf Fanpekka yang memberikan layanan yang sangat baik. InshaAllah ada rezeki kita akan berjumpa lagi.
Sekian terima kasih