Thursday, September 7, 2023

PUPPET HAIWAN

 

Assalamualaikum.

Jom bermain puppet.

Apa ya aktiviti anak-anak pada minggu ini?

Baiklah pada minggu ini anak-anak didedahkan dengan permainan puppet haiwan untuk subjek Pendidikan Jasmani.

Apa itu puppet haiwan?

Puppet haiwan adalah sejenis boneka atau figura berupa haiwan atau apa-apa jenis benda lain untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain untuk persembahan.

Tujuan kami mengadakan permainan ini adalah untuk anak-anak meningkatkan daya keyakinan anak-anak dalam berkomunikasi bersama kawan-kawan, disamping menonjolkan daya kreativiti anak-anak dalam mencipta dialog untuk melakonkan watak yang diberi.

Selari dengan tunjang komunikasi yang ingin diketengahkan iaitu menunjukkan kebolehan murid melalui pelbagai kaedah komunikasi serta bercerita dan memberi pendapat dengan yakin.

Aktiviti ini telah dijalankan di kesemua cawangan di Mybistari Group pada minggu ini.

Jom kita lihat gambar aktiviti murid.

Pak Belang yang garang baham zirafah. (TH Intelek)

Dialog apa yang sesuai. (TH Intelek)

Harimau yang manja. (TH Genius)

Katak si katak lompat. (TH Genius)


Wah, seronok bermain secara berkumpulan. (TH Inovasi)

Saya nak juga puppet. (TH Inovasi)

Sebelum bermain jom ambil gambar dahulu. (TH Jaya)

Cikgu, saya comel atau puppet yang comel? (TH Jaya)

Watak-watak haiwan yang perlu dilakonkan. (TH Cemerlang)
Cikgu ni puppet anak ayam ke anak itik? (TH Cemerlang)


Cikgu, saya nak buat apa dengan puppet ini? (TH Bijaksana)

Comelnya semua. (TH Bijaksana)


Jom kita lihat pula video anak-anak untuk aktiviti puppet haiwan.



Baiklah sampai di sini sahaja blog kita pada hari ini. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik untuk anak-anak lakukan nanti.

Jom follow, like, comment & share.😍

Sekian, terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~


Wednesday, August 30, 2023

ERATKAN SILATURRAHIM

 

Bismillahirrahmanirrahim


“Cikgu, kenapa tadika tukar nama?”

“Cikgu, tadika ni dah jual dengan orang lain ke?”

Begitulah antara soalan-soalan dari ibu bapa kepada guru dan juga guru besar sepanjang sesi hari terbuka berlangsung. Kebanyakan ibu bapa risau jika pengurusan bertukar, risau jika sistem pembelajaran tidak sama seperti dahulu.

Ibu bapa tidak perlu risau, untuk pengetahuan ibu bapa walaupun nama tadika bertukar tetapi pengusaha dan pengurusan masih orang yang sama. Kami hanya ingin menjenamakan semula tadika-tadika di bawah MyBistari Group sahaja setelah 25 tahun perkhidmatan kami dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. 

Alhamdulillah, selesai sudah hari terbuka penilaian semester 1 bagi sesi 2023 yang telah berlangsung pada 27 dan 28hb Ogos yang lepas. Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid Mybistari Group yang telah mendapat keputusan cemerlang. Bagi murid-murid yang kurang menyerlah pada semester 1 ini, janganlah berputus asa masih ada lagi peluang untuk berjaya di masa akan datang.

Untuk hari terbuka pada kali ini, saya berpeluang pergi ke beberapa buah cawangan. Cawangan pertama yang saya kunjungi adalah Tadika Hebat Bijaksana di Jalan Kijang. Teruja saya melihat dekorasi photobooth di tadika ini, usaha guru-guru untuk menyiapkan hiasan walaupun dalam waktu yang suntuk tetap kelihatan cantik dan meriah. Tahniah! cikgu-cikgu Tadika Hebat Bijaksana.

Bermula jam 8.00 pagi ibu bapa mula membanjiri kawasan tadika untuk mengambil keputusan anak-anak. Walaupun hari terbuka ini tidak semeriah seperti tahun sebelumnya namun setiap minit ada sahaja ibu bapa yang hadir. Yela kami faham cuti sekolahkan, waktu ini sahaja ibu bapa dapat luangkan masa bersama anak-anak untuk pergi bercuti, Hihihi

Seterusnya, saya telah pergi ke cawangan Tadika Hebat Genius, TM dan Tadika Hebat Inovasi, TBD. Lain pula ceritanya di tadika ini. Di Taman Mawar ibu bapa tidak putus-putus, semakin waktu menginjak ke tengah hari ibu bapa semakin ramai yang datang manakala di Taman Bukit Dahlia pula sedikit suram apabila kedatangan ibu bapa kurang memberangsangkan. Mungkin saya hadir lewat kot. Hihihi

Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa hadir ke tadika untuk bersama-sama kami berkongsi tentang prestasi anak-anak. Ambillah peluang ini untuk berjumpa dengan guru kelas anak-anak dan dengarlah perkongsian daripada guru-guru sepanjang sesi PDP semester 1 berlangsung, disamping itu dapat mengeratkan lagi ukhuwah dengan guru-guru di Mybistari Group.

Jom lihat koleksi gambar sepanjang hari terbuka ini berlangsung.

Sebelum ibu bapa hadir, jom kita bergambar dahulu. (THB Kijang)

Ininya keputusan anak encik dan puan. (THB Kijang)

Cikgu menyambil siapkan tugasan untuk semester kedua sementara menunggu ibu bapa.
(THB Kijang)

Alhamdulillah, generasi keempat bersekolah di sini. Terima kasih kerana memberi
kepercayaan kepada kami lagi untuk mendidik anak-anak tuan dan puan. (THB Kijang)

Papan notis keputusan murid di Tadika Hebat Genius, TM.

Cikgu Tamizi sempat lagi beramah mesra dengan bapa murid. (THG Taman Mawar)

Fokus ibu bapa mendengar penerangan guru. (THG Taman Mawar)

Ok kan ayah, keputusan saya? (THI Dahlia)

Sementara menunggu kehadiran ibu bapa cikgu-cikgu sempat bergambar.
(THI Dahlia)

Mana nama saya ibu? (THI Dahlia)

Ceria cikgu-cikgu di Tadika Hebat Intelek, Tiong.

Macam mana ya cikgu prestasi anak saya. (THI Tiong)

Bersemangat Cikgu Fatin berkongsi prestasi anak murid. (THI Tiong)

Sebelum masuk, isi dahulu buku pelawat dan ambil nombor giliran (THC Serindit)

Sabar menunggu giliran ya ibu-ibu. (THC Serindit)

Tidak putus-putus ibu bapa yang hadir ke tadika. (THC Serindit)

Bergambar kenangan sebelum pulang ke rumah. (THC Serindit)

Bukan ibu bapa yang berdebar, cikgu pun berdebar juga. (THI Mangga)


Cikgu Nurin ceria menunggu kehadiran ibu bapa. (THI Mangga)

Tahniah anak encik dapat kedudukan yang baik di dalam kelas. (THI Mangga)

Malu-malu anaknya nak bergambar. (THI Mangga)

Pandai juga anak ibu jawab soalan. (THJ Pulasan)


Apa la yang dibincangkan tu? seronoknya. (THJ Pulasan)

Tahniah di atas keputusan cemerlang. (THJ Pulasan)

Ibu dan ayah berbincang untuk berikan komen di google form. (THP Taman Rinting)

Abang ambil nombor cikgu bagi tu. (THP Taman Rinting)

Busy GB Amira kemaskini kad yuran. (THP Taman Rinting)

It's a wrap. (THP Taman Rinting)








Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada semua guru-guru di Mybistari Group yang bertungkus lumus dalam membuat persiapan hari terbuka. Anda semua memang terbaik!!

Sekian sahaja coretan blog pada kali ini. Saya wakil dari Mybistari Group memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan kami sepanjang sesi hari terbuka ini dijalankan.


Sekian terima kasih. 🌹

~Cikgu Azreen~

Monday, August 21, 2023

KEISTIMEWAAN KELAS BISTARI

 

Assalamualaikum.


“Cikgu saya dah penat la.”

“Cikgu ada kerja kosong tak? saya dah boleh ajar sempoa ni.

“Cikgu seronoklah belajar sempoa”.

Jika sebelum ini kami melayan kerenah dan keletah anak-anak, tetapi pada kali ini kami melayan keletah ibu bapa pula dalam latihan sempoa. Hihihi

Alhamdulillah dua slot Program Penerangan Kelas Bistari dan Teknik Pengajaran Sempoa telah berlangsung dengan jayanya pada 13hb & 19hb Ogos 2023 yang lepas. Tahniah! kepada anak-anak yang terpilih memasuki kelas Bistari.

Anak-anak yang hebat lahir dari ibu  bapa yang hebat. Terima kasih ibu bapa yang masih mengambil berat tentang pendidikan anak-anak. Coraklah anak-anak dari kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kerana tidak ada anak-anak yang lahir terus pandai kitalah ibu bapa yang perlu membimbing anak-anak supaya menjadi anak-anak yang hebat dunia dan akhirat.

Program dimulakan dengan penerangan keistimewaan kelas Bistari oleh Cikgu Tamizi. Banyak perbezaan antara kelas bistari dan kelas normal, sebab itulah kami mengadakan program ini untuk memberi penerangan dengan lebih jelas lagi tentang hala tuju kelas Bistari ini sebelum ibu bapa memberi persepsi yang negatif. Tujuan kami mewujudkan kelas bistari adalah untuk menggarap potensi serta pendedahan PDP mengikut tahap kebolehan yang ada pada anak-anak bukan untuk melakukan diskriminasi antara anak-anak yang lain. Kami hanya melihat potensi dan kebolehan yang ada pada anak-anak untuk lebih dikedepankan lagi.

Banyak faktor yang di ambil kira sebelum anak-anak ini dipilih memasuki kelas Bistari, antaranya adalah anak-anak perlu melepasi buku 6 Bacalah Anakku, tiada permasalahan dalam kerja rumah yang diberikan, murid memberi tindakbalas yang memberangsangkan dalam sesi PDP, tiada perancangan untuk berpindah ke tempat lain serta komitmen dan kerjasama dari ibu bapa. Jika anak-anak memenuhi syarat-syarat di atas maka layaklah mereka masuk ke kelas Bistari ini.

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan teknik pengajaran sempoa selepas rehat 30 minit. Ibu bapa pada sesi kali ini sangat-sangat bersemangat untuk mempelajari ilmu sempoa. Yela, sebelum ajar anak-anak ibu bapa mestilah belajar dahulu, tidak adalah nanti anak-anak cakap cikgu sahaja yang ajar betul. Hihihi

Sesi pengajaran sempoa ini juga dikendalikan oleh Cikgu Tamizi. Lain macam stamina Cikgu Tamizi pada program kali ini, dari pagi sehingga ke tengah hari tambah pula dapat "anak murid dewasa" yang memberi kerjasama dan bersemangat untuk mempelajarinya sampai masa sudah tamat pun tidak perasan. Hihi maaf ya ibu bapa terpaksa balik lewat dari masa yang ditetapkan. 

Bukan ilmu sempoa sahaja yang ibu bapa dapat, malah pada slot yang kedua ini Cikgu Tamizi sempat kongsikan ilmu tambahan kepada ibu bapa tentang tambah dan tolak nombor 1-99 menggunakan jari. 

Semoga ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh Cikgu Tamizi ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa.

Jom lihat gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.



Sebelum masuk ke dewan daftar dahulu. (Slot 1)

Puan boleh duduk di sana ya. (Slot 1)

Cikgu Amalina dan Cikgu Shafiqah bersedia untuk menerima kehadiran ibu bapa. (Slot 2)

Tandatangan sebagai bukti kehadiran ibubapa. (Slot 2)

Bersemangat Cikgu Tamizi memberi penerangan kepada ibu bapa. (Slot 2)

Full house dewan dengan kehadiran ibu bapa. (Slot 2)

Kehadiran ibu bapa pada slot yang pertama.

Tahniah ibu dan ayah yang sudi hadir ke program ini. (Slot 1)

Jom rehat dahulu.

Dah ready nak belajar sempoa?

Semangat bapa yang tak pernah kendur.


Apa la tu yang dibincangkan.

Para guru juga turun padang untuk memantau ibu bapa membuat latihan sempoa.

Puan Zainun juga tidak lepaskan peluang memantau progres ibu bapa.

Program-program sebegini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan juga guru.

Fokus 120% ibu-ibu membuat latihan sempoa.😁😁

Para bapa juga tidak kurang hebatnya membuat latihan sempoa.

Guru dan staf yang bertugas pada slot pertama (13.8.2023).

Guru dan staf bertugas pada slot kedua (19.8.2023).

















Apalagi...Jom follow, like, comment and share 😍😍

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini dijalankan. Saya mewakili pihak Mybistari Group mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang program ini dijalankan.

Sekian, Terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon