Monday, August 21, 2023

KEISTIMEWAAN KELAS BISTARI

 

Assalamualaikum.


“Cikgu saya dah penat la.”

“Cikgu ada kerja kosong tak? saya dah boleh ajar sempoa ni.

“Cikgu seronoklah belajar sempoa”.

Jika sebelum ini kami melayan kerenah dan keletah anak-anak, tetapi pada kali ini kami melayan keletah ibu bapa pula dalam latihan sempoa. Hihihi

Alhamdulillah dua slot Program Penerangan Kelas Bistari dan Teknik Pengajaran Sempoa telah berlangsung dengan jayanya pada 13hb & 19hb Ogos 2023 yang lepas. Tahniah! kepada anak-anak yang terpilih memasuki kelas Bistari.

Anak-anak yang hebat lahir dari ibu  bapa yang hebat. Terima kasih ibu bapa yang masih mengambil berat tentang pendidikan anak-anak. Coraklah anak-anak dari kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kerana tidak ada anak-anak yang lahir terus pandai kitalah ibu bapa yang perlu membimbing anak-anak supaya menjadi anak-anak yang hebat dunia dan akhirat.

Program dimulakan dengan penerangan keistimewaan kelas Bistari oleh Cikgu Tamizi. Banyak perbezaan antara kelas bistari dan kelas normal, sebab itulah kami mengadakan program ini untuk memberi penerangan dengan lebih jelas lagi tentang hala tuju kelas Bistari ini sebelum ibu bapa memberi persepsi yang negatif. Tujuan kami mewujudkan kelas bistari adalah untuk menggarap potensi serta pendedahan PDP mengikut tahap kebolehan yang ada pada anak-anak bukan untuk melakukan diskriminasi antara anak-anak yang lain. Kami hanya melihat potensi dan kebolehan yang ada pada anak-anak untuk lebih dikedepankan lagi.

Banyak faktor yang di ambil kira sebelum anak-anak ini dipilih memasuki kelas Bistari, antaranya adalah anak-anak perlu melepasi buku 6 Bacalah Anakku, tiada permasalahan dalam kerja rumah yang diberikan, murid memberi tindakbalas yang memberangsangkan dalam sesi PDP, tiada perancangan untuk berpindah ke tempat lain serta komitmen dan kerjasama dari ibu bapa. Jika anak-anak memenuhi syarat-syarat di atas maka layaklah mereka masuk ke kelas Bistari ini.

Seterusnya, program diteruskan lagi dengan teknik pengajaran sempoa selepas rehat 30 minit. Ibu bapa pada sesi kali ini sangat-sangat bersemangat untuk mempelajari ilmu sempoa. Yela, sebelum ajar anak-anak ibu bapa mestilah belajar dahulu, tidak adalah nanti anak-anak cakap cikgu sahaja yang ajar betul. Hihihi

Sesi pengajaran sempoa ini juga dikendalikan oleh Cikgu Tamizi. Lain macam stamina Cikgu Tamizi pada program kali ini, dari pagi sehingga ke tengah hari tambah pula dapat "anak murid dewasa" yang memberi kerjasama dan bersemangat untuk mempelajarinya sampai masa sudah tamat pun tidak perasan. Hihi maaf ya ibu bapa terpaksa balik lewat dari masa yang ditetapkan. 

Bukan ilmu sempoa sahaja yang ibu bapa dapat, malah pada slot yang kedua ini Cikgu Tamizi sempat kongsikan ilmu tambahan kepada ibu bapa tentang tambah dan tolak nombor 1-99 menggunakan jari. 

Semoga ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh Cikgu Tamizi ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa.

Jom lihat gambar dan video sepanjang program ini dijalankan.



Sebelum masuk ke dewan daftar dahulu. (Slot 1)

Puan boleh duduk di sana ya. (Slot 1)

Cikgu Amalina dan Cikgu Shafiqah bersedia untuk menerima kehadiran ibu bapa. (Slot 2)

Tandatangan sebagai bukti kehadiran ibubapa. (Slot 2)

Bersemangat Cikgu Tamizi memberi penerangan kepada ibu bapa. (Slot 2)

Full house dewan dengan kehadiran ibu bapa. (Slot 2)

Kehadiran ibu bapa pada slot yang pertama.

Tahniah ibu dan ayah yang sudi hadir ke program ini. (Slot 1)

Jom rehat dahulu.

Dah ready nak belajar sempoa?

Semangat bapa yang tak pernah kendur.


Apa la tu yang dibincangkan.

Para guru juga turun padang untuk memantau ibu bapa membuat latihan sempoa.

Puan Zainun juga tidak lepaskan peluang memantau progres ibu bapa.

Program-program sebegini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan juga guru.

Fokus 120% ibu-ibu membuat latihan sempoa.😁😁

Para bapa juga tidak kurang hebatnya membuat latihan sempoa.

Guru dan staf yang bertugas pada slot pertama (13.8.2023).

Guru dan staf bertugas pada slot kedua (19.8.2023).

















Apalagi...Jom follow, like, comment and share 😍😍

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini dijalankan. Saya mewakili pihak Mybistari Group mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang program ini dijalankan.

Sekian, Terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon