Tuesday, August 15, 2023

APA ITU MURID BERKEPERLUAN KHAS?

 

Poster kursus selama 3 hari di Melaka.


Bismillahhrrahmanirrahim

أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلا ذكرُ الله وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Rasulullah bersabda: 

Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya melainkan zikir kepada Allah dan apa yang dicintai oleh Allah, orang alim dan penuntut ilmu. (Riwayat at-Tirmidzi)

 

Peluang yang ada di depan mata janganlah kita sia-siakan. Begitulah kami, apabila diberi peluang untuk menghadiri Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Khas yang julung-julung kali diadakan di Malaysia anjuran PPD Pasir Gudang yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 9hb sehingga 11hb Ogos 2023 bertempat di Swan Garden Hotel & Resort, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Seramai 10 orang wakil yang terdiri daripada staf pengurusan dan guru besar cawangan yang sertai kursus ini, termasuklah majikan kami Pn Zainun yang tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kursus dan sekaligus dilantik sebagai Penghuluwati program dengan persetujuan peserta kursus yang lain. Hihihi famous bos kami.

Perjalanan kami ke tempat kursus ini bermula seawal jam 5 pagi pada 9hb Ogos 2023. Jika ikut perancangan Pn Zainun akan bergerak bersama kami ke Melaka tapi apakan daya, kami hanya mampu merancang sahaja. Kami telah menerima perkhabaran duka dari Pn Zainun yang kematian ibu saudaranya di Dengkil. Al-Fatihah untuk Al-marhumah semoga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Lebih kurang jam 9 pagi kami telah sampai ke destinasi dan kedatangan kami di sambut mesra oleh Encik Norafazi Penolong Pegawai Unit Swasta Daerah Pasir Gudang.

Pada hari pertama, kursus kami bermula pada 10.30 pagi sehingga 10 malam. Walaupun penat dan mengantuk dek kerana tak cukup tidur kami tetap bersemangat untuk menuntut ilmu dengan slot-slot kursus yang menarik untuk dipelajari.

Hari kedua kursus pula bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Hihihi dapatlah kami meronda Bandar Melaka pada malam hari.

Slot pada hari kedua ini, lebih banyak aktiviti berkumpulan iaitu setiap kumpulan perlu membuat rancangan pengajaran harian (RPH), rancangan pengajaran individu (RPI) dan perlu berbincang idea lakonan micro teaching untuk dibentangkan dihadapan fasilitator kami.

Niat untuk meronda kami hilang, apabila saya dapat tugasan dari penghuluwati Pn Zainun untuk sediakan video berkaitan kursus sepanjang 2 hari untuk ditayangkan pada majlis penutup. Tugas saya dimudahkan lagi dengan bantuan Cikgu Norifah yang bersama-sama saya untuk mengedit video. Alhamdulillah video kami mendapat pujian ramai. Terharu kami mendengarnya.

Selain itu, kami juga turut berbangga salah seorang dari kami telah terpilih untuk ditugaskan menjadi pengacara majlis iaitu Pn Faridah, Penyelia di Mybistari Group. Wah! Dah lebarkan sayap sampai ke Melaka ya untuk pengacaraan. Hihihi

Syukur kepada Allah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Untuk pengetahuan semua, kursus ini telah disertai seramai 140 orang yang terdiri daripada guru dan pengusaha tadika swasta daripada Pasir Gudang dan Batu Pahat. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang murid berkeperluan khas dan teknik pengajaran dan pembelajaran murid-murid ini.

Apa itu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)?

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas bermaksud murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta.

Kategori murid MBPK adalah autisme, attention deficit hyperactive disorder (ADHD), perkembangan lewat, sindrom down, palsi sereberal dan disleksia.

Mengikut statistik, Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang mempunyai jumlah murid berkeperluan khas yang paling ramai didaftar setakat tahun ini.

Banyak perkongsian ilmu oleh fasilitator-fasilitator kami yang terdiri daripada Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang ini yang diketuai oleh Dr. Asnorhisham Adam dan  guru-guru hebat Pendidikan Khas iaitu Encik Mohd Aizuddin, Pn Norzila dan Pn Nurul Azura.

Perkongsian ilmu ini, banyak memberi manfaat kepada kami untuk membuat persediaan dalam mengurus dan mengajar anak-anak berkeperluan khas, walaupun di Mybistari jumlah murid berkeperluan khas adalah rendah tetapi ilmu ini sangat penting untuk kami pada masa akan datang.

Jom lihat gambar dan video sepanjang kami berkursus.


Jam 5 pagi, sempat bergambar dahulu sebelum bertolak ke Melaka.

Singgah ke RNR Machap dahulu untuk solat subuh dan sarapan pagi.


Alhamdulillah selamat sampai ke lokasi program untuk mencerap ilmu. (Semoga Allah beri mudah)

Edisi khas SKPK yang kami dapat untuk kursus ini.

Full house dewan. (Sambutan yang menggalakkan)

Kami antara peserta yang tiba awal. (Memang bersemangat)

Kumpulan yang terpilih sahaja untuk membuat pembentangan pada hari pertama.

Sibuk masing-masing siapkan tugasan yang diberikan oleh fasilitator.

Khusyuknya semua.Hihihi

Micro teaching kumpulan Pn Zainun.

Micro teaching kumpulan 4 Cikgu Siti Rugayah,
Cikgu Amira Syahirah dan Cikgu Nurshafiqah.

Micro teaching Kumpulan 3 Cikgu Suhaila, Cikgu Norifah, Cikgu Salasiah
Cikgu Intan Fazira, Cikgu Faridah dan saya Cikgu Azreen.

Cikgu Aizuddin, fasilitator kami yang banyak kongsi ilmu.


Emcee kami, Pn Faridah.

Alhamdulillah cukup makan duduk di sini. Hihihi



Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Tuan Hj Kuswandi Bin Tayen.

Tahniah dan terima kasih juga kpd yg berusaha En.Afazi yg merealisasikan permintaan pengusaha2 tadika dan berjaya menganjurkan KURSUS ASAS PDP PENDIDIKAN KHAS yg berkolaborasi dgn unit pendidikan swasta, sektor pengurusan sekolah dan unit pendidikan khas, sektor pembelajaran PPD PG.

Alhamdulillah tamat sudah kursus. Terima kasih tenaga pengajar kami
dalam perkongsian ilmunya.

Sijil ini sangat berharga.

Yeahhh we did it!!

Okay dah jom balik Pasir Gudang.

Alhamdulillah selamat sampai ke Pasir Gudang.

Tukar kereta untuk pulang ke rumah masing-masing.







Apalagi...jangan lupa support kami!! Jom follow, like, comment, share and subcribe.

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

0 comments:

Post a Comment

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon