|
Wahhh banyaknya Ikan Koi. |
Assalamualaikum.
Di mana ya
tempat menarik di Johor untuk lawatan kanak-kanak tadika?
Puas sudah
kami fikirkan untuk lawatan murid K2 pada tahun ini. Kebanyakan tempat-tempat
yang pernah kami lawati telah pun di tutup. Zoo Johor juga masih di tutup untuk
proses baikpulih. Jika ada pun tidak boleh masuk dalam jumlah yang ramai.
Almaklumlah Mybistarikan ada 8 cawangan sudah pastinya murid yang sertai
lawatan juga ramai. Semestinya kami memerlukan tempat dan kawasan yang luas
untuk trip lawatan murid.
Alhamdulillah,
dengan cadangan oleh beberapa orang ibu bapa, pihak kami telah membuat keputusan
untuk membawa anak-anak murid K2 ke Desaru Mini Zoo selepas kami membuat survey
di kawasan tersebut. Baru kami tahu di Desaru ada tempat menarik dan sesuai untuk
kunjungan anak-anak tadika.
Pelbagai jenis
haiwan yang ada di sini untuk tontonan anak-anak. Selain itu, terdapat juga pelbagai
aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti feeding animals, touch
animals, catch fish, spa fish dan horse riding. Tetapi untuk lawatan murid
pada kali ini, hanya aktiviti feeding dan touch animals sahaja
yang dilakukan. Hal ini adalah kerana aktiviti-aktiviti lain memerlukan
tambahan bayaran bagi setiap aktiviti. Hihihi
Pelbagai
keletah dan gelagat anak-anak sepanjang sesi lawatan ini. Ada murid yang berani
dan ada juga murid yang takut-takut nak sentuh haiwan. Hihihi
Trip pada
kali ini seramai 202 orang murid dan 61 orang guru yang sertai lawatan.
Alhamdulillah sepanjang lawatan ini cuaca sangat baik sehingga tamat sesi lawatan.
Terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan urusan kami.
Baiklah
setelah hampir 4 jam anak-anak di Desaru Mini Zoo, tepat jam 12.00 tengah hari
kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Mutiara Bay yang terletak di Batu
Layar.
Di sini
anak-anak hanya melakukan aktiviti santai, makan tengah hari dan aiskrim
sebagai desert tambahan setelah penat berjalan di Desaru Mini Zoo sambil menghirup
udara segar tepi pantai, terapi sebelum Peperiksaan Semester 1 la katakan
yang akan bermula pada Rabu ini. Hihihi
Seterusnya, pihak kami telah menyediakan beberapa soalan berkaitan haiwan-haiwan yang terdapat di Desaru Mini Zoo untuk pertandingan kuiz antara guru dan murid yang diadakan selepas murid berehat.
Hebat-hebat semuanya menjawab soalan. Mungkin senang sangat kot soalan yang kami buat. Hihihi
Jom kita lihat gambar-gambar dan video sepanjang lawatan ini.
|
Amboi fokusnya mendengar penerangan dari staf Desaru Mini Zoo.
|
|
Seronok bagi ikan makan. |
|
Jom bergambar dulu.Hihihi |
|
Awak comelkan arnab ni? |
|
Lembutnya bulu kambing. |
|
Teringat kampung halaman ke tu. Unta ni baru sampai sehari sebelum lawatan kami. |
|
Wah beraninya pegang kambing macam tu. |
|
Takut-takut tapi nak pegang juga landak tu. Hihihi |
|
Hendak bagi ayam makan kena masukkan di sini. |
? |
Cikgu ada haiwan apa dalam kandang ni? |
|
Tunggu giliran nak pegang anak ayam. |
|
Besarnya ayam ini. |
|
Apa la tu Cikgu Shawa dengan angsa pun jadi nak berkomunikasi.
|
|
Comelya kucing dekat sini. |
|
Okay adik-adik nama kuda ini Shawal. |
|
Ini namanya bearded dragon bukan iguana tau. |
|
Cikgu, saya takut la dengan kambing ni. |
|
Hati-hati ya adik-adik. Terima kasih staf Desaru Mini Zoo menjaga keselamatan murid-murid. |
|
Berselera lembu ini makan ya. |
|
Kusyuk anak-anak TIB melihat unta. |
|
Okay adik-adik ini ferret. Hobi ferret suka tidur.Hihihi |
|
Tadika Pintar Bistari Taman Mawar. |
|
Tadika Inovasi Bestari. |
|
Tadika Nur Pintar Bestari. |
|
Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2. |
|
Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai. |
|
Tadika Ilmu Pintar Bestari. |
|
Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1. |
|
Tadika Intelek Minda Bestari. |
|
Amboi sedapnya makan aiskrim cuaca panas-panas.Hihihi |
|
Jom kita makan dahulu. |
|
Berselera semuanya makan. |
|
Sebelum makan baca doa dahulu. |
|
Pemudahcara kami gandingan yang mantap Cikgu Najwa dan Cikgu Juliana. |
|
Semangat semuanya hendak jawab soalan. |
|
Fikir-fikir apa jawapannya. Hihihi |
|
Tahniah anak-anak yang berjaya menjawab soalan. |
|
Hebat semuanya. |
|
Tahniah juga kepada guru-guru yang berjaya menjawab soalan. |
Setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Desaru Mini Zoo yang sudi menerima lawatan kami dan menjadi tour guide terbaik untuk anak-anak murid kami dengan info-info yang menarik tentang haiwan-haiwan untuk ilmu pengetahuan murid-murid.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk membawa anak-anak ini untuk pergi lawatan. Semoga lawatan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua anak-anak Mybistari.
Sekian terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment