|
Dekorasi yang cantik untuk bergambar. |
Assalamualaikum.
Dalam kesibukan
untuk membuat persiapan trip lawatan untuk murid K1, sempat lagi kami team pengurusan
mencuri masa untuk membuat survey tempat untuk lawatan murid K2 pada 12 Julai
2023, Rabu.
Kebiasaannya
kami akan membawa murid K2 dahulu tetapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan
kami terpaksa tunda tarikh lawatan daripada tarikh asal iaitu 19 Mei 2023. Hal
ini disebabkan keadaan cuaca yang panas terik merisaukan kami untuk membawa
anak-anak berjalan.
Setiap
perancangan yang Allah sudah aturkan, semestinya ada hikmah dan kebaikan yang
tersembunyi yang telah terjawab pada hari ini. Di mana kami akan membawa anak-anak
ke tempat baharu iaitu Desaru Mini Zoo.
Jika ibu
bapa hendak tahu, sudah banyak kali lokasi trip lawatan ini ditukar daripada
Sinaran Agro Farm ke Ladang Burung Unta sehinggalah ada ibu bapa yang memberikan
cadangan untuk membawa anak-anak ke Desaru Mini Zoo.
Seperti
biasalah, sebelum membawa anak-anak, kami akan pergi survey dahulu kawasannya.
Adakah bersesuaian ataupun tidak untuk anak-anak murid kami?
Pada hari
tersebut, saya Bersama Puan Zainun, Cik Norifah, Puan Suhaila dan Encik Tamizi
telah pergi ke Desaru Mini Zoo. Alangkah terkejutnya kami, masih lagi ada
tempat yang menarik dan cantik untuk di lawati di Johor ini. Terima kasihlah
kepada ibu bapa yang mencadangkannya memang sesuai sangat untuk anak-anak murid
kami.
Alhamdulillah
kami disambut dengan baik oleh staf-staf di sana dan tour guide kami iaitu
Encik Khai yang peramah telah membawa dan memberikan penerangan yang baik dan
jelas tentang haiwan-haiwan yang terdapat di mini zoo ini kepada kami.
Tanpa
memikir panjang terus sahaja Puan Zainun berurusan dengan pihak Desaru Mini Zoo
untuk membawa anak-anak murid kami pada 28 Julai nanti. Segala urusan kami
dipermudahkan pihak mini zoo pun memberitahu waktu operasi boleh diawalkan khas
untuk lawatan ini pada jam 8.00 pagi. Syukur alhamdulillah dengan izin-Nya
anak-anak tidak la berpanas di sana.
Setelah confirm
tempat lawatan, kami team pengurusan tanpa berlengah lagi terus berbincang
tentang tentatif lawatan dan aktiviti yang akan dijalankan nanti.
Persiapan untuk
lawatan juga berjalan lancar dan dipermudahkan dengan kerjasana semua team
pengurusan dan guru-guru kami untuk menjayakan lawatan ini.
Jom kita
lihat gambar dan video survey dan persiapan kami sebelum lawatan.
|
Waktu operasi 10.00 pagi tetapi untuk lawatan kami khas 8.00 pagi di buka. |
|
Apalagi jom la kita bergambar dulu. Hihi |
|
Checkpoint pertama. |
|
Cantik-cantik burung merak di sini. |
|
Inilah Encik Khai tour guide kami. |
|
1500 ekor Ikan Koi yang ada di dalam kolam ini. |
|
Burung unta menunggu makanan. Hihihi |
|
Eh nak keluar kandang ke tu. |
|
Ini Jep. Hensemkan rambut belah tengah. Hihihi |
|
Ingat Cameron je ada Alpaka, Johor pun ada tau. Hihihi |
|
Biri-biri yang kekurangan bulu. |
|
Ferret hobinya tidur. |
|
Comelnya anak itik. |
|
Alaaa comelnya landak ni. |
|
Cik Norifah bersama bearded dragon. |
|
Supervisor membuat pantauan. Hihihi |
|
Nak tunggang kuda ni berat 60 kg ke bawah. |
|
Alaa sorry kami tak bawa makanan la rusa. |
|
Lembu fresian yang di import khas dari luar negara. |
|
Di sini pun ada kura-kura. |
|
Racon yang jinak. |
|
Besar-besar ayam dekat sini. |
|
Ayam badut. |
|
Cantik rumah arnab. |
|
Dah penat berjalan masa untuk bergambar pula. Cantikkan buaian ini. |
|
Tak muat frame. Hihihi |
|
Puan Zainun terus deal dengan pihak Desaru Mini Zoo. |
|
Antara bekalan murid yang akan dibawa. |
|
Siap packing untuk hantar ke cawangan. |
|
Di cawangan cikgu akan masukkan di dalam beg yang disediakan. |
|
Label nama di beg penting agar tidak tertukar. |
|
Air mineral yang akan diagihkan nanti. |
|
Yeahhh dah dapat baju lawatan.Cantiknya warna pink. |
|
Kami pun dah dapat juga warna merah. |
|
Kami dapat baju warna hijau. |
|
Perbezaan warna baju mengikut cawangan. |
Macam mana seronokkan Desaru Mini Zoo ini?
Bolehlah nanti ibu bapa membawa anak-anak ke sini jika ada masa terluang. Kami pun sangat berpuas hati dengan servis dan aktiviti-aktiviti yang ada di sini.
Tak sabar pula kami ingin membawa anak-anak murid kami ke sini. Mesti mereka teruja dan seronok. Hihihi
Baiklah sampai di sini sahaja blog pada kali ini. Jangan lupa support kami dengan like, comment and share.
Sekian terima kasih.🌹
~Cikgu Azreen~
0 comments:
Post a Comment