Artinya: "Dan berserulah kepada manusia untuk
mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan
mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,"
(QS. Al Hajj: 27).
Sudah menjadi rutin tahunan kami untuk mengadakan
Program Simulasi Haji Cilik untuk murid-murid 6 tahun sejak dari 2015 lagi.
Walaupun pada tahun pertama kami menyertai program ini di bawah anjuran
Persatuan Tadika Johor dan hanya disertai oleh murid-murid yang terpilih sahaja,
namun dengan sedikit pengalaman yang ada bermula pada tahun 2016 kami mengambil
langkah berani untuk mengadakan program ini sendiri untuk memberi pengalaman
kepada murid-murid kami untuk menyertai program ini dengan lebih ramai lagi.
Alhamdulillah sehingga kini program ini merupakan program
yang dinanti-nantikan setiap tahun. Yela bukan cikgu-cikgu sahaja yang teruja,
malah murid-murid dan ibu bapa juga teruja dengan program yang diadakan ini. Orang
cakap ambil vibes orang-orang yang sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Walaupun
belum ada rezeki untuk menunaikan haji, dengan adanya program ini dapat jugalah
merasai sedikit suasananya. Hihihi
Program Simulasi Haji Cilik ini telah diadakan pada 25 Jun
2023 dengan jumlah penyertaan murid 6 tahun seramai 207 orang. Alhamdulillah
program ini berjalan lancar walaupun pada awalnya cuaca mendung seakan-akan petanda hujan lebat mahu turun, signal cuaca di telefon bimbit pun menjangkakan hujan
lebat akan membasahi bumi pada jam 11 pagi, tanpa melengahkan masa kami
segerakan aktiviti-aktiviti simulasi haji ini selepas ucapan perasmian dari Penasihat
MyBISTARI GROUP oleh Cikgu Tamizi, manakala taklimat ringkas kami tiadakan dan
bertukar menjadi upacara lintas langsung dari setiap checkpoint oleh
pemudahcara kami Puan Suhaila.
Dengan izin Allah, cuaca yang mendung pada awalnya bertukar
menjadi cuaca yang baik. Siapa kita hendak merancang sesuatu padahal Allah
sebaik-baik perancang. Terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan
kami sepanjang program ini berlangsung.
Terima kasih diucapkan kepada para mutawifah yang terdiri dari kalangan ibu-ibu yang terpilih untuk mengetuai dan membawa jemaah haji cilik kita dari awal sehingga akhir checkpoint.
Terima
kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir untuk memeriahkan suasana
program. Mohon maaf di atas segala kelemahan dan kekurangan dari pihak kami.
Semoga dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman dan
pembelajaran kepada anak-anak tentang perlaksanaan ibadah haji ini.
Jom
kita lihat gambar-gambar dan video sepanjang program ini berlangsung.
Ibu yang teruja menghantar anak ke tapak simulasi haji. (TM)
Alhamdulillah selamat sampai ke tapak simulasi haji jemaah haji dari TS2.
Hati-hati turun bas tu. (TIB)
Beratur dulunya sebelum bergerak ke tapak program. (TIMB)
Menyusuri ke tapak program dengan laungan talbiah. (TNPB)
Alhamdulillah semua jemaah haji cilik sudah selamat tiba.
Petugas-petugas checkpoint sedang menanti kehadiran jemaah haji cilik.
Penyerahan panji kepada mutawifah.
Ucapan perasmian oleh Cikgu Tamizi ringkas dan padat.
Laungan talbiah diketuai oleh adik Muhammad Zaid dari TS1.
Lafaz niat ihram dibaca oleh En Wan Mohd Al-Hafidz.
Jemaah sedang berwukuf.
Jemaah khusyuk mendengar taklimat dari petugas checkpoint.
Panji kedua mula bergerak ke checkpoint.
Bersedia semua keluarkan buku panduan haji.
Kutip 21 biji batu je tau. Hihihi
Eh awak macam terlebih je ambil batu ni.Hihihi
Aksi jemaah haji cilik lelaki melontar jamrah.
Aksi jemaah haji cilik perempuan melontar jamrah.
checkpoint 4 jemaah haji cilik bertawaf.
Sebelum mulakan tawaf, petugas akan memberi taklimat dan mengajar murid bacaan zikir yang perlu dibaca.
Checkpoint 5 Saie.
Jemaah haji cilik panji 4 sedang melakukan aktiviti saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.
Jemaah panji 5 sedang menunggu giliran untuk masuk ke checkpoint saie.
Bersemangat jemaah dari panji 6 berlari anak di checkpoint saie.
Eh cikgu kenapa gunting rambut kawan saya tu.
Cikgu potong sikit je buat syarat rukun haji. Hihihi
Bacaan doa selepas bertahallul.
Penyerahan cenderahati dan sijil kepada para mutawifah.
Mutawifah bergambar bersama Pn. Zainun dan Pn. Suhaila.
Tahniah haji dan hajah cilik dari TM, TIB dan TNPB.
Tahniah haji dan hajah cilik TS2, TIMB dan TKM
Tahniah haji dan hajah cilik TIPB & TS1
Disebalik kejayaan program ada orang-orang hebat yang bertungkus lumus untuk membuat persiapan.
Peralatan program yang akan dibawa ke tapak program dari stor kami di TIMB.
Orang kuat program En Wan Mohd Al-Hafidz memasang backdrop photobooth.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sebenarnya
orang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah
al-Hujurat, ayat 10)
Alhamdulillah selesai sudah Majlis Apresiasi 2023 yang telah dijalankan
pada 11 Jun 2023 (Ahad). Majlis pada kali ini dibuat secara tertutup di Dewan
Al-Fatih Jalan Belatuk kerana kami ingin eratkan lagi ukhuwah bersama ibu bapa.
Kelainan yang kami bawakan pada tahun ini adalah kami staf pengurusan dan operasi turun padang ke rumah murid-murid untuk menghantar sendiri kad jemputan kepada
ibu bapa dan membawa sedikit goodies untuk meraikan kejayaan anak-anak hebat ini.
Selain itu, kami juga berpeluang untuk mendapatkan sedikit feedback
tentang MyBISTARI GROUP.
Pada tahun ini, seramai 24 orang murid terpilih menerima Anugerah
Apresiasi ini. Pemilihan dibuat berdasarkan pencapaian murid yang telah membaca
buku 8 dan ke atas dalam tempoh 6 minggu sesi persekolahan sahaja berbanding
tahun sebelum ini kita telah membuat pemilihan selepas 3 atau 5 bulan untuk
murid menerima anugerah ini. Pemilihan ini juga dibuat secara rahsia oleh pihak
operasi para penyelia cawangan tanpa pengetahuan guru besar mahupun guru-guru.
Ada sebab kenapa kami membuat pemilihan ini secara rahsia. Hal ini
kerana kami tidak mahu guru dan guru besar memberi tekanan kepada murid untuk mendapatkan
anugerah ini.
Bukan sahaja para guru terkejut dengan pengumuman pemilihan ini malah ada juga ibu bapa yang terkejut dengan majlis ini terutama ibu bapa lama yang masih ada anak yang bersekolah di sini.
Ada ibu bapa yang personal dengan kami,
"Alaaa anak saya lagi 2 muka surat je nak tamat buku bacaan. Kenapa tak tunggu?"
"Kenapa awal sangat buat Majlis Apresiasi ni, rugilah anak saya tak dapat lagi sikit je nak habis."
Tidak mengapa ibu bapa, masih sempat lagi nak kejar Anugerah Khas Bacaan penghujung sesi 2023 nanti. Hihihi
Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah walaupun dibuat secara tertutup,ditambah pula dengan kehadiran tetamu VIP kami yang berhormat Encik Norafazi Penolong Pegawai PPD Pendidikan Swasta Pasir Gudang.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan lagi suasana untuk majlis ini, mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak kami. Terima kasih juga sudi santuni kami dengan baik sepanjang kami bertandang ke rumah tempoh hari.
Oh ya sebelum itu, ada 2 orang murid yang tidak dapat hadir disebabkan adanya halangan. Bagi menghargai dan meraikan kejayaan anak-anak ini, kami team operasi sekali lagi turun padang pergi ke rumah murid untuk menghantar trofi dan bouqet. Alhamdulillah seronok anak-anak ini terima anugerah walaupun tidak merasa naik ke pentas seperti anak-anak yang lain tetapi dengan kehadiran guru ke rumah cukup bermakna dan membuat mereka gembira tak lekang senyuman di bibir.
Baiklah jom lihat koleksi gambar dan video sepanjang majlis ini berlangsung.
Emcee otai kami Pn Shawariah & Pn Norafizah.
Ruangan photobooth disediakan untuk bergambar kenangan.
Persediaan guru sebelum kehadiran tetamu.
Kehadiran ibu bapa memenuhi ruang dewan.
Perkongsian ilmu dari Cikgu Tamizi.
Anak-anak yang diraikan menunggu masa untuk terima anugerah.
Kehadiran tetamu VIP kami Encik Norafazi.
Ucapan dari tetamu VIP kami.
Hi-tea dahulu sebelum sambung ke slot seterusnya.
Susun cantik-cantik ya brownies tu. Hihi
Perkongsian dari Pn Suhaila berkaitan majlis ini.
Alahai comelnya siap bertanjak adik Abid ni.
Tahniah anak-anak hebat cawangan TIPB.
Tahniah anak-anak hebat dari TNPB.
Adik Anggun Alisa malu-malu nak bergambar dengan kawan-kawan. Hihihi