Alhamdulillah, akhirnya kita semua sudah boleh mula menarik nafas lega sedikit. Pengumuman dari Perdana Menteri kita berkenaan fasa Covid19 yang seterusnya benar-benar membawa senyuman lebar di bibir rakyat. Tetapi harapnya kita semua tidaklah terlalu teruja dengan pengumuman dari beliau sehingga terlupa segala SOP yang telah ditetapkan, sila jaga jarak dan jaga keselamatan diri masing-masing, jangan ambil mudah dek kerana rasa selesa. Musibah ini masih belum berakhir lagi.
Tetapi bagi kami, ada yang sudahpun berakhir. Semester 1 bagi sesi 2020 sudahpun berakhir. Kini kami sudahpun masuk ke semester 2 bagi 2020. Bermacam juga dugaan yang kami hadapi dalam menuju semester ke 2 tahun ini. Sayang, tetapi kerana sebab-sebab tertentu, kami terpaksa merehatkan sejumlah besar guru-guru kami yang selama ini sama-sama membantu menaikkan MyBistari Group. Begitu juga dengan beberapa murid yang telahpun mengakhiri perjalanan mereka bersama kami. Semoga semuanya sentiasa dipermudahkan urusan dan diharap ukhwah yang sedia ada tidak terputus begitu sahaja.
Dalam pada itu, kami juga sedang mempersiapkan langkah-langkah yang seterusnya dalam memastikan anak-anak murid kami menerima ilmu. Kecut perut juga para guru yang terpilih untuk beraksi di depan lensa kamera untuk rakaman sesi P&P. Mereka lebih selesa bercakap dan mengajar di hadapan lebih dari 10 orang murid dari berhadapan dengan lensa kamera.
Para guru gigih membuat rakaman untuk silibus sem 2.
Di sini juga, ingin kami kongsikan sedikit suasana di tadika-tadika kami apabila para ibu bapa telah dibenarkan untuk hadir ke sekolah untuk melakukan urusan-urusan yang melibatkan anak-anak mereka. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kita semua.
Bila sudah lama tak bersua muka, panjang ceritanya. (TIB)
Isi kehadiran di buku pelawat. (TIB)
Tak bawa handphone, tiada masalah, kita daftar secara manual. (TIMB)
Alamak, kenapa tak boleh scan ni? (TIMB)
Kejap cikgu, saya nak pose kat kamera tu dulu. (TIPB)
Ini lembaran kerjanya, puan. (TIPB)
Jangan lupa ambil barang anak encik ni ya. (TKM)
Kita scan dulu kod sebelum teruskan urusan yang lain. (TKM)
Pastikan segala SOP dituruti. (TM)
Boleh tak tu puan? (TM)
Kalau tiada akaun MySejahtera, guna Facebook pun boleh. (TMPB)
Saya nak cepat, tak payah buka helmetlah ya. (TMPB)
Ada dua pilihan yang diberi untuk daftar kehadiran. (TNPB)
Terima kasih atas sokongan yang diberi. (TNPB)
Hmmm.. mana ya lembaran kerja anak puan. (TS1)
Tengah scan ke selfie tu? (TS2)
Walaupun bertopeng, dapat kami bayangkan senyuman lebarnya. (TS2)
Walaupun mungkin sukar dan banyak perkara yang perlu diambil kira, kami bersedia untuk melaluinya. Dalam pada itu, diharap semua masih tetap menjaga jarak, keluar hanya bila perlu dan sila jaga kesihatan dan kebersihan. Jangan henti berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk semuanya. Jom kita sama-sama menanti hari yang seterusnya!
Salam Aidilfitri dari kami keluarga besar MyBISTARI GROUP
“Taqabbalallahu minna wa minkum.”
Ertinya, “Semoga Allah menerima amalan ibadah kami dan kamu.”
Ya Allah, kami mohon jangan jadikan ini Ramadhan yang
terakhir bagi kami.
Terasa terlalu cepat benar Ramadhan kali ini berlalu pergi,
sedar tak sedar kita sudahpun berada di hari terakhir berpuasa. Ramadhan yang ‘lain
macam’ bagi kita semua. Banyak perkara sebenarnya yang boleh kita semua
pelajari dan fahami untuk Ramadhan kali ini, antaranya ramai di antara kita
yang sebelum ini tidak pernah dapat mengerjakan solat terawih berjemaah bersama
keluarga, kali ini Allah beri kesempatan itu, jika sebelum ini jarang duduk
bertadarus bersama keluarga, kali ini kita dapat melakukannya, dan juga dapur
juga meriah dek kerana masing-masing sibuk memikirkan dan menyiapkan juadah
berbuka puasa memandangkan tiada bazaar ramadhan. Semoga kita semua dapat
memanfaatkan Ramadhan yang bakal pergi meninggalkan kita sebentar sahaja lagi.
Bagi kami di MyBISTARI GROUP, jika sebelum ini seminggu
sebelum bercuti untuk sambutan hari raya, para guru akan sibuk menghias kelas
dengan bantuan murid-murid. Sambil itu seronok mendengar cerita anak-anak murid
berkenaan persiapan hari raya mereka, kali ini tiada lagi suasana seperti itu.
Semoga kita semua diberi peluang lagi untuk merasai nikmat bersama-sama
anak-anak murid kami yang amat kami rindui.
Tetapi kami tetap dapat juga merasai kemeriahan berhari raya
dengan bantuan para ibu bapa dan penjaga murid-murid dengan memberi kerjasama
yang baik dalam menghasilkan video ucapan selamat hari raya.Terima kasih yang tak terhingga, hanya Allah
sahaja yang tahu betapa kami bersyukur kerana dikurniakan para ibu bapa dan
penjaga yang sangat supportive.
Di sini saya kongsikan beberapa gambar yang dikongsikan oleh
para guru untuk kami gunakan di dalam video hari raya kami.
Pelbagai gaya murid-murid TIB
Gambar hari raya dari TIMB
Nampak matang masing-masing. (TIPB)
Comel anak-anak dari TKM.
Suka berposing ya? (TM)
Gaya sopan dari TMPB
Seronok semua nak beraya ya? (TNPB)
Handsome tiga bujang ni. (TS1)
Jom berhari raya! (TS2)
Para guru juga sempat berposing untuk ucapan hari raya.
Untuk gambar-gambar yang lain, ada kami kongsikan di page kami MyBISTARI GROUP.
Di sini juga kami kongsikan video ucapan selamat hari raya dari kami dan anak-anak murid.
Part 1
Part 2
InsyaAllah esok kita semua akan menyambut 1 Syawal. Pesanan dari kami, meriahkanlah rumah dengan ibadah, jadikan sepertimana di bulan Ramadhan. Hiasilah malam hari raya dengan bertakbir, jangan cemari malam hari raya dan juga perayaan hari pertama kita dengan perkara-perkara yang lalai dan tidak mendatangkan faedah. Yang paling penting, mohonlah kepada Allah agar Allah berikan pengampunan dan berdoa agar dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang.
Semoga Allah mendengar dan menerima doa dan amal ibadah kita semua. Aamiin.
Stay safe, stay at home. Kita ingat Allah, Allah jaga kita.
“Demi sesungguhnya!
Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari
harta benda serta jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang yang sabar.” (Al Baqarah:155)
PKPB dilanjutkan lagi sehingga 9 Jun 2020. Wah… terus
disambung sebulan, tiada lagi dua minggu seperti yang sebelum ini. Semoga Allah
permudahkan segala urusan kita semua sepanjang proses PKPB ini berlangsung. Apa
yang penting sekarang ini, perlu yakin bahawa Allah sedang menguji kesabaran
kita semua. InsyaAllah ada hikmahnya dari musibah yang berlaku ini. Hidup perlu
diteruskan. Bak kata Perdana Menteri kita, belajar untuk membiasakan diri
dengan norma yang baru.
Bagi kami, tenaga kerja di MyBISTARI GROUP, baik para guru
ataupun bahagian pengurusan, fasa yang seterusnya juga sedang dilakukan. Ada di
antara kami yang kekal bekerja di rumah dan ada juga yang dipanggil masuk
bekerja di pejabat dan tadika. Kami yang bekerja di pejabat sudah terbiasa
dengan suasana sunyi tanpa anak-anak murid, tetapi bagi para guru yang hadir ke
tadika, pastinya akan terasa sayu. Jika sebelum ini meriah dengan suara
anak-anak murid dan juga suara rakan sekerja yang sedang menjalankan sesi
p&p, kini sunyi.
Yang sudah naik kerja di tadika, ber vc dari tadikalah ya.
Kegigihan cikgu untuk memastikan bacaan murid diambil.
Masing-masing fokus dengan pengambilan bacaan murid-murid.
Suasana di TPB Tmn Scientex 2.
Sebelum tugasan dimulakan, cikgu-cikgu bertadarus dahulu.
Hati-hati, jangan senget tulisannya.
Sesi pengambilan rekod bacaan di TPB TKM.
Tekun menyiapkan tugasan yang diberi.
Masing-masing fokus.
Di pejabat juga mula sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh.
Sesi p&p juga kami teruskan seperti yang sedia ada
sekarang ini, secara online. Silibus juga telah mula berjalan dari bulan yang
terdahulu. Pengambilan bacalah masih diambil menerusi video call dan bagi ejaan
pula kami dibantu oleh para ibubapa dan penjaga untuk menjalankan aktiviti
tersebut. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada para ibubapa dan penjaga
yang tak putus-putus membantu dan memberi sokongan kepada kami.
Kelas congak juga kami jalankan secara online.
Masing-masing bangga dengan lembaran kerja yang sudah siap.
Selesai segala aktiviti yang diamanahkan.
Ejaan dan nota juga berjalan seperti biasa.
Wah.. siap ada yang buat persembahan khas untuk gurunya.
Sesi bacaan online tetap dijalankan seperti biasa.
Alhamdulillah, tertib ketika bacaan diambil.
Bermacam riak muka anak-anak murid.
Saya sudah baca buku cerita pendek.
Bersungguh masing-masing membaca.
Majoriti mata tu, bukan tidur ya.. itu tanda fokus membaca.
InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan kita semua.
Jangan berhenti berdoa dan memohon kepadanya agar diringankan bebanan dan
sentiasa di bawah rahmatNya. Moga kemenangan milik kita.
“Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia
berbuka.” (HR Ibn Majah)
Subhanallah, betapa Allah memuliakan hamba-hambaNya yang
berpuasa. Hinggakan sewaktu kita semua duduk mengadap hidangan berbuka juga
diberikan peluang untuk berdoa dan meminta kepadaNya. Jadi manfaatkanlah waktu
itu untuk berteleku di meja makan bersama keluarga, berzikir, berselawat dan
berdoa sementara menanti azan. Doalah supaya musibah yang sedang melanda dunia
sekarang ini segera pulih dan kita berjaya mengharungi tekanan-tekanan yang
timbul dek kerananya dengan tabah dan sabar. Doalah supaya Allah sentiasa
membimbing dan menetapkan hati kita untuk bersyukur dengan kurniaNya.Insyaallah, kita ingat Allah, Allah akan jaga
kita.
Minggu ini sudah masuk minggu kedua kita semua berpuasa.
Macam mana ibu dan ayah, melayan kerenah anak-anak yang sedang belajar
berpuasa? Semoga dipermudahkan segala urusan ya. Guru-guru MyBISTARI GROUP pula
bagaimana? Ok tak tu? Diberi kesempatan untuk ‘berehat’ dari mengajar di bulan
puasa. Tiada lagilelah mengejar dan
menyusun atur keadaan kelas, tiada lagi menahan keroncong di perut apabila tiba
waktu rehat, ya.. ketika bulan puasa inilah bau nugget ikan yang sudah sejuk
itu pun sangat sedap dan menyelerakan, apatah lagi roti coklat Mighty White.
Bagi guru-guru yang pernah mengalami situasi itu, sila simpan kenangan itu
baik-baik dan berdoalah semoga Allah beri kita kesempatan untuk melaluinya lagi
di tahun akan datang.
PKP sudahpun masuk ke fasa yang seterusnya.Seperti biasa,
bila masuk ke fasa yang seterusnya, akan ada beberapa perubahan yang dilakukan
oleh pihak kerajaan untuk kebaikan rakyat jelata..Kami di MyBISTARI GROUP juga
perlu bergerak kehadapan dan melakukan beberapa perubahan untuk penambahbaikan. Perjalanan MyBISTARI GROUP bagi sesi 2020, kami teruskan.
Setelah melakukan beberapa perbincangan, pihak kami
mengambil keputusan untuk menggerakkan silibus dan juga mengemaskini rekod
bacaan seperti biasa, jadi tiadalah bosan murid-murid kami membuat latihan yang
sama di lembaran kerja yang kami bekalkan. Antara silibus yang dijalankan
adalah ejaan bagi 6 bistari dan 6 tahun. Berdebar-debar juga kami memikirkan
bagaimana untuk menjalankan silibus ini. Ujian di bulan Ramadhan, silibus kami jalankan dan ejaan mula diambil. Tetapi Alhamdulillah, kami dikurniakan
para ibubapa dan penjaga yang sangat-sangat supportive dan bertimbang rasa, kerisauan
kami itu hilang apabila mendapat sokongan dan bantuan yang hebat dari para
ibubapa. Harapan kami, moga ianya berterusan.
Kami kongsikan gambar-gambar berkenaan dengan ejaan bagi 6 tahun dan 6 bistari yang dikongsikan oleh para guru.
Hebatnya semua!
Alhamdulillah, kami berjaya!
Bergambar dengan keputusan masing-masing.
Semasa, selepas dan sesudah menadapat keputusan ejaan.
Eh, kenapa ada yang masam je tu mukanya?
Kami boleh buat!
Usaha yang baik dari anak-anak dan ibu bapa, kami hargai!
Sesi ejaan online sedang berlangsung.
Sukanya saya!
Nota untuk ejaan yang seterusnya. Selamat menghafal!
Kami kongsikan disini video sempena ejaan pertama dalam PKP.
Bagi anak-anak yang tidak mendapat markah penuh, janganlah bersedih hati ya. Gandakan usaha, Insyaallah boleh. Kena rajin-rajin buat ulangkaji. Jom fikir nak makan apa buka puasa nanti!