Friday, September 6, 2019

KAMI YAKIN BOLEH!


Bismillahirrahmanirrahim.

Murid-murid 6 Bistari TS1 bersama hasil kerja mereka.

Seperti yang semua sedia maklum, kita sudahpun berada di pertengahan semester 2 sesi 2019. Sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Bagi para ibu bapa dan penjaga yang sudah beberapa tahun bersama kami, pastinya tahu akan sedikit perubahan yang kami adakan untuk semester 2 kali ini. Kali ini, bagi semester 2, kelas 5 Bistari ditiadakan. Murid-murid hanya akan dipilih untuk naik ke kelas 6 Bistari pada awal semester tahun hadapan.

Bagi murid 6 Bistari tahun ini juga ada sedikit perubahan dari segi P&P , penambahbaikan yang kami cuba laksanakan. Keinginan untuk berkongsi segala aktiviti mereka bersama para ibu bapa dan penjaga agak terhad kerana kami agak sibuk dengan segala program-program yang telah disusun atur bermula dari pembukaan semester 2. Tetapi inisiatif dari pihak guru besar-guru besar cawangan, mereka ada kongsikan video-video dan gambar-gambar aktiviti murid di status dan juga group whatsapp. Jika sebelumnya mereka lebih banyak menghabiskan masa belajar di dalam kelas, kini kebolehan mereka semakin terserlah apabila diberi kesempatan dan ruang untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Alhamdulillah!

Aktiviti penjodoh bilangan murid-murid 6 Bistari TIPB. 

Susun jangan tak susun. (TIPB)
Buku skrap tema haiwan dari murid-murid 6 Bistari TKM

Bersungguh siapkan tugasan yang diberi. (TKM)

Ok.. dengar sini, kita kan dah bincang tadi.. untuk buah
penjodoh bilangannya bukan buah.. (TKM)

Kami seronok dengan hasil kerja kami!! (TKM)

Hmmm... apa ya perkataan untuk 'a' dan 'an' ni? (TM)

Ok tepi semua!! Idea saya datang mencurah-curah ni!! (TM)

Proses menyiapkan buku skrap kami! (TM)

Yes!! Kami dapat selesaikan semua huruf yang berterabur ni!! (TM)

Tulis cantik-cantik sikit.. kita nak kena present kat depan kejap lagi. (TMPB)

Setiap kumpulan dengan hasil kerja mereka. (TMPB)

Ala.. kacang je semua soalan ni. (TMPB)

Jangan risau.. saya tahu jawapannya.. (TNPB)

Eh.. mana gambar kambing? Tadi ada kat sini. (TNPB)

Alhamdulillah, kami dah siap tugasan penjodoh bilangan kami! (TNPB)

Cantiknya!! (TNPB)

Setiap kumpulan dengan hasil masing-masing. (TNPB)

Eh.. jawapan kita macam sama je dengan kumpulan sana tu.. (TS1)

Dah siap, jom kita warna biar makin cantik. (TS1)

Alamak, saya macam dah silap susun huruf ni. (TS1) 
Betul tak kami buat ni cikgu? (TS1)

Kami dah siap, tinggal nak warnakan gambar je ni. (TIB)

Cepat awak, kumpulan sana dah siap dah. (TIB)

Salah tu.. bukan macam tu ejaannya. (TIB)

Lepas tu nak huruf apa pula? Mari kita carikan. (TIB)

Alhamdulillah.. inilah hasil kerja kami! (TIB)

Kami akan kongsikan lagi aktiviti-aktiviti ketika sesi P&P murid-murid 6 Bistari dengan ibubapa dan penjaga di lain masa. Ketika ini, murid-murid di tadika-tadika kami sedang sibuk dengan latihan sempoa, congak dan juga latihan persembahan untuk Pertandingan Sempoa dan Congak. Insyaallah cerita berkenaan latihan mereka akan kami kongsikan minggu hadapan.

Oppss.. kami juga ada mengedarkan borang pertandingan sempoa kategori ibu bapa. Diharap para ibu bapa dan penjaga sudi untuk masuk bertanding sempoa. Jom asah kepantasan jari jemari kita di manik-manik sempoa!!

~ Cikgu Norifah~

Tuesday, August 27, 2019

KAMI MENYAHUT PANGGILANMU YA ALLAH!


Bismillahirrahmanirrahim.

Para jemaah haji cilik dari Tadika Nur Pintar Bistari sempat bergambar
sebelum balik semula ke tadika.

“Sempat ke? Muat ke? Cukup ke?” antara persoalan yang berlegar difikiran kami, tenaga kerja MyBistari Group bila membincangkan hal Simulasi Haji Cilik 2019 yang akan berlangsung kurang seminggu dari Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego.

Alhamdulillah, jika niat kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dan memikirkan manfaat yang akan diperolehi oleh anak-anak murid, Allah permudahkan segalanya. Setiap persoalan kami itu Dia berikan jawapan dan pertolongan.

Sempat, kami dapat menyiapkan segala keperluan yang diperlukan untuk Simulasi Haji Cilik. Hinggakan perjalanan Pasir Gudang ke Kuala Lumpur umpama perjalanan dari Kompleks Pusat Bandar ke Taman Mawar dibuatnya En Tamizi untuk mengambil kain ihram dan telekung para jemaah.

Setiap masa bernilai untuk menyiapkan keperluan Simulasi Haji Cilik. 
Contoh tanda nama dan tag tangan yang perlu dikenakan oleh para jemaah.



Kit Simulasi Haji Cilik 2019.

Lori untuk membawa barang-barang ke tapak simulasi.

Proses pemasangan backdrop haji cilik.

Sehingga ke pagi hari simulasi, proses pemasangan
masih dilakukan.
Poster jemputan Program Simulasi Haji Cilik 2019.

Checkpoint 1 siap sedia menanti para jemaah haji.

Mereka yang bertanggungjawab dalam memantau jemaah mengutip batu.

Hati-hati.. jangan ada jemaah yang terbaling batu ke ibu bapa! 
Para penjaga Kaabah.

Jangan lupa ajar jemaah lelaki untuk lari-lari anak ya!

Pastikan gunting cukup tajam untuk gunting rambut jemaah.

Unit hadiah melakukan persiapan akhir meyusun sijil dan cenderahati.

Muat, walaupun jumlah jemaah haji cilik lebih ramai dari tahun-tahun yang terdahulu, ruang Dewan Terbuka Taman Mawar masih mampu menampung jumlah para jemaah dan juga ibu bapa yang datang pada hari kejadian. Kali ini, gelanggang futsal di tepi dewan juga kami gunakan untuk Saie    dan Tahallul.

Sarung telekung dahulu sebelum duduk beratur di dalam barisan.

Mari cikgu betulkan ihram awak.

Ok, beratur dahulu, cikgu akan betulkan satu persatu.

Mari kita baca doa naik kenderaan.

Hati-hati dengan kain telekung tu.

Sepanjang jalan bertalbiah.

Awak, jangan terpijak kain saya ya!

Menanti para jemaah lain naik ke dalam bas.

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke tapak simulasi.

Best cikgu! Tak sabar nak mulakan!

Menanti penuh debaran, bila nak mula?

Para jemaah mula ramai memenuhi ruang berhimpun.

Semangat ikut cikgu bertalbiah.

Ruang Dewan Terbuka Taman Mawar luas, dapat menampung para
jemaah dan juga ibu bapa yang hadir.

Cukup, antara perkara yang kami risaukan juga dapat penyelesaiannya. Tidak ramai ibu bapa yang tampil untuk menjadi sukarelawan  mutawif/mutawifah. Kami faham perkara ini kerana untuk memimpin para jemaah cilik dan mengenalkan mereka dengan rukun-rukun haji bukanlah perkara yang boleh dibawa main-main. Cukup atau tidaak para ibu bapa yang sedia berganding bahu untuk menjayakan program ini?  Alhamdulillah, ada mantan ibu bapa kami yang bertugas sebagai mutawif dan mutawifah sebenar yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami. Siap bawa rakan-rakan yang lain untuk membantu. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Norlizawati dan para mutawifah dari El Izzah Travel & Tours.

Para mutawif dan mutawifah yang sudi berganding bahu untuk menjayakan program
simulasi ini.
Sempat lagi mutawif datang dan beramah mersa dengan unit hadiah.

Sibuknya mereka bertiga ni.

Kita isi perut dahululah.

Mukasurat mana awak buka tu? Silap lah.

Setia menanti giliran untuk membawa anak-anak murid bersimulasi haji.

Sementara jemaah sedang berwukuf, kita bergambar dahulu!

Kutip batu untuk melontar sekejap lagi.

Nah!!! Rasakan!!!

Berterabur batu-batu hasil lontaran para jemaah.

Ok, siapa dah siap, mari sini.. cikgu nak tampal sticker.

Beratur di sini dahulu sebelum kita gerak ke checkpoint seterusnya.

Kira dulu ya batu sebelum lontar.

Cepat sikit jalan yang kat belakang tu.

Jemaah lelaki mari beratur tepi sini.

Berhenti dahulu di sini.

Dengar penerangan dahulu sebelum tawaf.

Pintu masuk ke checkpoint seterusnya.

Sekejap, cikgu nak asingkan jemaah lelaki dan jemaah perempuan dahulu.

Kumpulan 3 sedang menanti giliran untuk meneruskan rukun yang seterusnya.

Alamak, sticker kat beg sandang saya ni nak tercabut! 
Jangan bergerak.. cikgu nak gunting rambut awak ni.



Ok.. semua rukun dah siap.. awak tu sampai bila nak renung rambut awak?

Kumpulan akhir menanti giliran untuk mulakan rukun haji mereka.

Penat saya.. nak rehat kejaplah.. semua dah siap buat.

Kamilah haji cilik!

Hahahaha!! Tak sangka! Dapat juga saya buat semua rukun haji!

Alhamdulillah.. minum air untuk lepaskan lelah.
Program Simulasi Haji Cilik 2019 akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah. Rata-rata komen yang kami dapat dari pihak ibu bapa dan para mutawifah adalah program kali ini lebih teratur dari yang sebelumnya. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam program kali ini.









Kami kongsikan juga video Program Simulasi Haji Cilik 2019 untuk tatapan para ibu bapa.


Program seterusnya yang sedang kami, para guru dan murid-murid di cawangan sedang sibuk berlatih adalah Pertandingan Sempoa dan Congak 2019. Untuk kali ini akan ada kategori baru yang akan diperkenal dan dipertandingkan. Sama-sama kita tunggu ya!

~Cikgu Norifah~



 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon