Wednesday, May 14, 2025

SUKANEKA 2025 PENUH WARNA, PENUH CERIA!

 

Poster sukaneka 2025!

Julung-julung kali diadakan, Sukaneka 2025 MyBistari Group melakar satu sejarah manis buat seluruh warga MyBistari – kali ini lebih istimewa dengan penglibatan ibu-ibu hebat dan si cilik comel dari Playgroup dan murid 6 tahun! Bertempat di Dewan Muafakat Masai, dewan bergema dengan sorakan, tawa, dan warna-warni keceriaan.

Program dimulakan dengan penuh semangat melalui ucapan perasmian oleh CEO kesayangan kami, Puan Zainun Mat Lazim, yang sentiasa dekat di hati warga MyBistari. Kata-kata beliau menyuntik semangat buat semua yang hadir – besar mahupun kecil.

Sebelum memulakan acara sukaneka, sesi pemanasan badan diketuai oleh si comel dan bersemangat Adik Ariana Sofea dari TH Genius. Gerak langkahnya menceriakan suasana dan membuatkan semua peserta bersedia untuk bersukan!

Anak-anak berumur 4 tahun menunjukkan ketangkasan mereka dalam aktiviti pengasingan bentuk. Walau kecil, semangat mereka besar! Sorakan ibu-ibu membakar lagi semangat si manja.

Paling menghiburkan sudah tentu acara guru! Siapa sangka, selepas raya pun masih ada semangat rayanya. Tiga kumpulan guru bersaing dalam pertandingan menganyam ketupat – kelakar pun ada, kagum pun ya juga. Bila tangan dah berdebar, ketupat pun boleh jadi lain.

Selepas rehat, si cilik 6 tahun pula ambil alih gelanggang. Mereka bertanding dalam dua acara:

  • Acara Pertama: Susun menara piramid menggunakan tin.

  • Acara Kedua: Masukkan manik ke dalam dawai mengikut warna.

Setiap acara melibatkan 7 kumpulan, dan semua menunjukkan daya fokus dan kerjasama yang hebat. Tahniah adik-adik!

Acara penutup? Paling meriah! Ibu-ibu sukarelawati yang banyak membantu sepanjang program diraikan melalui acara keretapi belon. Tak sangka, bila ibu-ibu bersatu, satu dewan boleh bergegar dengan tawa dan sorakan!

Program ini takkan berjaya tanpa sokongan para sukarelawati yang bekerja keras di sebalik tabir, serta ibu-ibu yang hadir memberi semangat dan keceriaan kepada anak-anak mereka.

Mohon maaf kepada bapa-bapa yang tidak dapat turut serta kali ini demi menjaga keselesaan dan ikhtilat. Tapi jangan risau, insyaAllah ada program lain yang bakal menanti!

Sukaneka 2025 MyBistari Group bukan sekadar tentang sukan – ia tentang ukhwah, keriangan, dan kenangan indah yang akan dikenang sampai bila-bila. Sampai jumpa di program akan datang!

Gelanggang telah tersedia untuk acara.

Semangat Pn. Suhaila memberi taklimat terakhir kepada para guru.

Murid yang hadir guru tampalkan sticker mengikut kategori.

Reben aksesori tambahan untuk murid perbarisan.

Eh cucu siapa ni?


Milik siapa trofi dan medal ni?

Wah siap bertanjak dan bersampin  untuk perbarisan.


Semangat bonda kami berikan ucapan.

Sukarelawati sudah bersedia untuk menjalankan tugas.

Gandingan yang mantap pengacara majlis.

Pemanasan badan sebelum mula acara.

Semangat!

Segak bergaya!

Bersedia untuk perarakan.

Ibnu Khawarizmi ready to shine! 

Ibnu Sina bersedia untuk melangkah.

Tanpa unit audio tak meriahlah program!


Sempat lagi pandang ke arah kamera.

Tatacara permainan oleh guru sebelum mula acara.

Alaa sedihnya!Pengalaman pertama playgroup sertai program tadika.

Pilih yang mana satu bentuk yang sama.

Anyam janga tak anyam!

Sabar cikgu saya belum bersedia lagi.

Cepat langkah hurdle tu.

Berebut nak susun menara.

Acara 2- Kami sudah bersedia!


Pastikan warna manik yang sama sebelum masukan danalam dawai.


Acara penutup bersenam bersama.

Johan sukaneka kategori playgroup..Tahniah si cilik hebat Intelek.


Johan sukaneka kategori 6 tahun acara 1..Tahniah si cilik hebat Ilmu.

Si cilik hebat Ilmu sekali lagi pertahankan johan kategori 6 tahun acara 2.

Johan kategori sukarelawati. Tahniah!

Tahniah cikgu-cikgu zon kota! Johan sukaneka guru.

Tahniah kepada semua pemenang! Yang belum menang, jangan risau – semua pulang dengan medal dan kenangan manis. Ingat, semangat juang lebih bernilai dari kemenangan. Jangan mengalah, terus melangkah!

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog sukaneka ini. Semoga kita berjumpa lagi di program seterusnya!

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu untuk Mendidik)

~Cikgu Azreen~

Wednesday, April 30, 2025

KENANGAN MANIS DI DESARU!

Backbone MyBistari Group!


Lawatan Sambil Belajar K2 ke Desaru Mini Zoo & Mutiara Bay

Pada hari Sabtu, 26 April 2025, lawatan sambil belajar yang sangat dinanti-nantikan telah berlangsung melibatkan seramai 197 orang murid 6 tahun serta 65 orang guru pembimbing dan pengurusan. Destinasi pilihan kali ini ialah Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay, Batu Layar.

Seawal jam 5 pagi, anak-anak sudah bersedia, malah ada yang berpesan kepada ibu mereka untuk mengejutkan awal supaya tidak tertinggal bas. Keterujaan jelas terpancar di wajah masing-masing!

Desaru Mini Zoo menyambut kedatangan kami dengan wajah baru – banyak perubahan yang ketara berbanding tahun sebelumnya. Terdapat lokasi baru yang menarik untuk bergambar serta kandang-kandang haiwan yang telah dinaik taraf, menjadikan suasana lebih mesra pengunjung.

Paling mencuri tumpuan ialah seekor kambing kenit (pygmy) yang sangat manja dan nakal! Reaksi anak-anak berbeza-beza – ada yang berani menyentuh dan memegang hampir semua haiwan, manakala ada juga yang lebih selesa bersembunyi di belakang cikgu. Gelagat mereka sangat mencuit hati!

Selama dua jam setengah, anak-anak berpeluang meronda sekitar zoo, melihat pelbagai jenis haiwan dan turut memberi makan kepada haiwan-haiwan yang jinak.

Tepat jam 12.00 tengah hari, rombongan bergerak pula ke Mutiara Bay, Batu Layar untuk menikmati makan tengah hari dan aktiviti santai. Hidangan yang disediakan cukup menyelerakan – nasi goreng, nugget ayam, buah tembikai dan pencuci mulut berupa aiskrim, cukup untuk mengembalikan tenaga anak-anak yang kepenatan selepas berjalan.

Acara diteruskan dengan kuiz berkaitan haiwan di zoo, diikuti sesi berkongsi pengalaman oleh tiga orang murid terpilih. Sungguh meriah suasana apabila ramai yang berebut-rebut ingin menjawab soalan – tanda minat dan semangat yang tinggi!

Keseluruhannya, lawatan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sangat bermakna dalam menyemai rasa cinta terhadap haiwan, meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuh hubungan antara murid dan guru.

Seawal pagi sudah tiba di tadika. (TH Jaya)

Bersedia bas dah sampai! (TH Jaya)

Excited nak naik bas. (TH Jaya)

Bergambar sebelum mulakan eksplorasi.
Team Merah Jambu TH Cemerlang 
Team Hitam- TH Kreatif

Team Biru- TH Bijaksana
Team Oren- TH Jaya
Team Hijau- TH Pintar
Team Ungu- TH Inovasi

Team Kuning- TH Minda
Team Hijau- TH Ilmu
Team Merah- TH Genius
Team Biru cair- TH Intelek.


Jom mulakan eksplorasi! (TH Cemerlang)

Seronok dapat pegang anak itik! (TH Inovasi)

Tak perlu ke cameron, di sini juga ada Alpaca. (TH Pintar)

Beranikan diri nak bagi Alpaca makan. (TH Genius)

Inilah Si Pygmy yang nakal!

Comel la cikgu Pygmy ni. (TH Cemerlang)

Seronok si cilik Hebat Kreatif bagi makan arnab.



Cantik swan di Desaru Mini Zoo.

Berehat sebentar! (TH Intelek)

Makan kenyang-kenyang tau keldai.

Jeffri nama kambing ni!

Kenyang ikan hari ni. Ramai yang beri makan. (TH Bijaksana)

Terpancar keseronokan anak-anak hebat. (TH Ilmu)

Besarkan telur burung unta ni? (TH Bijaksana)

    Kuatnya awak dukung pygmy tu. (TH Bijaksana)

Tengok apa tu? (TH Inovasi)

Bincang apa tu? (TH Minda)

Boboy kuasa 3! hihi triplet TH Kreatif.

Buaian katanya DIY gunakan batang pokok durian. (TH Minda)

Tarikan terbaru di Desaru Mini Zoo untuk bergambar. (TH Genius)

Hati-hati unta boleh menggigit. (TH Jaya)

Terpaling berani, kawan-kawan lain dah ke tepi sebab takut. (TH Cemerlang)

Yeah berjaya tangkap ayam! (TH Bijaksana)

Wah, Dinosaur pun sudah ada di sini. Menarik! (TH Intelek)


Santai tepi laut, sambil menunggu makanan. (TH Pintar)

Peace ✌ (TH Jaya)



Baca doa dahulu sebelum makan. (TH Jaya)

Menu trip kali ini, Nasi Goreng & Nugget Ayam. (TH Genius)



Tembikai fresh dipotong oleh team pengurusan. 

Manisan selepas makan berat. Aiskrim Malaysia.

Bersedia semua untuk jawab kuiz.

Tapi sebelum mula soalan kuiz, kita degan dahulu cerita Adik Ariana tentang pengalamannya
di Desaru Mini Zoo. (TH Genius)

Adik Qaireen berani juga ke hadapan untuk cerita pengalamannya (TH Pintar)

Malu-malu ke nak bercerita. (TH Ilmu)

Sampai depan lupa jawapannya apa. Hihihi (TH Minda)

Yeah! sy dapat jawab. (TH Cemerlang)

Naik bas terus lena, penat sangat tu. (TH Inovasi)

Lawatan sambil belajar ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada anak-anak, malah membuka ruang untuk mereka lebih mengenali dunia haiwan serta menghargai alam sekitar. Melalui aktiviti yang dirancang, mereka belajar berkomunikasi, bekerjasama dan menyesuaikan diri dalam suasana luar bilik darjah.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing, pihak pengurusan serta ibu bapa yang memberikan sokongan penuh kepada program ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay atas layanan mesra dan kemudahan yang disediakan.

Semoga kenangan manis ini kekal dalam ingatan anak-anak dan menjadi pemangkin semangat mereka untuk terus belajar dan meneroka dunia dengan rasa ingin tahu yang tinggi. 

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Jangan lupa follow, like, comment and share sosial media kami untuk lihat banyak lagi aktiviti dan program yang dijalankan oleh MyBistari Group.

Sekian, terima kasih.🌹

FROM ZERO TO HERO
(Bersatu Untuk Mendidik)
 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon