.jpeg) |
Backbone MyBistari Group! |
Lawatan Sambil Belajar K2 ke Desaru Mini Zoo & Mutiara Bay
Pada hari Sabtu, 26 April 2025, lawatan sambil belajar yang sangat dinanti-nantikan telah berlangsung melibatkan seramai 197 orang murid 6 tahun serta 65 orang guru pembimbing dan pengurusan. Destinasi pilihan kali ini ialah Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay, Batu Layar.
Seawal jam 5 pagi, anak-anak sudah bersedia, malah ada yang berpesan kepada ibu mereka untuk mengejutkan awal supaya tidak tertinggal bas. Keterujaan jelas terpancar di wajah masing-masing!
Desaru Mini Zoo menyambut kedatangan kami dengan wajah baru – banyak perubahan yang ketara berbanding tahun sebelumnya. Terdapat lokasi baru yang menarik untuk bergambar serta kandang-kandang haiwan yang telah dinaik taraf, menjadikan suasana lebih mesra pengunjung.
Paling mencuri tumpuan ialah seekor kambing kenit (pygmy) yang sangat manja dan nakal! Reaksi anak-anak berbeza-beza – ada yang berani menyentuh dan memegang hampir semua haiwan, manakala ada juga yang lebih selesa bersembunyi di belakang cikgu. Gelagat mereka sangat mencuit hati!
Selama dua jam setengah, anak-anak berpeluang meronda sekitar zoo, melihat pelbagai jenis haiwan dan turut memberi makan kepada haiwan-haiwan yang jinak.
Tepat jam 12.00 tengah hari, rombongan bergerak pula ke Mutiara Bay, Batu Layar untuk menikmati makan tengah hari dan aktiviti santai. Hidangan yang disediakan cukup menyelerakan – nasi goreng, nugget ayam, buah tembikai dan pencuci mulut berupa aiskrim, cukup untuk mengembalikan tenaga anak-anak yang kepenatan selepas berjalan.
Acara diteruskan dengan kuiz berkaitan haiwan di zoo, diikuti sesi berkongsi pengalaman oleh tiga orang murid terpilih. Sungguh meriah suasana apabila ramai yang berebut-rebut ingin menjawab soalan – tanda minat dan semangat yang tinggi!
Keseluruhannya, lawatan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sangat bermakna dalam menyemai rasa cinta terhadap haiwan, meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuh hubungan antara murid dan guru.
 |
Seawal pagi sudah tiba di tadika. (TH Jaya) |
 |
Bersedia bas dah sampai! (TH Jaya) |
 |
Excited nak naik bas. (TH Jaya) |
 |
Bergambar sebelum mulakan eksplorasi. Team Merah Jambu TH Cemerlang Team Hitam- TH Kreatif |
 |
Team Biru- TH Bijaksana Team Oren- TH Jaya Team Hijau- TH Pintar Team Ungu- TH Inovasi |
 |
Team Kuning- TH Minda Team Hijau- TH Ilmu Team Merah- TH Genius Team Biru cair- TH Intelek. |
 |
Jom mulakan eksplorasi! (TH Cemerlang)
|
 |
Seronok dapat pegang anak itik! (TH Inovasi) |
 |
Tak perlu ke cameron, di sini juga ada Alpaca. (TH Pintar) |
 |
Beranikan diri nak bagi Alpaca makan. (TH Genius) |
 |
Inilah Si Pygmy yang nakal! |
 |
Comel la cikgu Pygmy ni. (TH Cemerlang) |
 |
Seronok si cilik Hebat Kreatif bagi makan arnab. |
 |
Cantik swan di Desaru Mini Zoo. |
 |
Berehat sebentar! (TH Intelek) |
 |
Makan kenyang-kenyang tau keldai. |
 |
Jeffri nama kambing ni! |
 |
Kenyang ikan hari ni. Ramai yang beri makan. (TH Bijaksana) |
 |
Terpancar keseronokan anak-anak hebat. (TH Ilmu) |
 |
Besarkan telur burung unta ni? (TH Bijaksana) |
 |
Kuatnya awak dukung pygmy tu. (TH Bijaksana) |
 |
Tengok apa tu? (TH Inovasi) |
 |
Bincang apa tu? (TH Minda) |
 |
Boboy kuasa 3! hihi triplet TH Kreatif. |
.jpeg) |
Buaian katanya DIY gunakan batang pokok durian. (TH Minda) |
 |
Tarikan terbaru di Desaru Mini Zoo untuk bergambar. (TH Genius) |
 |
Hati-hati unta boleh menggigit. (TH Jaya) |
 |
Terpaling berani, kawan-kawan lain dah ke tepi sebab takut. (TH Cemerlang) |
 |
Yeah berjaya tangkap ayam! (TH Bijaksana) |
 |
Wah, Dinosaur pun sudah ada di sini. Menarik! (TH Intelek) |
 |
Santai tepi laut, sambil menunggu makanan. (TH Pintar) |
 |
Peace ✌ (TH Jaya) |
 |
Baca doa dahulu sebelum makan. (TH Jaya) |
 |
Menu trip kali ini, Nasi Goreng & Nugget Ayam. (TH Genius) |
.jpeg) |
Tembikai fresh dipotong oleh team pengurusan. |
 |
Manisan selepas makan berat. Aiskrim Malaysia. |
 |
Bersedia semua untuk jawab kuiz. |
 |
Tapi sebelum mula soalan kuiz, kita degan dahulu cerita Adik Ariana tentang pengalamannya di Desaru Mini Zoo. (TH Genius) |
 |
Adik Qaireen berani juga ke hadapan untuk cerita pengalamannya (TH Pintar) |
 |
Malu-malu ke nak bercerita. (TH Ilmu) |
 |
Sampai depan lupa jawapannya apa. Hihihi (TH Minda) |
 |
Yeah! sy dapat jawab. (TH Cemerlang) |
 |
Naik bas terus lena, penat sangat tu. (TH Inovasi) |
Lawatan sambil belajar ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada anak-anak, malah membuka ruang untuk mereka lebih mengenali dunia haiwan serta menghargai alam sekitar. Melalui aktiviti yang dirancang, mereka belajar berkomunikasi, bekerjasama dan menyesuaikan diri dalam suasana luar bilik darjah.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru pembimbing, pihak pengurusan serta ibu bapa yang memberikan sokongan penuh kepada program ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay atas layanan mesra dan kemudahan yang disediakan.
Semoga kenangan manis ini kekal dalam ingatan anak-anak dan menjadi pemangkin semangat mereka untuk terus belajar dan meneroka dunia dengan rasa ingin tahu yang tinggi.
Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Jangan lupa follow, like, comment and share sosial media kami untuk lihat banyak lagi aktiviti dan program yang dijalankan oleh MyBistari Group.
Sekian, terima kasih.🌹
FROM ZERO TO HERO
(Bersatu Untuk Mendidik)
0 comments:
Post a Comment