Wednesday, August 2, 2023

TARIKAN BARU DI JOHOR!!

 

Dekorasi yang cantik untuk bergambar.

Assalamualaikum.

Dalam kesibukan untuk membuat persiapan trip lawatan untuk murid K1, sempat lagi kami team pengurusan mencuri masa untuk membuat survey tempat untuk lawatan murid K2 pada 12 Julai 2023, Rabu.

Kebiasaannya kami akan membawa murid K2 dahulu tetapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan kami terpaksa tunda tarikh lawatan daripada tarikh asal iaitu 19 Mei 2023. Hal ini disebabkan keadaan cuaca yang panas terik merisaukan kami untuk membawa anak-anak berjalan.

Setiap perancangan yang Allah sudah aturkan, semestinya ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi yang telah terjawab pada hari ini. Di mana kami akan membawa anak-anak ke tempat baharu iaitu Desaru Mini Zoo.

Jika ibu bapa hendak tahu, sudah banyak kali lokasi trip lawatan ini ditukar daripada Sinaran Agro Farm ke Ladang Burung Unta sehinggalah ada ibu bapa yang memberikan cadangan untuk membawa anak-anak ke Desaru Mini Zoo.

Seperti biasalah, sebelum membawa anak-anak, kami akan pergi survey dahulu kawasannya. Adakah bersesuaian ataupun tidak untuk anak-anak murid kami?

Pada hari tersebut, saya Bersama Puan Zainun, Cik Norifah, Puan Suhaila dan Encik Tamizi telah pergi ke Desaru Mini Zoo. Alangkah terkejutnya kami, masih lagi ada tempat yang menarik dan cantik untuk di lawati di Johor ini. Terima kasihlah kepada ibu bapa yang mencadangkannya memang sesuai sangat untuk anak-anak murid kami.

Alhamdulillah kami disambut dengan baik oleh staf-staf di sana dan tour guide kami iaitu Encik Khai yang peramah telah membawa dan memberikan penerangan yang baik dan jelas tentang haiwan-haiwan yang terdapat di mini zoo ini kepada kami.

Tanpa memikir panjang terus sahaja Puan Zainun berurusan dengan pihak Desaru Mini Zoo untuk membawa anak-anak murid kami pada 28 Julai nanti. Segala urusan kami dipermudahkan pihak mini zoo pun memberitahu waktu operasi boleh diawalkan khas untuk lawatan ini pada jam 8.00 pagi. Syukur alhamdulillah dengan izin-Nya anak-anak tidak la berpanas di sana.

Setelah confirm tempat lawatan, kami team pengurusan tanpa berlengah lagi terus berbincang tentang tentatif lawatan dan aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Persiapan untuk lawatan juga berjalan lancar dan dipermudahkan dengan kerjasana semua team pengurusan dan guru-guru kami untuk menjayakan lawatan ini.

Jom kita lihat gambar dan video survey dan persiapan kami sebelum lawatan.

Waktu operasi 10.00 pagi tetapi untuk lawatan kami khas 8.00 pagi di buka.

Apalagi jom la kita bergambar dulu. Hihi

Checkpoint pertama.

Cantik-cantik burung merak di sini.

Inilah Encik Khai tour guide kami.

1500 ekor Ikan Koi yang ada di dalam kolam ini.

Burung unta menunggu makanan. Hihihi

Eh nak keluar kandang ke tu.

Ini Jep. Hensemkan rambut belah tengah. Hihihi

Ingat Cameron je ada Alpaka, Johor pun ada tau. Hihihi

Biri-biri yang kekurangan bulu.

Ferret hobinya tidur.

Comelnya anak itik.


Alaaa comelnya landak ni.

Cik Norifah bersama bearded dragon.


Supervisor membuat pantauan. Hihihi

Nak tunggang kuda ni berat 60 kg ke bawah.

Alaa sorry kami tak bawa makanan la rusa.

Lembu fresian yang di import khas dari luar negara.

Di sini pun ada kura-kura.

Racon yang jinak.

Besar-besar ayam dekat sini.

Ayam badut.

Cantik rumah arnab.

Dah penat berjalan masa untuk bergambar pula. Cantikkan buaian ini.

Tak muat frame. Hihihi


Puan Zainun terus deal dengan pihak Desaru Mini Zoo.

Antara bekalan murid yang akan dibawa.

Siap packing untuk hantar ke cawangan.

Di cawangan cikgu akan masukkan di dalam beg yang disediakan.

Label nama di beg penting agar tidak tertukar.

Air mineral yang akan diagihkan nanti.

Yeahhh dah dapat baju lawatan.Cantiknya warna pink.

Kami pun dah dapat juga warna merah.

Kami dapat baju warna hijau.

Perbezaan warna baju mengikut cawangan.









Macam mana seronokkan Desaru Mini Zoo ini?
Bolehlah nanti ibu bapa membawa anak-anak ke sini jika ada masa terluang. Kami pun sangat berpuas hati dengan servis dan aktiviti-aktiviti yang ada di sini.

Tak sabar pula kami ingin membawa anak-anak murid kami ke sini. Mesti mereka teruja dan seronok. Hihihi

Baiklah sampai di sini sahaja blog pada kali ini. Jangan lupa support kami dengan like, comment and share.
Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~

Tuesday, August 1, 2023

HEALING TIME!!

 

Wahhh banyaknya Ikan Koi.

Assalamualaikum.

Di mana ya tempat menarik di Johor untuk lawatan kanak-kanak tadika?

Puas sudah kami fikirkan untuk lawatan murid K2 pada tahun ini. Kebanyakan tempat-tempat yang pernah kami lawati telah pun di tutup. Zoo Johor juga masih di tutup untuk proses baikpulih. Jika ada pun tidak boleh masuk dalam jumlah yang ramai. Almaklumlah Mybistarikan ada 8 cawangan sudah pastinya murid yang sertai lawatan juga ramai. Semestinya kami memerlukan tempat dan kawasan yang luas untuk trip lawatan murid.

Alhamdulillah, dengan cadangan oleh beberapa orang ibu bapa, pihak kami telah membuat keputusan untuk membawa anak-anak murid K2 ke Desaru Mini Zoo selepas kami membuat survey di kawasan tersebut. Baru kami tahu di Desaru ada tempat menarik dan sesuai untuk kunjungan anak-anak tadika.

Pelbagai jenis haiwan yang ada di sini untuk tontonan anak-anak. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti feeding animals, touch animals, catch fish, spa fish dan horse riding. Tetapi untuk lawatan murid pada kali ini, hanya aktiviti feeding dan touch animals sahaja yang dilakukan. Hal ini adalah kerana aktiviti-aktiviti lain memerlukan tambahan bayaran bagi setiap aktiviti. Hihihi

Pelbagai keletah dan gelagat anak-anak sepanjang sesi lawatan ini. Ada murid yang berani dan ada juga murid yang takut-takut nak sentuh haiwan. Hihihi

Trip pada kali ini seramai 202 orang murid dan 61 orang guru yang sertai lawatan. Alhamdulillah sepanjang lawatan ini cuaca sangat baik sehingga tamat sesi lawatan. Terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan urusan kami.

Baiklah setelah hampir 4 jam anak-anak di Desaru Mini Zoo, tepat jam 12.00 tengah hari kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Mutiara Bay yang terletak di Batu Layar.

Di sini anak-anak hanya melakukan aktiviti santai, makan tengah hari dan aiskrim sebagai desert tambahan setelah penat berjalan di Desaru Mini Zoo sambil menghirup udara segar tepi pantai, terapi sebelum Peperiksaan Semester 1 la katakan yang akan bermula pada Rabu ini. Hihihi

Seterusnya, pihak kami telah menyediakan beberapa soalan berkaitan haiwan-haiwan yang terdapat di Desaru Mini Zoo untuk pertandingan kuiz antara guru dan murid yang diadakan selepas murid berehat.

Hebat-hebat semuanya menjawab soalan. Mungkin senang sangat kot soalan yang kami buat. Hihihi

Jom kita lihat gambar-gambar dan video sepanjang lawatan ini.

Amboi fokusnya mendengar penerangan dari staf Desaru Mini Zoo.

Seronok bagi ikan makan.

 

Jom bergambar dulu.Hihihi


Awak comelkan arnab ni?

Lembutnya bulu kambing.

Teringat kampung halaman ke tu. Unta ni baru sampai sehari sebelum lawatan kami.

Wah beraninya pegang kambing macam tu.

Takut-takut tapi nak pegang juga landak tu. Hihihi

Hendak bagi ayam makan kena masukkan di sini.

?
Cikgu ada haiwan apa dalam kandang ni?

Tunggu giliran nak pegang anak ayam.

Besarnya ayam ini.

Apa la tu Cikgu Shawa dengan angsa pun jadi nak berkomunikasi.


Comelya kucing dekat sini.

Okay adik-adik nama kuda ini Shawal.

Ini namanya bearded dragon bukan iguana tau.

Cikgu, saya takut la dengan kambing ni.

Hati-hati ya adik-adik.
Terima kasih staf Desaru Mini Zoo menjaga keselamatan murid-murid.

Berselera lembu ini makan ya.

Kusyuk anak-anak TIB melihat unta.

Okay adik-adik ini ferret. Hobi ferret suka tidur.Hihihi

Tadika Pintar Bistari Taman Mawar.

Tadika Inovasi Bestari.

Tadika Nur Pintar Bestari.

Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2.

Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai.

Tadika Ilmu Pintar Bestari.

Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1.

Tadika Intelek Minda Bestari.


Amboi sedapnya makan aiskrim cuaca panas-panas.Hihihi


Jom kita makan dahulu.


Berselera semuanya makan.

Sebelum makan baca doa dahulu.

Pemudahcara kami gandingan yang mantap Cikgu Najwa dan Cikgu Juliana.


Semangat semuanya hendak jawab soalan.

Fikir-fikir apa jawapannya. Hihihi


Tahniah anak-anak yang berjaya menjawab soalan.

Hebat semuanya. 

Tahniah juga kepada guru-guru yang berjaya menjawab soalan.














Setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Desaru Mini Zoo yang sudi menerima lawatan kami dan menjadi tour guide terbaik untuk anak-anak murid kami dengan info-info yang menarik tentang haiwan-haiwan untuk ilmu pengetahuan murid-murid. 

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk membawa anak-anak ini untuk pergi lawatan. Semoga lawatan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua anak-anak Mybistari.

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~


 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon