Tuesday, August 1, 2023

HEALING TIME!!

 

Wahhh banyaknya Ikan Koi.

Assalamualaikum.

Di mana ya tempat menarik di Johor untuk lawatan kanak-kanak tadika?

Puas sudah kami fikirkan untuk lawatan murid K2 pada tahun ini. Kebanyakan tempat-tempat yang pernah kami lawati telah pun di tutup. Zoo Johor juga masih di tutup untuk proses baikpulih. Jika ada pun tidak boleh masuk dalam jumlah yang ramai. Almaklumlah Mybistarikan ada 8 cawangan sudah pastinya murid yang sertai lawatan juga ramai. Semestinya kami memerlukan tempat dan kawasan yang luas untuk trip lawatan murid.

Alhamdulillah, dengan cadangan oleh beberapa orang ibu bapa, pihak kami telah membuat keputusan untuk membawa anak-anak murid K2 ke Desaru Mini Zoo selepas kami membuat survey di kawasan tersebut. Baru kami tahu di Desaru ada tempat menarik dan sesuai untuk kunjungan anak-anak tadika.

Pelbagai jenis haiwan yang ada di sini untuk tontonan anak-anak. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti feeding animals, touch animals, catch fish, spa fish dan horse riding. Tetapi untuk lawatan murid pada kali ini, hanya aktiviti feeding dan touch animals sahaja yang dilakukan. Hal ini adalah kerana aktiviti-aktiviti lain memerlukan tambahan bayaran bagi setiap aktiviti. Hihihi

Pelbagai keletah dan gelagat anak-anak sepanjang sesi lawatan ini. Ada murid yang berani dan ada juga murid yang takut-takut nak sentuh haiwan. Hihihi

Trip pada kali ini seramai 202 orang murid dan 61 orang guru yang sertai lawatan. Alhamdulillah sepanjang lawatan ini cuaca sangat baik sehingga tamat sesi lawatan. Terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan urusan kami.

Baiklah setelah hampir 4 jam anak-anak di Desaru Mini Zoo, tepat jam 12.00 tengah hari kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Mutiara Bay yang terletak di Batu Layar.

Di sini anak-anak hanya melakukan aktiviti santai, makan tengah hari dan aiskrim sebagai desert tambahan setelah penat berjalan di Desaru Mini Zoo sambil menghirup udara segar tepi pantai, terapi sebelum Peperiksaan Semester 1 la katakan yang akan bermula pada Rabu ini. Hihihi

Seterusnya, pihak kami telah menyediakan beberapa soalan berkaitan haiwan-haiwan yang terdapat di Desaru Mini Zoo untuk pertandingan kuiz antara guru dan murid yang diadakan selepas murid berehat.

Hebat-hebat semuanya menjawab soalan. Mungkin senang sangat kot soalan yang kami buat. Hihihi

Jom kita lihat gambar-gambar dan video sepanjang lawatan ini.

Amboi fokusnya mendengar penerangan dari staf Desaru Mini Zoo.

Seronok bagi ikan makan.

 

Jom bergambar dulu.Hihihi


Awak comelkan arnab ni?

Lembutnya bulu kambing.

Teringat kampung halaman ke tu. Unta ni baru sampai sehari sebelum lawatan kami.

Wah beraninya pegang kambing macam tu.

Takut-takut tapi nak pegang juga landak tu. Hihihi

Hendak bagi ayam makan kena masukkan di sini.

?
Cikgu ada haiwan apa dalam kandang ni?

Tunggu giliran nak pegang anak ayam.

Besarnya ayam ini.

Apa la tu Cikgu Shawa dengan angsa pun jadi nak berkomunikasi.


Comelya kucing dekat sini.

Okay adik-adik nama kuda ini Shawal.

Ini namanya bearded dragon bukan iguana tau.

Cikgu, saya takut la dengan kambing ni.

Hati-hati ya adik-adik.
Terima kasih staf Desaru Mini Zoo menjaga keselamatan murid-murid.

Berselera lembu ini makan ya.

Kusyuk anak-anak TIB melihat unta.

Okay adik-adik ini ferret. Hobi ferret suka tidur.Hihihi

Tadika Pintar Bistari Taman Mawar.

Tadika Inovasi Bestari.

Tadika Nur Pintar Bestari.

Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2.

Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai.

Tadika Ilmu Pintar Bestari.

Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1.

Tadika Intelek Minda Bestari.


Amboi sedapnya makan aiskrim cuaca panas-panas.Hihihi


Jom kita makan dahulu.


Berselera semuanya makan.

Sebelum makan baca doa dahulu.

Pemudahcara kami gandingan yang mantap Cikgu Najwa dan Cikgu Juliana.


Semangat semuanya hendak jawab soalan.

Fikir-fikir apa jawapannya. Hihihi


Tahniah anak-anak yang berjaya menjawab soalan.

Hebat semuanya. 

Tahniah juga kepada guru-guru yang berjaya menjawab soalan.














Setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Desaru Mini Zoo yang sudi menerima lawatan kami dan menjadi tour guide terbaik untuk anak-anak murid kami dengan info-info yang menarik tentang haiwan-haiwan untuk ilmu pengetahuan murid-murid. 

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk membawa anak-anak ini untuk pergi lawatan. Semoga lawatan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua anak-anak Mybistari.

Sekian terima kasih.🌹

~Cikgu Azreen~


Tuesday, July 18, 2023

ENJOY YOUR DAY!!

 

Assalamualaikum.

 

Berapa kilo tu beratnya.Hihihi


“Pukul 5 pagi dah kejut ibu, takut bas tinggal”

“First time naik bas tu…seronok sangat”

“Kejut terus bangun, tak mengada-ngada..Penangan Fanpekka”

“Banyak-banyak hari,hari ini paling senang paling semangat”

Inilah antara chat-chat yang kami terima oleh ibu-ibu di dalam group whatsapp trip lawatan K1. Begitulah keseronokan anak-anak yang teruja untuk ke trip lawatan pada kali ini.

Berbeza pula bagi kami staf pengurusan keterujaan kami bertukar kepada kebimbangan kerana di pagi hari melihat cuaca mendung dan dalam perjalanan ke Adda Height Townpark hujan lebat mula turun membasahi bumi menyukarkan untuk anak-anak berkelah di sana. Namun, kami teruskan juga perjalanan ke sana. Alhamdulillah, setibanya kami di sana hujan telah pun berhenti, tetapi rumput masih lagi basah keadaan masih tidak mengizinkan untuk anak-anak bersantai.

Kami mengambil langkah untuk ke Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn yang terletak lebih kurang 2 km dari Adda Height Townpark untuk mencari tempat yang sesuai untuk anak-anak berteduh dan bersarapan sebelum ke Fanpekka.

Bersyukur kami ditemukan dengan orang yang baik. Cik Syahirah merupakan staf masjid yang bertugas pada hari tersebut yang memberi izin kepada kami untuk menggunakan sebahagian ruangan di masjid untuk menempatkan anak-anak murid kami.

Ada hikmah di sebalik cuaca yang kurang baik, kami team pengurusan dapat mengeksplorasi tempat baru. Di masjid ini bukan sahaja sekadar tempat untuk melakukan aktiviti ibadah, malah ada juga bilik pameran Islamic Information Centre. Sesiapa sahaja boleh masuk, pelbagai info-info tentang islam boleh kita pelajari di sini.

Berbalik pada trip lawatan pada kali ini, seramai 188 orang murid K1 telah sertai dari semua cawangan kami, sebanyak 4 buah bas yang disediakan untuk membawa anak-anak ini ke destinasi yang di tuju.

Selepas bersarapan di masjid, tepat jam 9.30 pagi anak-anak telah menaiki bas semula untuk ke destinasi seterusnya iaitu Fanpekka di Aeon Mall Tebrau.

Alhamdulillah anak-anak sangat teruja dan seronok sepanjang berada di Fanpekka dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak Fanpekka untuk anak-anak murid kami selama 4 jam mereka berada di sana.

Jika tahun lepas hanya satu maskot sahaja yang ada, tetapi pada tahun ini pihak Fanpekka menampilkan dua maskotnya iaitu Rolly dan Tonti maka bertambah seronok la anak-anak menari bersama dua mascot itu. Hihihi

Selain itu, Puan Zainun juga ada membuat kejutan untuk guru-guru baru kami hasil daripada prestasi perkhidmatan yang baik yang ditonjolkan oleh mereka. Antara cikgu-cikgu yang menerima anugerah tersebut adalah Cikgu Iffah Radhiah (TM), Cikgu Nur Hidayah Najwa (TS2), Cikgu Nor Ruzahikmar (TNPB), Cikgu Nur Shalwani (TIB) dan Cikgu Nurul Syazwanie (TIPB). Tahniah buat mereka semua.

Baiklah sampai di sini sahaja coretan blog pada kali ini. Nantikan blog kami seterusnya iaitu trip lawatan murid K2 yang akan diadakan pada 28 Julai 2023. Hihihi bulan ini kita berjalan ya.

Stay tuned…

Sebelum itu, jom lihat gambar-gambar dan video sepanjang trip lawatan K1 ini.

Menanti kehadiran bas. (TM)



Hati-hati turun bas. (TIMB)

Sebentarnya tunggu kawan-kawan yang lain. (TS1)

Susun kasut sebelum masuk ke masjid. (TS2)

Sebelum makan jom kita bergambar dahulu. (TIB)

Inilah dia Cik Syahirah staf masjid yang memberi izin kepada kami untuk berada di sini.

Sempat kami masuk ke ruang pameran di masjid ini.

Teruja kami masuk ke dalam ruang pameran ni.

Yeaaaa...sampai dah ke tempat yang di tuju.

Berjalan dalam barisan ya. Hihihi

Jom susun kasut.

Staf-staf Fanpekka yang sentiasa ceria untuk menghiburkan kami.

Wow semua muka teruja tengok apa tu?

Oooo...teruja tengok Rolly dan Tonti ke. Hihihi

Seronok semuanya menari bersama maskot.

Wah dapat hadiah la.

Cikgu Umaisah nak beli burger juga ke tu. Hihihi

Jual apa tu ramai-ramai.

Takut ke naik jambatan tu. Hihihi

Penat ke tu, baring atas bola pun sedapnya.

Eh ada bomba la.

Ramainya pekerja kedai aiskrim.

Kedai buah-buahan.

Banyaknya bola.

Cawangan Taman Mawar.

Cawangan Tadika Nur Pintar Bestari.

Cawangan Tadika Inovasi Bestari.

Cawangan Taman Scientex 1.

Cawangan Taman Scientex 2

Cawangan Tadika Intelek Minda Bestari.

Cawangan Taman Kota Masai.

Cawangan Tadika Ilmu Pintar Bestari.

Tahniah! Cikgu Iffah Radhiah. (TM)

Tahniah! Cikgu Hidayah Najwa. (TS2)

Tahniah! Cikgu Ruzahikmar. (TNPB)

Tahniah! Cikgu Shalwani. (TIB)

Tahniah! Cikgu Syazwanie. (TIPB)

Pengurusan pun nak selit bergambar juga dengan Rolly dan Tonti. Hihihi









Sekian terima kasih 🌹

~Cikgu Azreen~

 

MyBISTARI GROUP Published @ 2014 by Ipietoon